Dakwaan itu dibuat dalam satu emel daripada 'pemburu pemandu bas' yang mendapat perhatian ramai di sini kerana ramai wanita menjadi mangsa keganasan seks dalam bas.
Penyerang memakai rambut palsu berwarna perang atau mengecat rambutnya menaiki sebuah bas seakan bas sekolah yang menjadi pengangkutan biasa di Ciudad Juarez yang terletak tidak jauh dari El Paso, Texas, pagi Rabu lalu.
Dia mendekati pemandu sebelum mengacu pistol, menembak kepala mangsa dan keluar dari bas.
Pada keesokannya, orang yang sama dipercayai bertindak sekali lagi ke atas seorang lagi pemandu bas di laluan sama.
Minggu lalu, media mula menerima beberapa emel memperkenal penghantar sebagai 'Diana pemburu pemandu bas.’
“Saya sendiri dan wanita lain menjadi mangsa tanpa dapat berbuat apa-apa tetapi kami tidak akan berdiam diri lagi.
“Kami adalah mangsa keganasan seks oleh pemandu ketika balik dari tempat kerja di waktu malam. Saya membalas dendam untuk mangsa,” kata emel berkenaan.
Akhbar Diario de Juarez melaporkan, seorang saksi memetik penyerang sebagai memberitahu mangsa kedua sebelum menembaknya: “Kamu fikir kami tunjuk kegagahan kamu, begitu".
Pihak berkuasa belum mengesahkan ketulenan emel itu atau satu laman web Facebook menggunakan nama sama sejak 31 Ogos lalu.
Pihak berkuasa mengumumkan akan menempatkan polis preman di beberapa bas dan melakukan pemeriksaan senjata bagi menyekat pembunuhan berulang.
“Kami ada lakaran suspek dan sedang mencarinya,” kata jurucakap polis, Adrian Sanchez.
Ramai di kalangan 100 wanita yang dibunuh di sini pada 1990-an dan awal 2000 hilang selepas menaiki bas.
Mayat mereka ditemui beberapa minggu atau bulan kemudian dan disahkan dirogol, dicekik dan dicampak ke kawasan padang pasir atau tempat letak kereta.
sumber : http://ohseksa.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment