Apa Status Jimmy

[x]

Apa Status Jimmy

on Friday, 28 June 2013


SEWAKTU Jimmy Shanley berkahwin dengan anak tauke kosmetik pada tahun 1 Oktober 2010, ramai yang bercerita tentang majlis resepsinya yang gah itu.

Belum selesai cerita majlis yang gah itu, tiba-tiba orang ramai dikejutkan dengan berita yang mengatakan rumah tangga pasangan itu berantakan selepas 20 hari bergelar suami isteri.
Selepas itu, di dada akhbar sering dipenuhi pula dengan cerita mereka naik turun mahkamah untuk menyelesaikan kes perceraian.

Malah hingga kini selepas kes perceraian yang mengambil masa selama dua tahun itu berakhir, Jimmy dan bekas isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 27, berhadapan pula dengan kes perebutan anak, Zahrah Rania Shanley yang berusia dua tahun.
Namun dalam kesibukan tersebut, Jimmy yang kini merupakan penyampai di Radio Pi My FM, mengejutkan para peminat dengan berita pernikahannya yang terbaharu.

Jimmy dikatakan telah berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda baru-baru ini sebagai suri hidupnya.
Mengenali Jimmy sebelum ini, dia begitu terbuka untuk berbicara tentang apa sahaja.
Tidak terkecuali kisah krisis rumah tangganya yang pernah menjadi perhatian ramai suatu ketika dahulu.

Pernah memberitahu Hits dia tidak akan serik untuk berkahwin lagi, Jimmy juga sempat berbisik untuk tidak akan sesekali merahsiakan khabar itu sekiranya jodohnya datang lagi.
Desas-desus yang tersebar di internet ketika ini mengatakan bapa tunggal berusia 33 tahun ini sebenarnya sudah bernikah dengan seorang janda kaya.
Cuba mengejar Jimmy bagi mendapatkan pengesahan status terkininya, kami dihidangkan dengan jawapan tanpa konklusi.

Merayu agar dia diberi masa, menurut Jimmy akan sampai waktunya untuk dia menerangkan kedudukannya yang sebenar.
Tidak mahu terus diganggu persoalan ini, bagi Jimmy dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang akan menghentam dirinya kerana mengambil keputusan berdiam diri.
"Saya tidak kisah jika ada orang yang akan menghentam saya kerana enggan membuka mulut.
"Apa yang saya perlukan kini hanya masa, dan bila tiba masa yang sesuai saya sendiri akan adakan sidang akhbar, berkenaan perkara ini," katanya.

Mengakui dia seorang yang terbuka sebelum ini, menurut Jimmy ada sebab tertentu kenapa dia agak berahsia kali ini.
Menurutnya soal ini bukan sahaja berkaitan dengan dirinya tetapi orang di sekelilingnya juga.
"Ada sebab mengapa saya enggan membuka mulut lagi, kerana ada hati yang perlu saya jaga.

"Saya harap mereka di luar sana faham keadaan saya kini," katanya ketika ditemui di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Agak sibuk dengan jadual pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam untuk ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan, menurut Jimmy adalah lebih penting buat dirinya untuk memberi tumpuan di dalam pengajiannya yang berbaki beberapa bulan lagi.
"Selain sibuk menjaga anak, saya juga perlu memberi tumpuan untuk pengajian saya yang akan tamat tidak lama lagi.
"Mungkin selepas semuanya selesai saya akan tampil untuk menjernihkan keadaan ini," katanya.

Menyelongkar hati lelaki ini, Jimmy memberitahu dia tidak pernah kisah status apa yang disandang oleh mana-mana wanita jika benar itu jodohnya.
Bagi Jimmy apa yang penting adalah keikhlasan yang akan terus membahagiakan dirinya.
"Saya memang pernah cakap saya tidak kisah dengan status janda, yang pada saya ia hanya akan kekal status.

"Tetapi di dalam memilih isteri saya tahu apa yang penting adalah mencari keberkatan dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri," katanya.
Mengaju soalan lain kepada Jimmy, Hits cuba mencari kepastian sama ada majlis perkahwinannya kelak akan menandingi majlis perkahwinannya yang pertama dulu.
Tersipu-sipu menjawab, Jimmy yakinkan kami dengan jawapan dia hanya mahukan sebuah majlis yang indah serta diiringi doa dari mereka tersayang.

"Saya tahu apa yang penting di dalam perkahwinan adalah hubungan yang dibina atas dasar kepercayaan.
"Bukan soal sebesar mana majlis yang akan saya buat nanti, tetapi keredaan itu yang penting," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam membenarkan permohonannya untuk mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada bekas isterinya berhubung kegagalan mendapatkan hak bermalam dengan anak tunggalnya.
Jimmy sebelum ini diberikan hak bersama oleh mahkamah untuk bermalam dengan anaknya setiap Selasa, Rabu dan Khamis.

Namun, Jimmy telah memfailkan notis tunjuk sebab selepas tiga kali gagal mendapatkan haknya untuk bermalam dengan anaknya dan mendakwa tidak mendapat kerjasama daripada Nursuhaila.
Pada hari yang sama juga, Jimmy turut memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah komital untuk memenjarakan Nursuhaila selepas gagal mengikut perintah mahkamah.

sumber : http://www.utusan.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved