Lelaki Ini Hanya Minum Tanpa Makan Selama 5 Thn

[x]

Lelaki Ini Hanya Minum Tanpa Makan Selama 5 Thn

on Saturday, 29 June 2013

Bagi kebanyakan orang, menahan lapar selama beberapa jam saja sudah membuat badan menjadi lemah dan tak bermaya. Tetapi seorang lelaki di AS mengaku boleh hidup hanya dengan air dan cahaya matahari selama 5 tahun. Selama 10 bulan terakhir, dia hanya makan sebanyak 7 kali.

Lelaki bernama Kirby tersebut muncul dalam sebuah acara televisyen berama 'Taboo USA' yang ditayangkan oleh National Geography Channel. Dia mengaku dirinya adalah seorang Breatharianism, yaitu orang yang boleh bertahan hidup dengan udara, mendapatkan tenaga dari cahaya, angin, dan getaran.

"Saya hanya makan selama 7 kali selama 10 bulan terakhir. Saya masih sedar, apabila saya memakan makanan, itu malah membuat saya merasa sangat lelah," katanya seperti dipeti dari Huffington Post, Kamis (27/6/2013).

Kirby mengaku bahawa untuk memakan makanan pun dia menghadkan kuantitinya agar tak lebih dari 500 kalori. Dia telah menjalani pola hidup Breatharianism selama 5 tahun, walau tahu beberapa orang tak kuat dan meninggal ketika cuba menerapkan gaya hidup sama.

Uniknya, dia mengaku telah menjalani pemeriksaan rutin 6 bulan yang lalu dan hasilnya menunjukkan bahawa keadaan kesihatannya cukup baik. Dia yakin dia boleh berumur panjang dengan menjadi seorang breatharian, bahkan boleh membalik proses penuaan.

Dalam acara tersebut, Kirby mengatakan ingin mengubah dunia dengan breatharisme. Apabila ingin makan, dia hanya mengambil sepotong roti dan anggur merah.

Breatharianism yang menjadi landasan pola hidup. Breatharianism adalah sebuah konsep yang meyakini bahawa sinar matahari boleh menyediakan semua nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Sebelum ini, dikhabarkan seorang nenek di Seattle juga menjalani pola hidup sama.

Nenek bernama Navenna Shine tersebut ingin menjalani pola hidup Breatharianism selama sekurang-kurangnya 40 hari terlebih dahulu. Jika berjaya, dia akan meneruskannya lebih lama lagi. Sampai setakat ini, hasil pemeriksaan kesihatan menunjukkan nenek tersebut masih sihat.

sumber : Dairishare
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved