Gaun Kahwin Elizabeth Taylor Dijual RM244,293

[x]

Gaun Kahwin Elizabeth Taylor Dijual RM244,293

on Friday, 28 June 2013

Elizabeth Taylor
SEBANYAK lapan kali perkahwinan membuatkan perjalanan kisah asmara Elizabeth Taylor menjadi perhatian umum. Maka tidak hairanlah jika gaun pernikahan pertamanya menjadi buruan.

Menurut laporan Dailymail, gaun perkahwinan pertama wanita yang lebih senang dipanggil Liz dengan Conrad 'Nicky' Hilton berjaya dijual dengan harga £$50,000 (RM244,293).
Walaupun ia dijual dengan harga yang tinggi, namun penjualan itu tidak dikira sukses kerana gaun rekaan Helen Rose itu disasarkan mahu mampu meraih nilai harga yang lebih tinggi.
Gaun Liz yang dipakai pada perkahwinan pertamanya dengan Conrard.
Bagaimanapun, sehingga kini pembeli gaun tersebut masih tidak dikenali kerana penawaran jualan hanya dibuat menerusi telefon.

Liz telah mendirikan rumah tangga dengan Conrad ketika umurnya baru sahaja 18 tahun. Sayangnya, perkahwinan tersebut berakhir lapan bulan kemudian.

Sumber : http://mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved