Masih Sayang Bekas Tunang

[x]

Masih Sayang Bekas Tunang

on Friday, 28 June 2013


Kemungkinan ramai peminat yang sudah terlupa bahawa penyanyi bersuara tinggi, Jaclyn Victor pernah bertunang dengan seorang jejaka mat saleh bernama Chris Bellamy.

Ini kerana, agak lama juga Jaclyn tidak berkongsi cerita mengenai kisah percintaannya dengan khalayak ramai sama ada melalui laman sosial mahupun media cetak.

Namun begitu, laporan media dari Harian Metro melaporkan yang pertunangan Jaclyn dengan jejaka itu telah terputus selepas sepuluh tahun menyulam kasih.

Menurut Jaclyn, walaupun sudah putus tunang namun mereka masih berhubungan melalui telefon untuk bertanya khabar dan meluahkan perasaan masing-masing.
Hubungan kami tiada masalah apa-apa. Cuma apabila memikirkan soal perjalanan karier masing-masing ia membuatkan kami harus akur keputusan terbaik perlu diambil.

Jadi, kami sepakat tidak memutus hubungan ini sebaliknya berasa wajar memilih jalan membawa haluan sendiri.Walaupun begitu, Jaclyn akui rasa sayangnya masih menebal kerana sudah terlampau lama menjalinkan cinta namun dalam masa yang sama tidak mahu meletak sebarang harapan selepas ini.

sumber : http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved