Kisah Benar- Aaron Aziz Pernah Menyertai Kumpulan Gengster Singapura

[x]

Kisah Benar- Aaron Aziz Pernah Menyertai Kumpulan Gengster Singapura

on Sunday, 30 June 2013

Kisah benar abang Aaron Aziz kita ini sebenarnya memang seorang gengster dari Singapura suatu ketika dulu semasa remaja. Kisah ini diakui sendiri untuk berkongsi bersama peminat, agak-agak abang Aaron Aziz buat kerja apa semasa masuk jadi gengster dulu? Cuba teka sendiri ya.. Gaya samseng Aaron Aziz nampak real kalau para peminat perasan, tak percaya? Cuba tengok berulang kali dalam filem-filem aksinya.

Pendedahan Aaron Aziz Melakukan Aktiviti Tidak Bermoral

Pelakon Aaron Aziz mendedahkan dia pernah melakukan aktiviti tidak bermoral pada zaman remajanya dengan menyertai satu kumpulan gengster di Singapura.
Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37 tahun, berkata, dia sering dianggap lelaki ganas sehingga ditakuti ramai orang namun pengalaman bergaul dengan golongan itu telah banyak mengajar dia untuk mengenali masyarakat di sekeliling.

Gambar Aaron Aziz Gaya Seorang Gengster Sebenar

"Biasalah zaman muda dahulu. Perasaan ingin tahu melebihi segala-galanya dan semua benda kita mahu cuba dan lihat.
"Tetapi berkawan dengan orang jahat tidak semestinya kita akan jadi jahat. Pada pendapat saya berkawan dengan mereka mengajar saya jadi bijak dalam mengenali orang di sekeliling saya," katanya.
Aaron ditemui pada sesi temu bual eksklusif di restoran Bait di sini pada Khamis. bersempena pelancaran program biografinya yang akan disiarkan menerusi saluran E! Entertainment.
Aaron, pelakon dari Singapura itu merupakan artis pertama di Asia yang berpeluang muncul dalam program itu berjudul i E! Special: Aaron Aziz
Kisah Benar Aaron Aziz Menyertai Kumpulan Gengster Dikongsi Bersama Peminat
Kisahnya terlibat dalam kumpulan gengster juga akan dikongsi dengan para peminat menerusi program itu yang akan disiarkan pada 7 Julai depan selama satu jam menerusi saluran Astro, 712.
Dalam pada itu, Aaron juga akan berkongsi rahsia peribadinya dalam program tersebut, terutamanya mengenai kisah-kisahnya pada zaman kanak-kanak dan remaja.
"Tak silap saya ada dalam 30 peratus rahsia saya didedahkan kepada umum. Jujurnya saya tak sangka diberi peluang untuk menceritakan hal peribadi dan karier dalam sebuah program biografi khas di saluran hiburan popular dunia.
"Saya menyifatkan ia sebagai satu penghormatan dan penghargaan buat diri. Sebenarnya kru produksi saluran itu cuba mencari apa-apa kontroversi untuk dipaparkan dalam program itu.
"Apabila saya kata tidak banyak kontroversi yang ada, mereka terkejut. Malah tidak sangka perwatakan saya sangat santai ketika ditemu bual. Mereka kata saya ini seorang yang rendah diri," ujarnya.
kredit to http://www.mohdrohaizad.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved