Eira Syazira Tertekan didera Azad Jazmin Di Rumah

[x]

Eira Syazira Tertekan didera Azad Jazmin Di Rumah

on Friday, 28 June 2013

Sejak melahirkan anak pertama mereka pada 11 Januari 2013 lalu, Eira Syazira kini berdepan tekanan dan paksaan dari suaminya, Azad Jazmin untuk menguruskan badan dan langsing seperti sewaktu zaman anak daranya dulu. 
Menerusi majlis Seindah Ramadan TV3 di sebuah restoran beberapa hari lepas, Eira memberitahu dia kini mahu memastikan berat badannnya ditahap ideal kerana jika tidak, suaminya, pelakon dan pengacara Azad Jazmin tidak akan membenarkannya kembali aktif berlakon, sebaliknya duduk di rumah menjaga anak.

“Masa dalam pantang, berat saya 80kg lebih. Tapi sekarang Allhamdulillah dah turun jadi 52kg. Sebenarnya Azad letak syarat, kalau saya nak aktif berlakon semula, saya kena kena dapatkan bentuk badan macam dulu. Kalau tak dapat, dia suruh saya jaga anak jer kat rumah."

“Jadi saya nak buktikan pada Azad yang saya boleh sahut cabaran dia. Saya diet sendiri. Sebenarnya dia takut saya gemuk sebab dia tak nak nanti saya dapat tawaran berlakon watak mak, mak. Dia nak saya dapat balik watak-watak macam dulu. Suami saya tu memang sarkastik sikit.”

Berkongsi pengalamannya selepas bergelar ibu, Eira Syazira mengakui semakin memahami bertapa besarnya pergorbanan seorang ibu. Bahkan baginya masa 24 jam tidak mencukupi kerana bukan sahaja perlu menguruskan anak dan keluarga malah dia perlu berkejar ke lokasi penggambaran.

“Kadang-kadang tu rasa 24 jam memang tak cukup bagi saya. Siang saya sibuk dengan shooting. Habis shoot jer saya terus balik, anak pula dan tidur. Saya tak ada pembantu. Kalau keluar shooting, mak mentua yang tolong jaga anak saya. Kat set pula, saya asyik fikir pasal anak jer. Azad pun macam tu juga.”
Bagaimanapun, Eira sangat bersyukur kerana sejak kelahiran anak pertamanya, Amarra Sofea Rose, rezeki mereka sekeluarga semakin bertambah. Yang terbaru, dia baru sahaja dilantik menjadi duta produk Ultra Shine Whitening yang bakal dilancarkan pada 17 Ogos depan.

sumber : http://pak-janggut.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved