Aida Gadis Melayu Ganti Farah Sebagai Pengacara

[x]

Aida Gadis Melayu Ganti Farah Sebagai Pengacara

on Thursday 22 August 2013


Selepas kelibat pengacara 'Nasi Lemak Kopi O', Farah Anuar tidak lagi bersiaran di dalam program tersebut, khabarnya tempat bekas bintang, Farah AF2 itu diisi oleh bekas juara program realiti 'Gadis Melayu' musim pertama, Aida.
Ditanyakan hal tersebut, Aida yang dihubungi sebentar tadi memberitahu;

"Jujurnya saya tidak tahu menahu tentang gosip yang melanda. Malah bila saya dipanggil oleh pihak penerbitan untuk mengacarakan program tersebut saya terus terima tanpa memikirkan hal lain. Jadi, saya tidak berani nak komen sama ada saya menggantikan tempat orang itu atau tidak."

Farah Anuar dikaitkan dengan kes kontroversi mencuri duit dan baju barangan set penggambaran sebuah stesen televisyen yang terkenal.


Aida juga memberitahu, dia mendapat tawaran tersebut semasa bulan puasa yang lalu dan mula bersiaran pada minggu kedua bulan Ramadan.
"Saya bersiaran sama ada hari Jumaat atau Sabtu. Memang tidak ada masalah untuk mengacara kerana sebelum ini saya pernah mengacara program yang sama.

"Cuma, disebabkan terlalu lama berehat dari dunia pengacaraan, rasa sedikit gementar pada hari pertama bersiaran. Mujur ada Hani Hatim yang banyak memberi tunjuk ajar," kongsi Aida lagi.
Selain kembali aktif mengacara, Aida juga sibuk menguruskan perniagaan tudungnya iaitu CitrAida.


Keluarga Aida Gadis Melayu Bersama Suami dan Anak
sumber : http://www.mohdrohaizad.com/



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved