Isu Ustaz Azhar Idrus langgar lampu isyarat

[x]

Isu Ustaz Azhar Idrus langgar lampu isyarat

on Monday 19 August 2013

Umum mengetahui pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus telah terbabit dalam satu kemalangan ngeri di Kampung Pengadang Baru, Terengganu sekitar pagi Sabtu selepas kereta jenis Volkswagen Golf GTI miliknya berlanggar dengan sebuah kereta jenis proton iswara di kawasan lampu isyarat, berhadapan dengan bangunan Desa Murni.


Walaupun, kedua-dua kereta itu mengalami kerosakan teruk terutamanya di bahagian depan namun kesemua mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).


Sejurus berlakunya kemalangan itu, para peminat Ustaz Azhar di Facebook dan macai UMNO mula berdebat dan bergaduh sesama sendiri. Pergaduhan ini berpunca daripada tindakan macai UMNO yang mendakwa Ustaz Azhar melanggar lampu isyarat dan memandu laju.


Demi mempertahankan Ustaz Azhar, admin Blackout 505 Suara Rakyat Suara Keramat telah berkongsi sekeping gambar ilustrasi yang menggambarkan bagaimana kejadian kemalangan itu berlaku.




Gambar itu kemudiannya mendapat banyak komen dari para pengguna Facebook lain yang membidas kenyataan macai UMNO itu dan meminta mereka segera menyatakan permohonan maaf kepada Ustaz Azhar. Antara komen-komen yang ditinggalkan adalah berbunyi seperti di bawah.






sumber:http://plbgaimacam.blogspot.com
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved