Zaquan Adha bidas kenyataan Rita Rudaini

[x]

Zaquan Adha bidas kenyataan Rita Rudaini

on Monday 19 August 2013


Isu keretakan rumahtangga Rita Rudaini terus hangat diperkatakan sehingga kini selepas pelakon itu membuat kenyataan terbaru yang menganggap Aidil Zafuan sebagai seorang yang cetek ilmu agama dan tidak layak dijadikan suami.


Berikut ialah bunyi kenyataan panjang lebar dari Rita Rudaini sebagai respon balas kepada tindakan tidak matang Aidil menceraikannya talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lalu.


“Hati saya sudah lama kosong... kosong sekosongnya! Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini."


“Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan."


Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam lailatul qadar. Tapi, Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar?"


“Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu."

"Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla, Thailand."

"Sanggup harungi lautan api. Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama?"

“Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?”





Bagaimanapun, kenyataan balas Rita Rudaini itu tidak disenangi oleh kembar bekas suaminya, Zaquan Adha Abd Razak kerana turut menyebut dan melibatkan orang tua dan keluarganya kepada umum, dipetik dari Sinar Harian.


Menerusi laman Twitter hari ini, Zaquan tampil membidas kenyataan pelakon drama Sehangat Asmara itu dan meminta dia muhasabah diri sendiri terlebih dahulu sebelum hendak menyentuh isu agama.


“Jangan sesedap mulut cakap orang cetek ilmu agama...cermin diri dulu sebelum nak sentuh hal-hal agama. Dan kalau rasa diri itu tinggi ilmu agama... mari bersemuka.”


“Sudah-sudahlah nak raih simpati orang. Lagipun, kau boleh sentuh hal rumah tangga kau sahaja tapi jangan babitkan orang tua dan keluarga aku.”

sumber:http://plbgaimacam.blogspot.com
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved