Jasmin Hamid: ‘Lawak saya tiada lucah’

[x]

Jasmin Hamid: ‘Lawak saya tiada lucah’

on Thursday 22 August 2013

Di televisyen, nama Jasmin Hamid sudah tidak asing lagi. Biarpun sudah berusia 40 tahun, rezeki Jasmin dalam bidang lakonan tidak pernah surut.

Malah, sepanjang kariernya sebagai anak seni, bakat lakonan Jasmin atau nama sebenarnya, Jasmiah Abdul Hamid semakin menyerlah.
Selepas kejayaan memenangi anugerah Aktres Terbaik di Anugerah Skrin TV3 pada 1997 menerusi lakonan hebatnya dalam telefilem Jutawan Segera, kini menerusi Anugerah Lawak Warna (ALW) anjuran julung kali Astro, Jasmin sekali lagi meraih trofi.

Namun, kali ini dia sudah membuktikan bakat lakonannya dalam komedi menerusi drama Bila Joyah Masuk TV apabila memenangi anugerah Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV) pada malam kemuncak ALW, Jumaat lalu.

Jasmin ketika ditemui bagaimanapun mengakui dia tidak pernah menyangka kemenangannya dan kehadiran di majlis itu pun kerana kelapangan masa dan atas undangan penganjur.

“Saya datang ke majlis ALW ini bukan atas tiket kemenangan, tetapi disebabkan
kelapangan masa yang ada dan amat menghargai undangan daripada Astro.

“Apatah lagi, nama saya juga dicalonkan untuk kategori yang dimenangi ini dan rasanya berbaloi jugalah dapat hadir ke majlis ALW seterusnya naik ke pentas menerima trofi kemenangan,” katanya.

Menyentuh soal dirinya yang lebih kerap muncul membintangi drama berbanding filem, Jasmin berkata, dia sememangnya lebih selesa berlakon drama daripada beraksi di layar perak.

“Bukan saya tidak menerima tawaran berlakon filem, tetapi setakat ini saya sangat sibuk dengan jadual penggambaran drama. Lagi pun, saya lebih seronok berlakon drama kerana komitmennya tak terlalu besar.

“Ditambah lagi, tempoh penggambaran drama juga tidaklah terlalu lama,” katanya memaklumkan dia juga memilih watak pada setiap drama yang akan dibintanginya.

Berbicara mengenai lakonannya untuk watak komedi, Jasmin berkata, dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan tawaran lakonan diterimanya termasuklah watak komedi.

Katanya, walaupun melakonkan watak komedi, tetapi Jasmin akan memastikan lakonannya dipelbagaikan serta tiada dialog berunsur lucah atau bermaksud tersirat.

Sangat dikenali ramai menerusi watak komedi seperti Minah Senget dan Datin Wan Abe yang pernah dilakonkannya, Jasmin berkata, kini dia menyimpan hasrat suatu hari nanti akan memperoleh kemenangan anugerah selain komedi.
sumber ; http://www.hmetro.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved