Kenyataan Rita Rudaini, Nafi Bohong Kepada Media

[x]

Kenyataan Rita Rudaini, Nafi Bohong Kepada Media

on Tuesday, 27 August 2013

Masih lagi dengan kontroversi pasangan Rita dan Aidil Zakuan, terbaru Rita mengeluarkan dakwaan menerusi bipop untuk menafikan yang beliau berbohong ketika memberikan kenyataan kepada media.

“Tak payahlah Aidil nak tuduh saya memburukkannya. Keluarga dia pernah burukkan saya dalam akhbar, Twitter, dan Facebook. Siap panggil wartawan datang rumah buat sidang akhbar lagi. Saya terima. Tapi sampai bila? Saya juga manusia biasa, ada tahap kesabaran. Dulu setiap kali saya kena makin hamun dengan keluarganya, Aidil tidak pernah mempertahankan saya.”

“Saya berbohong? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu siapa sebenarnya yang berbohong! Kalau Aidil seorang lelaki dan bapa yang bertanggungjawab kenapa sebelum ke Jepun tidak menyelesaikan kelengkapan Raya anak-anak? Kenapa ketika di Jepun baru nak SMS saya?”

“Saya tidak nafikan Aidil ada memberi nafkah tapi pada tahun ini sahaja baru setiap bulan bagi duit! Tahun lepas mana, sejak Januari? Mana bukti dan tolong tunjuk! Dia mempertikaikan tidak cukup? saya nak beritahu, dia mana tahu perbelanjaan anak kerana sejak dahulu, saya yang banyak keluar duit untuk anak dan dirinya. Mana dia ambil tahu berapa banyak saya keluar duit untuk sara dia dan anak-anak!”

Menurut Rita lagi, nafkah yang diberikan hanya RM500 dan jumlah tersebut tidak cukup untuk menampung kos perbelanjaan anak-anak yang mahal sekarang

“Hidupnya hanya bola dan makan. Mana dia ambil tahu pasal keperluan rumah dan anak-anak. Tapi saya jenis tak ambil kisah asalkan keluarga bahagia dan tidak bergaduh. Jangan nak nafikan hakikat itu, dia ini spesis manusia yang tidak kenang budi ketika tidak berduit dulu. Bila sudah senang lupa diri!”
sumber : kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved