Vokalis Popular Dakwa Ibu Lempar Fitnah Pada Diri dan Bapa

[x]

Vokalis Popular Dakwa Ibu Lempar Fitnah Pada Diri dan Bapa

on Monday, 26 August 2013

 “Saya tak tahu mana nak letak muka saya selepas ibu yang saya sayang memfitnah saya sedemikian rupa,” kata abang kepada vokalis kumpulan popular yang mendakwa dia dan bapanya difitnah ibunya sebaik berkahwin dengan seorang lelaki berstatus Datuk itu.


Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd, 28, mendakwa tidak terniat mencederakan ibunya, apatah lagi mahu mencacatkan ibunya dengan menyimbah asid kepadanya.

Jumaat lalu, sebuah akhbar melaporkan kejadian di mana ibu kepada seorang vokalis terkenal mendakwa bekas suaminya yang gila talak menyerangnya sebelum bimbang akan disimbah asid selepas rumah diduduki suaminya itu dipotong bekalan elektrik.

“Saya terkilan, malah terkejut dengan dakwaan yang dibuat ibu saya itu kerana sebelum ini tidak pernah berbuat demikian, namun berubah selepas berkahwin dengan seorang orang kenamaan awal bulan lalu.

“Dia tidak pernah bersikap begini, malah boleh dibawa berbincang jika mempunyai masalah. Ibu saya sudah lapan tahun mendapatkan rawatan kesihatan mental berikutan keadaannya tidak sihat dan sering mengalami tekanan,” katanya di sini, semalam.

Katanya, sejak mengenali dan berkahwin dengan suami barunya itu, dia seolah-olah digunakan lelaki terbabit bagi memporak-perandakan hubungan mereka sekeluarga selain tergamak menghalau mereka dari rumah diduduki sekarang.

Menurutnya, dalam kejadian 21 September lalu, dia dan bapanya hanya mahu berjumpa dengan ibunya selepas mereka tidak dibenar menjelaskan bayaran bil elektrik yang tertunggak di rumah berkenaan.

“Kami dihalang daripada menjelaskan bil elektrik rumah itu dan mendapat tahu suami baru ibu mengarahkan perkara berkenaan selepas tanah berkenaan menjadi hak miliknya selepas dijual ibu saya,” katanya.

Menurutnya, dia kesal tindakan suami baru ibunya yang juga bapa tirinya itu disifatkan kejam dan tidak berhati perut selepas dipercayai mengambil kesempatan ke atas kekurangan ibunya yang mengalami masalah kesihatan mental. Mohd berkata, dia masih menyayangi ibunya dan memaafkan tindakan wanita terbabit.

“Saya juga menafikan kami mencederakannya, malah dakwaan kononnya saya dan bapa meragut rantainya tidak tepat kerana dia masih mempunyai rantai berkenaan.

“Jika kami meragutnya tentu rantai itu ada bersama kami dan mungkin sudah dicekup polis,” katanya. Berikutan itu, bapanya tampil ke Balai Polis Kangar, di sini bagi membuat laporan polis berhubung fitnah dilemparkan ibunya itu.
sumber : kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved