Lelaki Kucing pakar jinak

[x]

Lelaki Kucing pakar jinak

on Thursday 22 August 2013

Misterinya dunia haiwan, manusia tidak pernah tahu kebenarannya dan sukar untuk menginterpretasikan sifat, emosi, pemikiran atau apa yang berlaku dalam badan seekor haiwan itu.

Bagaimanapun, hanya yang benar-benar mendalami mahupun dikurniakan bakat baik menjinak, menunduk atau memahami haiwan cukup bertuah andai memiliki kebolehan itu.

Biarlah disangka aneh, kurang waras mahupun anti-sosial, tetapi sejak azali tidak dinafikan hakikatnya kebolehan sebegitu diidamkan sesetengah individu malah sehingga diangkat secara komersial.

Ramai sukakan haiwan peliharaan yang disifatkan sebagai naif, comel, tidak menyusahkan dan jinak namun dalamannya sukar diduga malah mungkin boleh membahayakan juga jika silap percaturan.

JACKSON sudah biasa dipanggil pelik.

Namun itu semua tidak menggugat niat murni Jackson Galaxy, jejaka yang kian popular dengan gelaran ‘Lelaki Kucing’ selepas mengacarakan program bercorak dokumentari My Cat From Hell berkongsi kepakarannya ‘berkomunikasi’ dengan haiwan itu.
Berbual dengannya dalam satu temubual menerusi telefon baru-baru ini, Jackson berkata, panggilan ‘aneh’ itu tidak lagi meninggalkan kudis buatnya.

“Bukan saja kerana saya terlalu ‘rapat’ dengan kucing sebaliknya banyak perkara yang membuatkan orang menganggap saya pelik, tapi sejak kecil lagi saya memang dipandang sebegitu.

“Saya akui saya berbeza dengan orang lain. Banyak benda aneh selalu saya lakukan tapi berkenaan minat saya terhadap kucing, terus-terang saya bukannya obses tapi terpesona dengan makhluk comel itu,” katanya.

Apa yang menarik, Jackson sebelum ini tidak terfikir akan begitu menyayangi haiwan berkenaan kerana ketika kecil dia hanya mempunyai anjing sebagai haiwan peliharaan.

“Apabila saya mula bekerja di sebuah pusat penjagaan haiwan pada 1993, satu perkara mengubah hidup saya iaitu sewaktu berada dalam sebuah bilik yang penuh dengan ratusan kucing, tiba-tiba semuanya datang kepada saya dan seperti tertarik untuk mendekati saya.

“Pada saat itu saya dapat merasakan berada di kedudukan yang sangat unik apabila hubungan antara saya dengan kucing-kucing itu menjadi istimewa. Keinginan saya membuak-buak untuk menolong dan cuba menyelesaikan masalah haiwan berkenaan,” katanya.

Menganggap dirinya bertuah kerana boleh berkomunikasi dengan haiwan itu dalam cara tersendiri, dia juga bersyukur kerana meskipun pada umur 20-an, barulah dia dikurniakan anugerah itu.

Apapun, persoalan utama pastinya bagaimana dia boleh melakukan perkara itu dan bagaimana sebenarnya cara dia berkomunikasi dengan haiwan berkenaan menjadi tanda tanya.

“Bukan sehari dua saya dapat kebolehan itu sebaliknya ada teknik yang perlu dipelajari. Saya mengetahui teknik berkenaan daripada teman rapat saya Anitra Frazer. Dia adalah penulis buku The Natural Cat dan sepanjang di pusat penjagaan itu, saya cuba aplikasi teknik diajar itu.

“Mulanya, saya cuma bereksperimen dan mendapati teknik itu sempurna dan berkesan 100 peratus. Itulah juga cara paling tepat untuk digunakan bagi memastikan kucing tidak merasa terancam dengan kita,” katanya.
sumber : http://www.hmetro.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved