Pelengkap Syawal Ning, Omar

[x]

Pelengkap Syawal Ning, Omar

on Thursday 8 August 2013

Pelengkap Syawal Ning, Omar 
Kehadiran Ryan Sky ceriakan lagi sambutan Aidilfitri di Birmingham

Kehadiran 1 Syawal kali ini nampaknya cukup indah dan membahagiakan buat penyanyi, Ning Baizura dan suaminya, Omar Dalton, apabila berpeluang meraikannya bersama bayi lelaki mereka, Ryan Sky Dalton, yang lahir pada Februari lalu. 

Jika sebelum ini mereka menyambut raya berdua, tetapi tahun ini bayi comel itu bakal melengkapkan lagi sambutan Aidilfitri kedua-duanya. 

HIP pula antara media yang berpeluang merakamkan foto sempena Hari Raya keluarga bahagia berkenaan. Seronok melihat Ning sambil dibantu suami menyarungkan baju Melayu warna ungu di tubuh Ryan. Mujurlah mood si manja ini baik sepanjang fotografi berlangsung, justeru semuanya berjalan dengan mudah dan lancar. 


Bercerita mengenai sambutan Hari Raya kali ini, Ning berkata, seperti dua tahun lalu, dia bakal meraikan hari mulia itu di kampung halaman suaminya di Birmingham, England. 

“Tahun lalu, kami tak dapat pulang ke sana kerana saya sedang sarat. Kepulangan kali ini sangat menyeronokkan kerana Ryan akan ikut sekali untuk berjumpa abang dan kakaknya. 

“Memandangkan ketika ini cuti musim panas sedang berlangsung di sana, jadi inilah satu-satunya peluang Omar untuk melawat keluarganya di England,” ujar Ning membuka bicara pagi itu. 

Pastinya, suasana Aidilfitri di perantauan tidak akan sama dengan sambutan di Malaysia. Perkara itu diakui sendiri oleh Ning. 
“Bagaimanapun, pada pagi Hari Raya kami tetap akan berpakaian tradisional. Malah, ibu mentua saya juga akan memakai baju kurung yang kami belikan beberapa tahun lalu,” kata penyanyi yang mengaku pasti merindui serunding pada sambutan Syawal kali ini. 

Nafi tuduhan elak berpuasa 

Biarpun berkali-kali menyatakan pemergiannya ke United Kingdom adalah untuk melawat keluarga sebelah suami, namun masih ada suara nakal yang mempertikaikan kenyataannya. 

Dakwa mereka, kononnya Ning dan suami sengaja ke luar negara kerana mahu mengelak daripada berpuasa. 

Walaupun kecewa dengan tuduhan jahat seperti itu, namun tegas Ning, dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara yang sudah jelas tidak benar sama sekali. 

“Biarlah mereka hendak kata apa sekalipun, saya malas nak bagi sebarang ulasan. Seperti yang saya katakan tadi, kebetulan cuti musim panas jatuh ketika umat Islam menyambut Ramadan, dan itulah saja peluang untuk Omar bertemu keluarganya,” terangnya. 

Geram kenyataan diputar belit 

Ketika sesi fotografi ini dijalankan, Ning melahirkan kekecewaan apabila ada pihak cuba memutar belitkan kenyataannya, sehingga menimbulkan salah faham antara dirinya dengan peminat. 

Sambil menunjukkan artikel yang disiarkan di internet menerusi telefon pintarnya, Ning menyelar tindakan individu yang sengaja mensensasikan kenyataan suaminya sehingga menimbulkan kekecohan di laman sosial Facebook miliknya. 

“Artikel itu menyatakan, suami saya mengeluarkan kenyataan mengenai kebimbangannya Ryan akan menjadi lelaki lembut jika dia dijaga ibu mentuanya. Kenyataan itu tidak benar sama sekali dan saya percaya si penulis tidak faham cerita sebenar. 

“Apabila artikel itu tersiar, ramai peminat mengecam suami saya kerana seolah-olah memandang rendah golongan itu (lelaki lembut). Jadi di kesempatan ini saya ingin memperbetulkan keadaan. Suami saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang tersiar itu,” tegasnya.

Sumber : Berita Harian
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved