Antara Seni Dan Tasauf

[x]

Antara Seni Dan Tasauf

on Friday, 28 June 2013


ADAM muncul semula dengan filem terbarunya, Dangerously Love yang boleh dikategorikan bertaraf antarabangsa yang turut membabitkan pelakon dari Vietnam dan Indonesia.

PROGRAM realiti televisyen (TV) Akademi Fantasia musim ke-2 (AF2) memang sudah hampir 10 tahun berlalu. Anak kelahiran Sabah bernama Adam ini adalah salah seorang peserta pertandingan nyanyian itu yang masih lagi mampu mengekalkan popularitinya dalam dunia hiburan tempatan.

Adam bukan sahaja mencipta nama sebagai penyanyi tetapi dia juga menyerlah dalam bidang lakonan. Buktinya dia berjaya menempatkan namanya sebagai pelakon dalam dunia perfileman dengan menggalas banyak watak utama sejak kebelakangan ini.

Terbaru dia telah tamat menjalani penggambaran filem terbarunya berjudul Dangerously Love di sekitar Hanoi, Vietnam baru-baru ini. Adam dilihat semakin aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian yang menjadi kerjayanya sejak sedekad yang lalu.

Bagaimanapun, dalam pada sibuk dengan bidang seni tetapi anak didik kumpulan KRU ini tidak pernah alpa bekalan untuk hari akhiratnya. Menurut Adam, dia antaranya sedang giat mendalami ilmu tasauf sejak dua tahun lalu yang mana ia berjalan seiring dengan kerjayanya itu.

"Sebenarnya saya tidak mahulah heboh-heboh fasal belajar ilmu tasauf. Sebabnya saya pun masih baru belajar dengan guru saya Habib Firdaus At-Taibun Al-Maliki sejak 2011 di Kuala Lumpur. Sebelum itu saya belajar dengan pakcik saya sendiri, Haji Musa Madim.

"Saya belajar tasauf bukannya mahu menjadi alim ulamak tetapi untuk keperluan diri sendiri. Walaupun sibuk berlakon dan menyanyi saya tetap akan membahagikan masa saya untuk belajar agama. Bagi saya dunia dan akhirat haruslah seimbang," katanya kepada Hits.

Dia ditemui sewaktu penggambaran Dangerously Love arahan Yusof Kelana yang menjalani penggambaran di sekitar bandaraya Hanoi, Vietnam dari 18 hingga 26 Jun lalu. Dalam filem terbitan YKS Film Maker itu, Adam melakonkan watak Iskandar.

Selain mendalami ilmu tasauf, Adam juga mencuba bidang perubatan Islam yang belum pernah diterokainya sebelum ini. Katanya cara itu bukan sahaja mampu mendekatkan dirinya dengan Allah tetapi pada masa sama ia dapat membantu orang lain yang memerlukan khidmatnya.

"Bagi mempelajari ilmu perubatan Islam saya pernah bekerja dengan Ashraf Muslim selama sebulan di tempat dia menjalankan operasinya di Gombak, Selangor. Dengan peluang itu saya pernah mengubat orang sakit terutama yang membabitkan masalah dalaman.

"Contohnya terkena sihir buatan orang atau untuk mengeluarkan saka daripada dalam badan seseorang. Saya hanya mengubat orang sakit berdasarkan bacaan ayat-ayat al-Quran selain orang yang terbabit haruslah berdoa juga untuk dirinya sendiri," ujarnya.

sumber : http://www.utusan.com.my/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved