“Dayana Masih Satu-Satunya Isteri Saya Yang Sah” – Ashraf Muslim

[x]

“Dayana Masih Satu-Satunya Isteri Saya Yang Sah” – Ashraf Muslim

on Monday, 24 June 2013


Baru-baru ini beberapa kontroversi muncul mengaitkan nama Ashraf Muslim apabila dia dikatakan pergi ke mahkamah syariah untuk membuat permohonan menikah untuk kali kedua dan selepas itu Ashraf sekali lagi mengundang spekulasi bahawa hubungan rumahtangganya benar-benar bermasalah apabila dia meletakkan jawatan daripada syarikat bapa mertuanya.

Sebelum ini, Ashraf lebih selesa berdiam diri dari menjawab segala persoalan walaupun muncul seorang perempuan mengakui bakal bernikah dengannya.

Namun, kini Ashraf tampil membuat kenyataan di akhbar Kosmo menjelaskan isu segala berita dengan kenyataan yang berhati-hati kerana tidak mahu melukakan hati semua orang.

“Dayana masih satu-satunya isteri saya yang sah. Memang saya mengaku pergi Mahkamah Syariah tetapi untuk apa dan buat apa, saya tidak boleh kongsi. Saya harap semua faham kerana banyak hati yang perlu saya jaga, saya tidak mahu kenyataan saya akan menyebabkan salah faham yang lebih besar.” jelas Ashraf Muslim.
Rumahtangga Ashraf Muslim dan Dayana dikatakan bermasalah akibat ketiadaan zuriat selepas 3 tahun mendirikan rumahtangga. Sejauh mana kebenarannya hanya mereka sahaja yang tahu.


sumber : http://ohartis.com/



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved