Kapal pelayaran mewah terkandas di atas sebuah bukit?

[x]

Kapal pelayaran mewah terkandas di atas sebuah bukit?

on Monday, 17 June 2013




Kapal pelayaran mewah terkandas di atas sebuah bukit? | Jika sekali pandang, anda akan terkejut melihat sebuah kapal pelayaran mewah terkandas di atas sebuah bukit. Namun sebenarnya, kapal mewah itu diletakkan di atas sebuah bukit di Jeongdongjin, Korea Selatan untuk dijadikan sebuah hotel unik. Hotel berkenaan terletak dalam pusat peranginan Sun Cruise yang menawarkan pemandangan indah tepi laut, sekali gus sesuai kepada pengunjung yang mempunyai masalah mabuk laut dan tidak boleh menaiki kapal. Sun Cruise merupakan satu daripada tempat pelancongan popular di Korea Selatan untuk melihat pemandangan matahari terbit dari Laut Jepun, terutamanya pada Hari Tahun Baru.

Ruangan khas di atas kapal tersebut juga membolehkan pengunjung melihat pemandangan panorama horizon. Apa yang paling menarik, pengunjung hanya dikenakan bayaran 80,000 won (RM220) semalam, harga yang lebih murah berbanding menaiki kapal mewah. Hotel kapal berkenaan menawarkan 211 kabin yang mempunyai pelbagai jenis bilik dan apartmen khas. Kapal seberat 30,000 tan itu juga dilengkapi dengan enam restoran, sebuah gim, beberapa kolam renang yang dipenuhi air laut dan sebuah pusat latihan golf yang menghadap ke arah laut.


sumber : http://lulu-pages.blogspot.com/




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved