Kejutan Buat Peminat Aishwarya Rai

[x]

Kejutan Buat Peminat Aishwarya Rai

on Monday, 24 June 2013

Kejutan buat peminat Aishwarya Rai | KEJELITAAN bekas Ratu Cantik dunia dan pelakon terkenal Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan usah dipertikaikan lagi. Selain memiliki rupa paras jelita, susuk badannya yang langsing turut menjadi idaman semua wanita.

Bagaimanapun, selepas melahirkan anak sulungnya, Aaradhya, pakej lengkap yang dimiliki isteri kepada aktor Abhishek Bachchan itu berubah sekelip mata sehingga mendapat kritikan hebat seluruh dunia.

Jelitawan yang dulunya menjadi ikon kecantikan itu bertukar sebaliknya. Secara lumrahnya, setiap wanita pastinya akan mengalami perubahan berat badan selepas proses kelahiran anak. Begitu juga dengan Aishwarya yang mengalami perubahan bentuk badan ketara.

Bagi aktres berusia 39 tahun ini, penampilannya itu bukan satu masalah kerana dia kini sedang melalui fasa baru dalam hidupnya sebagai ibu. Bagaimanapun sebagai selebriti dan bekas ratu cantik, Aishwarya tidak seharusnya terus selesa dengan imej barunya itu.

Setelah dikritik teruk, pelakon Devdas ini akhirnya akur untuk kembali menurunkan berat badannya sedikit demi sedikit. Malah kehadiran ke Malaysia baru-baru ini mengejutkan semua peminat apabila dia berjaya mendapatkan bentuk badan lebih langsing berbanding sebelum ini.

Tampil jelita dengan fesyen Anarkali berwarna hijau, kehadirannya di negara ini bagi merasmikan butik jam pertama jenama Longines di Pavilion, Kuala Lumpur, berjaya mencuri tumpuan peminat.


“Saya gembira dapat hadir ke Malaysia dan saya sangat kagum dengan masyarakatnya yang sangat peramah. Cuaca di sini juga lebih baik berbanding di negara saya (India),”

katanya yang ditemui ketika majlis pelancaran butik tersebut.

Rindu berlakon

Mengambil keputusan berehat seketika dari bidang seni, Aishwarya bagaimanapun meluahkan kerinduannya untuk kembali berlakon. Sudah tiga tahun dia menolak tawaran seni demi memberi perhatian terhadap cahaya mata pertamanya itu.


“Bagi saya, setiap saat bersama Aaradhya sangat berharga dan mahu melihat dia membesar di depan mata. Walaupun rindu berlakon, tetapi keluarga merupakan tempat pertama di hati saya,”

katanya.

Artikel Penuh di Sinar Harian Online

Foto ehsan Sinar Harian Online



Aishwarya Rai bersama anaknya, Aaradhya.




Aishwarya Rai

terima kasih Sinar Harian Online
kredit to http://joey39.net/


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved