“Saya diwakilkan keluarga Redzwani untuk tampil membuat kenyataan kerana kami tidak mahu namanya dikaitkan lagi dengan Shahz. Kami tidak mahu dia dikenali sebagai tunang Shahz lagi”
“Hubungan itu diputuskan selepas keluarga Redzwani melihat kenyataan yang diberikan oleh Shahz kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas dia ditangkap khalwat,” ujar wakil keluarga Redzwani Puteri.
“Selama ini kami berdiam diri dengan harapan Shahz akan berterus terang mengenai status sebenarnya namun dia tidak berbuat demikian dan peminat mula melemparkan kata kata kurang enak kepada Redzwani”
“Jangan ingat Redzwani kuat, sebaliknya dia juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Luaran mungkin dia nampak tabah, tetapi dalamannya tidak. Sejak kes tangkap khalwat itu, dia suka menyendiri dan apabila ditanya mengenai huungannya dengan Shahz, dia akan menangis”
Dalam pada itu, wakil keluarga Redzwani Puteri juga menyangkal dakwaan yang mengatakan Shahz Jaszle terpaksa bertunang sebaliknya mereka memang suka sama suka, jika tidak masakan majlis pertunangan di’sambut secara besar besaran di rumah keluarga pihak perempuan.
kredit to KEZOOM
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment