Polis sedang menjalankan siasatan ditempat kejadian
Mayat seorang lelaki ditemui tergantung di Excavator (dibahagian Scoop Excavator) dengan tali menjerut lehernya oleh beberapa orang pekerja di tapak pembinaan di Lapangan Terbang Jalan Miri kira-kira jam 5 pagi semalam.
Mayat berkenaan telah dikenalpasti sebagai Kasmani, berusia 20-an yang berasal dari Jawa Barat, Indonesia. Ia dijumpai dengan berpakaian t-shirt dan berseluar jeans kira-kira 20 kaki dari kawasan perumahan pekerja ditapak pembinaan itu.
Polis yang dimaklumkan oleh pekerja sedang menyiasat sebab-sebab kematiannya. Badan itu telah dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Miri ACP Mun Kock Keong ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan itu.
"Siasatan sedang dijalankan, saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai kes itu," katanya kepada The Borneo Post.
Read more: http://blogofelih.blogspot.com/2013/06/lelaki-mati-tergantung-di-excavator.html#ixzz2WUv6vWE8
sumber: http://blogofelih.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment