Tips Bekerja Dengan Majikan Yang Lebih Muda

[x]

Tips Bekerja Dengan Majikan Yang Lebih Muda

on Thursday, 20 June 2013





Dewasa ini, banyak jawatan tertinggi dalam organisasi diduduki generasi muda. Ramai bersetuju sekiranya meletakkan generasi muda dalam syarikat, ia bakal membawa perubahan dan idea baru selain dianggap mereka lebih bertenaga dan peka dalam bidang diminati.

Lapan tip bekerja dengan majikan lebih muda

1. Ingat dengan siapa anda bekerja

Apabila bekerja dengan majikan yang lebih muda di mana boleh dianggap sebagai adik mestilah ada rasa saling hormat menghormati dan saling bekerjasama untuk mencapai satu tujuan. Hal ini adalah satu prinsip penting jika anda berada dalam posisi yang sama. Hormat adalah satu prinsip yang perlu dipegang oleh seseorang yang mempunyai majikan yang lebih muda walaupun majikan itu sebaya umur anak anda.

2. Jangan cuba berlagak dengan majikan muda

Perkara ini sering kali terjadi apabila kerap kali timbul perbincangan, ketika anda menerima sebuah laporan tahunan daripada orang yang lebih muda daripada anda. Secara tidak sabar anda pasti akan mempunyai sedikit keraguan untuk menerima laporan majikan muda dan memberikan pandangan yang tidak sepatutnya. Walaupun dia masih muda, ­jangan sesekali mempertikaikan kebolehan mereka dengan umur semata-mata.

3. Tunjukkan usaha anda

Tidak perlu berasa ragu dengan usaha yang mereka tunjukkan untuk menangani masalah yang berlaku di dalam pejabat dan usaha mereka untuk mendekati pekerjanya. Pengalaman anda itu akan meningkatkan daya kepemimpinan dan prestasi seorang majikan muda.

4. Bekerja secara kumpulan

Majikan yang muda dan baru bermula bekerja pasti inginkan tunjuk ajar daripada pekerja lama yang lebih tahu berkaitan selok-belok hal di dalam pejabat. Pekerja lama pula haruslah menunjukkan sikap bertanggungjawab dan membantu mereka ketika di perlukan. Janganlah mengukur umur semata-mata, ingat walaupun mereka lebih muda ­banyak idea dan buah fikiran mereka yang mampu diketengahkan dan menarik untuk ­ditonjolkan.

5. Jangan ambil hati

Jika bekerja dengan majikan yang lebih muda, jangan mudah terasa hati dengan mereka dan tidak sesekali melawan kata-kata mereka dengan mempertikaikan soal umur atau siapa lebih lama bekerja dengan majikan itu. Mereka adalah orang yang patut dihormati walaupun ada sikap mereka yang kurang disenangi.

6. Menerima idea mereka

Apabila orang muda memberikan idea, kebanyakan orang yang lebih berusia atau sudah lama bekerja di syarikat itu berasa tidak mahu mendengar idea dan pandangan yang dilontarkan oleh mereka. Jadi memang sangat penting bagi seorang pekerja mendengar dan meneliti dulu idea majikan atasan.

7. Berikan seberapa banyak pandangan
Bekerja dengan majikan yang lebih muda tidak sama dengan majikan yang lebih berusia. Jadi sebagai pekerja, cubalah berikan idea yang bernas dan wajar kemudian kemukakan kepada mereka semasa bermesyuarat agar majikan yang muda itu dapat jadikan panduan.

8. Berikan kekuatan

Majikan yang muda semangatnya tidak sama dengan majikan yang berusia. ­Pekerja ­haruslah memberikan kekuatan buat mereka untuk mengemudi syarikat agar sentiasa ­berada dalam keadaan yang baik. Pekerja adalah kekuatan kepada jatuh dan bangun sesebuah syarikat.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved