Anugerah Blockbuster 2 yang berlangsung pada Sabtu lalu menyaksikan filem arahan pengarah Ghaz Abu Bakar iaitu Filem Hantu Kapcai dianugerahkan sebagai Filem Terhebat dan keputusan itu mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak. Namun, Ghaz tampil untuk memberi penjelasan kenapa filem arahannya layak untuk diangkat sebagai Filem terhebat.
“Realitinya, harus diakui filem tempatan hanya akan ditonton sekiranya membabitkan nilai komersial iaitu dengan menampilkan pelakon-pelakon popular, barulah ia membuatkan masyarakat mahu menonton filem itu.
“Tetapi unsur-unsur seni filem juga penting bagi mencantikkan jalan cerita yang dibawakan. Selain itu plot cerita yang dekat dengan jiwa masyarakat kita barulah mereka akan tonton. Mungkin formula itu membuatkan Hantu Kapcai menang,” Jelas Ghaz.
Filem Hantu Kapcai juga turut memenangi kategori Filem Aksi Terhebat dan Filem Kelakar Terhebat termasuklah Hero Terhebat (Zizan Razak) dan Heroin Baru Terbaik (Neelofa).
Tambah Ghaz lagi, plot cerita yang padat juga amat penting agar perjalanan karya filem itu tidak meleret selain menyelitkan unsur-unsur komedi dan keagaamaan dalam Hantu Kapcai dan mengakui
kemenangan yang diraih juga telah membuatkan pengarah itu lebih bersemangat untuk memulakan penggambaran sekuel Hantu Kapcai tidak lama lagi.
“Kejayaan inu membuatkan saya dan pihak penerbitan Showbiz Sdn Bhd lebih bersemangat untuk meneruskan pembikinan sekuel filem ini. InsyaAllah saya akan menghasilkan filem ini lebih baik daripada Hantu Kapcai yang pertama. Dijangka penggambaran akan dimulakan awal tahun depan,” ujarnya.
sumber : http://ohartis.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment