Miliki Rambut Bersinar Bak Fazura

[x]

Miliki Rambut Bersinar Bak Fazura

on Monday, 17 June 2013









Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin bukan saja memiliki wajah dan senyuman menawan, malah turut memiliki rambut yang sihat bersinar. Ingin tahu rahsia pelakon ‘Gol dan Gincu’ ini menjaga rambutnya, jom semak senarai di bawah.

1. Duta produk Colgate, Nutox dan Lux ini hanya menggunakan syampu yang mengandungi ramuan berasaskan organik sahaja.

2. Bagi mengekalkan kesihatan serta kecantikan rambut, pelakon drama ‘Kisah Cinta’ ini akan melakukan rawatan rambut pada setiap bulan di salun rambut.

3. Fazura atau lebih mesra dengan panggilan Faz juga memberitahu akan ‘trim’ rambutnya setiap dua atau tiga bulan sekali.

4. Selain mengambil suplemen untuk kulit wajah dan kesihatan badan, Faz turut mengamalkan suplemen untuk penjagaan kesihatan rambutnya.

Dalam pertemuan dengan aktres jelita ini, Faz turut memberitahu akan berfikir beberapa kali andai karier seni yang diceburi selama lebih 10 tahun ini menuntut dirinya untuk memotong rambut. Ini kerana Faz menganggap rambut adalah aset serta mahkota berharga bagi setiap wanita.



sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved