Tiada Masalah Jadi Mangsa Rogol

[x]

Tiada Masalah Jadi Mangsa Rogol

on Sunday, 16 June 2013

Marsha Milan


Bukan semua pelakon wanita suka menjadi mangsa rogol. Ia boleh menimbulkan tanggapan kurang elok kepada penonton dan masyarakat walaupun ia sekadar lakonan semata-mata.
Babak rogol itu sendiri harus dilakukan dengan sempurna supaya tidak kelihatan seperti dilakukan secara keterlaluan. Mungkin inilah yang difikirkan oleh Marsha Milan apabila menjadi mangsa perkosa dalam filem terbarunya, Tujuh arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.


Bagi Marsha, dia tidak ada masalah untuk melakonkan adegan itu cuma yang dibimbangi adalah kemungkinan berlakunya kontroversi kerana melakukan aksi yang agak panas itu.
“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakonkan babak terbabit kerana, ia adalah lakonan semata-mata.
“Sebelum penggambaran pengarah ada bertanyakan sama ada saya selesa atau tidak untuk membawa watak terbabit.

Cabaran lakonan 

“Bagi saya ia adalah lakonan semata-mata untuk menjayakan watak yang diberikan. Itu adalah amanah yang diberikan dan saya harus memberi komitmen yang baik untuk watak terbabit.
“Sekiranya wujud sebarang kontroversi ataupun ada yang berkata-kata terhadap babak yang saya lakonan selepas filem ini ditayangkan kelak, itu adalah sekadar penilaian penonton namun saya beranggapan yang saya sudah berjaya untuk melakonkan watak itu dengan baik,” katanya.

Marsha menganggap melakukan babak dirogol adalah antara cabaran yang perlu dihadapi dalam memberikan aksi lakonan terbaik.
Satu lagi cabaran yang dihadapinya ialah keadaan cuaca di Cameron Highland yang sejuk. Kesejukan itu dirasakan seperti sampai ke tulang apabila penggambaran Tujuh dilakukan pada waktu malam.

Terus mencari peluang

Marsha terbabit dengan penggambaran filem Tujuh ketika sedang menunggu penayangan satu lagi filem yang dibintanginya iaitu Jwanita, Laga dan Qada.

Gadis kelahiran Tamparuli, Sabah ini juga berkata, pada masa sama dia turut merangka beberapa peluang lain apabila penggambaran membabitkan dirinya itu akan habis pada penghujung bulan ini.
“Saya kena bijak mencari peluang dan bukannya menunggu tawaran jatuh ke riba.

“Saya tidak boleh mengharapkan kepada populariti dan kontroversi walaupun ia mungkin membantu untuk menaikkan nama seseorang artis,” katanya.
Dia juga sedar tidak boleh mengharapkan kepada bidang nyanyian atau lakonan semata-mata sebaliknya mencari ruang lain seperti bidang pengacaraan.

Sekiranya ada peluang dan merasakan bersesuaian, tentu sekali peluang itu tidak dilepaskannya.


sumber : http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved