Pengalaman dan status dua personaliti ini dalam dunia hiburan memang berbeza.
Namun, jurang perbezaan itu tidak pula menjarakkan hubungan mereka. Malah, mereka dianggap akrab apabila kedua-duanya disatukan dalam telefilem Mama Mama Mia yang bersiaran di Astro Ria, hujung bulan lalu.
Kini hubungan dua pelakon cantik ini, Lisa Surihani dan Hanis Zalikha dikatakan macam adik beradik. Mereka memiliki sedikit persamaan iaitu mempunyai pengaruh yang agak hebat di dunia maya.
Pelakon berusia 27 tahun, Lisa antara selebriti yang mempunyai ramai pengikut di laman sosial seperti di Twitter, Instagram dan Facebook. Begitu juga dengan Hanis, gadis berusia 23 tahun yang sebelum ini dikenali sebagai penulis blog www.inibelogsaya.blogspot.com sebelum dibawa ke dunia lakonan dan pengacaraan.
Mereka hadir untuk sesi fotografi bersama di studio Balai Berita. Keakraban mereka sepanjang sesi ini memang cukup terserlah sekali. Ada saja topik yang dibualkan antara mereka. Kedua-duanya tampil cantik dengan koleksi persalinan rekaan pereka popular, Jovian Mandagie.
Kemesraan antara Lisa dan Hanis bagaikan Best Friend Forever (BFF). Kedua-duanya juga selesa meletakkan hubungan mereka umpama soul sister atau sehati dan sejiwa.
Bagi Lisa, dia tidak pernah membataskan gelarannya sebagai isteri kepada Yusry Abdul Halim untuk berkawan. Malah selain Hanis, dia juga rapat dengan Liyana Jasmay, Farish Aziz, Nora Danish, Thumb Suhaimi dan Intan Ladyana.
“Malah Lisa juga mempunyai kelompok kawan yang bukan di kalangan artis. Ada kawan yang sudah berkahwin dan juga yang belum seperti Hanis. Soal status itu bukan ukuran dalam menjalinkan persahabatan. Masing-masing faham dengan tanggung jawab yang ada.
“Macam Hanis ini pun memang boleh cepat mencipta keserasian ketika di lokasi penggambaran telefilem Mama Mia hingga sekarang. Kalau orang lain panggil dia dengan nama Keknis, Lisa panggil dia dengan nama Meng.
“Asalnya Men merujuk kepada lelaki, tetapi ditambah ‘g’ seperti dialek Terengganu, jadi ‘meng’. Dia pun panggil Lisa dengan panggilan sama,” kata Lisa yang kini semakin selesa mengurus kerjaya sendiri dibantu ibu tersayang Siti Amira Ahmad.
sumber : http://www.bharian.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment