[x]

Iklan Pendek RM450 Ribu : Finas Hentam Ahmad Idham

on Saturday 31 August 2013

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Md Afendi Hamdan menyelar tindakan pengarah filem Ahmad Idham Nadzri yang mempersoal mengenai kos penerbitan promo hari kemerdekaan terbitan FINAS “Tanah Tumpahnya Darahku” yang mencecah RM450 ribu.

Iklan bertajuk “Tanah Tumpahnya Darahku“ ditayangkan di pawagam bersempena hari kemerdekaan.

Sebelum ini, Ahmad Idham mempersoalkan bagaimana promo iklan pendek berdurasi 2 mini 40 saat itu boleh menelan belanja hingga sebegitu banyak jumlah kosnya.

Kata Md Afendi,

“Apa salahnya kalau kita mahu belanja lebih untuk promosi bersempena dengan hari kemerdekaan negara kita sendiri? Kalau laburkan RM1 juta sekalipun apa salahnya?
“Dia (Ahamd Idham) hanya tahu nak salahkan orang sahaja terutama FINAS. Bagi saya orang yang menyalak seperti itu tidak harus dilayan. Cara dia cakap seolah-olah dia tidak tahu kos sebegitu untuk sebuah iklan mampu menghasilkan kualiti visual yang bagus,”
“Pihak kami bukannya nak keluarkan kos sembarangan. Mahalnya sesebuah produk itu adalah berdasarkan kualiti teknikal dan grafik yang digunakan. Ia juga membabitkan penggunaan helikopter dan kamera jenis epik.
“Tambah pula tempoh penggambaran dibuat dalam jangka masa yang sangat singkat. Treler iklan ini bukannya seperti kita hasilkan filem biasa. Ia merupakan treler yang berkualiti tinggi,”
Dalam pada itu, iklan yang diterbitkan oleh Vision Networks milik Afdlin Shauki telah pun disiarkan serentak di seluruh pawagam di Malaysia sebelum tayangan filem bermula Rabu lalu disusuli promo berjudul “Pesanan Terakhir” dan diikuti nyanyian lagu “Negaraku”.

Versi 4 minit pula akan ditayangkan di you tube kelak.

Pihak Gafim mahu Finas Terangkan Mengenai Tender Kos Iklan Merdeka 2013

Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan agensi berkenaan dan mendesak supaya Finas menjelaskan bagaimana sesebuah tender iklan yang mempunyai bajet besar diberi.

“Gafim sebenarnya sokong apa-apa sahaja usaha kerajaan yang menerbitkan iklan merdeka bagi kesedaran orang ramai.
“Cuma apa yang perlu dijelaskan adalah proses pemilihan produksi dalam memberikan tender dan bagaimanakah keterbukaan yang dibuat oleh pihak Finas?,”
Ahmad Idham pula meminta badan itu memberi penjelasan berhubung kos berkenaan yang dianggap tinggi untuk sebuah iklan pendek.

Pengerusi Finas, Datuk Md Afendi Hamdan pula memberi respons dengan mengatakan bajet berkenaan adalah bersesuaian dengan kualiti iklan tersebut yang diberikan tendernya kepada syarikat Vision Networks milik Afdlin Shauki.

Iklan berkenaan sudah pun disiarkan serentak di pawagam seluruh negara sebelum tayangan filem bermula Rabu lalu disusuli promo berjudul Pesanan Terakhir dan diikuti nyanyian lagu Negaraku.

Gafim mahu tahu pemilihan pemberian tender

Mereka berhak mengetahui bagaimana proses pemilihan syarikat produksi dalam pemberian tender tersebut sama ada ia dibuat secara terbuka ataupun sebaliknya.

“Mereka kena tahu, Finas adalah agensi kerajaan, bukannya swasta yang boleh sembarangan memberi projek. Jadi mereka perlu mengikut prosedur.
sumber; http://nurizspace.com/

Gambar Qi Razali Waktu Kanak-kanak

Ni gambar Qi Razali atau Qushairi Razali waktu kanak-kanak.



Gambar Dua Wanita Di Hukum Tembak Kepala Di Cina

China memang termasuk salah satu negara yang paling berani menjalankan hukuman secara lantang. Yang paling terkenal adalah hukum gantung yang dikenakan kepada para koruptor di negara tersebut. Di awal kemerdekaanya terjadi kes rasuah secara besar - besaran, dan 10 kuroptur terbesar di negara itu di hukum gantung di depan umum. Dan itu cukup membuat efek kepada semua jajaran pemerintahnya, hingga menurunkan kes rasuah di cina sebanyak 5%, banyak negara-negara anggota PBB, khusunya Amerika Syarikat yang menentang hukuman yang di lakukan oleh China, dengan alasan "PELANGGARAN HAK ASASI MANUSIA", tetapi China tetap tidak berganjak, China merasa mempunyai martabat, dan harga diri, dan itu semua di lakukan semata mata untuk rakyatnya. Apa gunanya menyelamatkan seorang koruptor sementara masih ada ratusan juta rakkyatnya yang menderita kerana wangnya di curi oleh koruptor.

Tidak hanya bagi koruptor, negeri tirai buluh ini melakukan hukuman mati dan di lakukan dihadapan penduduk awam. Seperti foto-foto di bawah ini, tidak tahu dua orang ini disabitkan oleh masalah apa, dua orang perempuan di hukum dengan cara di tembak di kepalanya, foto ini dapat lihat kerana peristiwa ini dilakukan di hadapan penduduk awam sehingga dapat di abadikan oleh wartawan dan akhirnya boleh kita lihat....








sumber : http://dairishare.blogspot.com/

Gambar Insiden Patah Tulang Dalam Arena Sukan

Sukan bola sepak adalah yang paling diminati seluruh masyarakat di seluruh dunia yang kecil mahu pun orang dewasa dan tidak ketinggalan sukan-sukan yang lain.Tetapi tahukah anda sukan juga ada risiko bahaya yang juga boleh membawa maut,tidak hairanlah sekiranya pemain bola sepak juga berisiko mengalami kecederaan serius seperti patah kaki atau tangan termasukalah olah raga lain.
Jadi sentiasalah berwaspada ketika melakukan aksi atau bersukan,jangan sampai terjadi seperti di dalam gambar-gambar ini.

jom saksikan gambar-gambar kecederaan patah kaki atau tangan yang mengerikan di bawah:











sumber : http://dairishare.blogspot.com/

Aweera Akui Di Sabotaj Rakan Sendiri

Aweera, 22 tahun, vokalis kumpulan Mojo telah berhadapan dengan pengalaman pahit dalam hidupnya apabila beliau telah diisytiharkan muflis. Perkara itu tersebar menerusi satu notis yang telah dikeluarkan oleh sebuah akhbar pada 11 Julai lalu.


Berkesempatan bertemu dengannya semasa majlis rumah terbuka anjuran KRU Studios di Cyberjaya baru-baru ini, pelantun lagu Andaiku Bercinta Lagi itu enggan mengulas lanjut.

Menurut Aweera, dia mahu semua permasalahan yang melanda dirinya itu diselesaikan terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan kepada mana-mana pihak.

"Saya ingin memohon maaf kerana tidak boleh bercerita dengan lebih mendalam. Apa yang boleh saya katakan, ia masih lagi dalam proses untuk diselesaikan.

"Ketika ini saya masih lagi berbincang dengan pihak bank dan mencari jalan supaya perkara ini dapat diselesaikan. Kalau sudah ada keputusan muktamad dibuat, barulah saya akan buat kenyataan.

Ketika ditanya tujuan beliau membuat pinjaman tersebut. Menurut Aweera, perkara ini sebenarnya terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum, namun ia merupakan pinjaman peribadi yang dibuat ketika beliau berusia 19 tahun dan sudah bekerja di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di unit kebudayaan.

Tambah beliau lagi, semasa bekerja dahulu memang ada rakan sekerja yang mempunyai hasad dengki. Aweera mengakui semua yang terjadi ini akibat daripada sabotaj oleh rakan sendiri.

Jadi, untuk menghilangkan rasa tekanan yang dialami itu, Aweera lebih fokus kepada kerja. Beliau juga tidak mahu terlalu memikirkan sangat tentang perkara itu dan berharap semuanya dapat diselesaikan.
sumber; Kezoom

Menunggang Motorsikal Sambil Menyusui Anak


Ibu menunggang motor sambil menyusui bayi (orange.co.uk)


Jangan tiru aksi ibu muda di China ini. Menyusui anak sambil menunggang motosikal tanpa topi keledar dan peralatan keselamatan lain.

Dipetik Orange.co, Jumat 30 Ogos 2013, peristiwa itu terjadi beberapa waktu lalu di Jalan Raya Bandar Yuzhou, Henan, China.

Bahkan seorang saksi terkejut si ibu sanggup mengayuh dikawasan sesak lalu lintas sambil menyusui bayinya yang dianggarkan berusia 18 bulan dengan satu tangan.

"Jadi dia tiba-tiba mengangkat kausnya, mengeluarkan payudaranya dan mula menyusukan anaknya yang meronta," kata saksi mata.

Petugas Polis yang melihat peristiwa langka sekaligus mengerikan itu akhirnya memberhentikan si ibu dan memberikan peringatan.

Si ibu yang tak disebutkan namanya itu diperingatkan untuk tidak mengulangi perbuatannya. Sebab selain membahayakan hidupnya dan bayinya, si ibu itu juga boleh membahayakan pengguna jalan lain.

"Jika dia menggulang hal itu lagi, kami akan memberikan sanksi dan menyita motornya," kata jurucakap polis tempatan.
sumber : http://www.relevansokmo.com/

Misteri Dawai Kawat Keluar Dari Perut Guru Tadika

Ramai yang agak meraguinya pada mulanya, mereka semua berfikir mungkin dia yang melakukan perkara tersebut keatas dirinya sendiri. Bagaimanapun, para doktor juga mempunyai teori lain tetapi tidak dapat dijelaskan menerusi saintifik atau perubatan.


Wanita ini telah 17 tahun menderita kerana dawai yang keluar menerusi tubuhnya dan kini dia turut disiasat oleh Kementerian Kesihatan. Perundingan awal dengan doktor dan pakar-pakar mendapati bahawa dawai juga terdapat di dalam badannya. Pada peringkat ini, tidak ada penjelasan perubatan semasa atau mana-mana kes yang pernah wujud. Oleh itu, tidak lain dan tidak bukan. ianya pasti dari perbuatan khianat.

Noorsyaidah, seorang guru tadika berusia 40 tahun dari Sangatta, Timur Kutai, Indonesia. Gejala pertama bermula pada tahun 1991, menurutnya dawai logam muncul daripada dada dan perut beliau. Pada minggu pertama, dawai itu tumbuh dan kemudiannya dawai tersebut jatuh dengan sendirinya dari badan beliau dan tiada lagi kejadian dawai keluar dari tubuhnya. Namun, sebulan kemudian, dawai tersebut kembali keluar dari badannya dan ianya seperti seperti hidup bahkan semakin banyak!

Salah satu daripada adik-adiknya berkata bahawa mereka cuba untuk membantu dengan memotong dawai tersebut. Malangnya, apabila dia cuba untuk memotong dawai itu, dawai itu masuk kedalam seolah-olah ia telah bersembunyi dan kemudian muncul di bahagian lain tubuh Noorsyaidah.

Terdapat 4 Pakar Perubatan mengambil serius perkara ini dan telah merawat beliau dalam beberapa cara. Dan hasilnya, doktor tidak dapat memikirkan apa sebenarnya yang berlaku kepada beliau. Para doktor telah mengambil imej X-Ray dari perut beliau dan mendapati bahawa terdapat lebih daripada 40 dawai logam didalam badan beliau dan sebahagian daripada dawai itu menusuk keluar dari kulitnya.

Ianya kelihatan seperti satu fenomena hidup. Dawai itu mampu beralih dan dengan itu boleh menukar lokasi sesuka hati, Oleh itu, doktor terpaksa menggunakan magnet untuk mengimbas kedudukan sebenar dawai. Wayar tanpa apa-apa gejala Tetanus, tetapi Noorsyaidah berkata bahawa dawai tersebut mencederakan beliau dan sangat terasa seperti jarum menusuk dibadannya.
sumber : Kezoom

Faizal Tahir Pula Berperang Di Twitter

Baru sahaja memuatnaik artikel Dafi mengamuk di Instagram, kini seorang lagi artis, Faizal Tahir dilaporkan berperang di Twitter setelah komen beliau mengenai nyanyian lagu english pada konsert Merdeka menerima respon negatif dari peminat dan followernya sendiri. Kalau dilihat dari komen balas Faizal Tahir, beliau macam agak marah juga, no komen, kita tengok printscreen dibawah.









sumber : Kezoom

Shila Amzah Bimbang Dituduh Perampas



"Apabila timbul gosip yang kononnya saya bercinta dengan Johan As'ari, saya memang bimbang jika ada yang beranggapan saya cuba merampas teman lelaki seseorang, Maklumlah, sebelum ini Johan sudah umumkan dia akan melangsungkan pertunangan dalam tahun ini. Gambar yang tersebar di laman-laman sosial dan blog-blog hiburan itu sebenarnya diambil ketika saya menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan di rumah Johan. Kami memang sudah lama berkawan iaitu sejak tahun 2010 lagi. Bahkan, emak saya dan emak Johan juga berkawan baik. Tidak ada sebarang hubungan cinta antara saya dan Johan. Saya harap peminat di luar sana tidak salah faham," ujar Shila mengulas tentang gosip terbarunya itu.

Dalam masa yang sama, anak kepada N.D Lala ini juga menegaskan dia sudah tidak ada keinginan untuk mempunyai teman lelaki. Tumpuannya kini hanya kepada kerjaya seninya yang semakin melangkah jauh.

"Terus-terang saya katakan, saya sudah tidak ada keinginan untuk mempunyai teman lelaki buat masa ini. Hati saya belum terbuka untuk jadi teman wanita kepada seseorang. Seandainya jodoh saya sudah sampai, saya akan terima lelaki itu dengan seadanya dan saya akan berkahwin. Kalau hendak bercinta dan mempunyai teman lelaki, saya sudah tidak mahu. Saya pilih untuk fokus kepada kerjaya sahaja ketika ini. Saya juga tidak kisah siapa yang akan menjadi jodoh saya nanti," luah Shila lagi.

Dalam perkembangan terkini, Shila kini sibuk dengan persiapan untuk melancarkan album terbarunya. Kepulangannya ke Malaysia kali ini adalah bertujuan untuk menjalani penggambaran video muzik single terbarunya, 'Masih Aku Cinta' yang kini sedang rancak diputarkan di corong-corong radio.

"Selepas penggambaran video muzik ini saya akan berangkat ke China semula pada 7 September ini. Selepas selesaikan beberapa komitmen di sana, baru saya akan pualang semula ke sini untuk melancarkan album. Tidak dinafikan jadual kerja saya sekarang ini sangat padat. Biarpun penat, tetapi saya gembira dan puas kerana ini adalah minat saya," ujar Shila yang ditemui di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Majalah Lisa pada Khamis.
sumber : http://www.gua.com.my/

Pegang Amanat Arwah Bapa

SHIHA finalis Mentor 5 yang masih belum putus asa dalam mengejar impiannya untuk menjadi penyanyi berjaya di pesada seni suara tanah air.

PERJALANAN seni Shiha sebagai penyanyi bukan baru. Dia mula menonjolkan bakatnya dalam bidang nyanyian dengan menyertai pertandingan seperti Akademi Fantasia 3 (AF3) dan Mentor beberapa tahun lalu.

Sayangnya, dalam kesemua pertandingan itu nasib belum menyebelahinya. Dia antaranya cuma sekadar menjadi peserta dalam Konsert Prelude AF3 dan naib juara dalam Mentor musim kelima hasil didikan biduanita Datuk Sharifah Aini.

Namun, semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk mencuba nasib sebagai penyanyi. Malah, selepas menyertai Mentor 5, semangatnya untuk menjadi penyanyi sepenuh masa semakin berkobar-kobar.

Sebab itu, tidak hairanlah Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd. Zikir sanggup meninggalkan bidang pelajaran semata-mata untuk mengejar cita-citanya itu.

Menurut Shiha dia bukan sahaja bercita-cita mahu menjadi penyanyi yang berjaya, tetapi ia turut didorong oleh arwah bapanya yang begitu teringin mahu melihatnya berjaya dalam bidang tersebut.

"Pembabitan saya dalam bidang nyanyian banyak didorong oleh arwah bapa. Dialah yang banyak mengajar saya dalam bidang nyanyian. Arwah banyak mengajar saya teknik menyanyi terutama dalam lagu-lagu asli.

"Saya masuk pertandingan seperti AF3 juga atas dorongan arwah bapa. Sayangnya, arwah tidak sempat melihat kejayaan saya sebagai penyanyi. Dia meninggal dunia pada 2008 kerana serangan sakit jantung.

"Ketika dia meninggal dunia di Pulau Pinang, saya berada di Kuala Lumpur kerana bekerja menjadi penyanyi sepenuh masa," katanya semasa di temui pada majlis rumah terbuka rancangan Bersamamu terbitan TV3 di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Jelas Shiha, disebabkan kesungguhannya mahu menjadi penyanyi, dia sanggup menolak tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang tidak lama dulu.

Kata penyanyi bersuara lantang ini, dia tidak menyesal dengan keputusan itu, sebaliknya yakin nasib akan menyebelahi asalkan terus komited dalam bidang yang penuh dengan cabaran tersebut.

"Sewaktu mula menyertai AF3 usia saya baru sahaja 18 tahun dan baru habis belajar. Saya kemudiannya dapat tawaran belajar di USM dalam bidang sukan tetapi menolak kerana mahu menumpukan perhatian dalam bidang nyanyian.

"Walaupun tidak berjaya ke final AF3 tetapi saya tidak putus asa dan menyertai Mentor 5 dengan mendapat tempat kedua yang mana itu adalah pencapaian terbaik saya setakat ini," ujarnya.
sumber : http://www.utusan.com.my/


Menyalibkan Diri Semata-Mata Untuk Mendapatkan Pekerjaan



Sekumpulan pemandu bas di Paraguay yang kehilangan pekerjaan telah melakukan sesuatu yang ekstrem semata-mata untuk mendapatkan semula pekerjaan mereka itu...dengan menyalibkan diri, menurut sumber di Newser. Mereka menggunaka paku sepanjang 15 inci untuk memaku tapak tangan di atas kayu salib yang kemudiannya diletak atas tanah. Mereka berada dalam posisi tersebut sejak kehilangan pekerjaan mereka. Walaupun mengalami kesakitan tubuh, demam, sakit perut dan sebagainya, sebahagian dari mereka (5 atau 8 orang) malah masih menahan kelaparan selama 36 hari.

memaku tapak tangan dengan paku 15 inci

Kumpulan ini melakukan demonstrasi tersbut untuk mendapatkan perhatian daripada presiden mereka supaya mengembalikan pekerjaan mereka dan memberi mereka faedah sepenuhnya yang patut diterima oleh pemandu.
sumber : http://www.edisiblogger.com/

Amanda Seyfried sering panik


AMANDA SEYFRIED

LOS ANGELES - Aktres jelita Hollywood, Amanda Seyfried mendedahkan dia sering dilanda serangan panik apabila berada dalam keadaan tertekan.

Seyfried berkata, bergelar selebriti menyebabkan dia bertemu dengan ramai orang dan kadangkala keadaan itu membuatnya sedikit tertekan.

"Seronok apabila anda berpeluang bertemu dengan ramai orang, namun keadaan itu juga boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa, sekali gus mencetuskan serangan panik.

"Saya menghidap penyakit ini sejak beberapa tahun lalu dan sentiasa berusaha untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat,' katanya seperti yang dipetik laman hiburan Femalefirst, di sini baru-baru ini.

Aktres berusia 27 tahun itu menyatakan dia gemar melukis gambar pemandangan bagi mengurangkan tekanan.

"Saya perlu mengamalkan cara hidup yang tenang bagi mengatasi masalah tersebut.

"Melukis menjadi salah satu cara saya melupakan perkara yang membuatkan saya tertekan. Dengan melukis, ia menjadikan pandangan dan pemikiran anda lebih luas," ujarnya. 
sumber : http://www.utusan.com.my/


“Saman, Tindakan Tegas Akan Dikenakan Kepada Dalang” – Datuk Yusof Haslam



Rabu lalu, kecoh satu Malaysia tentang kebocoran filem yang ditunggu-tunggu KL Gangster 2 telah dimuatnaik ke laman sesawan Internet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Filem arahan Syamsul Yusof yang sepatutnya mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 3 Oktober nanti telah disabotaj.

Sebagai pengarah, Syamsul melahirkan rasa amat kecewa dengan insiden tersebut malah bapanya Datuk Yusof Haslam juga menyatakan perasaan marah dan sekaligus menyifatkan kegiatan haram tersebut adalah sebagai satu perbuatan sabotaj yang kejam dan menjijikkan.

“Ini pertama kali perkara begini terjadi dalam sejarah filem Melayu. Tinggal sebulan saja lagi filem ini akan ditayangkan tapi ia telah dicetak rompak. Walaupun hanya 50% filem itu telah disebarkan yang mana ianya belum pun menjalani apa-apa suntingan tapi insiden ini memberikan kesan yang sangat besar pada kami. Ini satu perbuatan sabotaj yang kejam dan menjijikkan!

“Sebenarnya daripada awal lagi saya dapat rasakan akan berlaku perkara seperti ini. Ketika Syamsul di Bangkok lagi untuk proses suntingan, dia ada menghubungi saya, katanya, “Papa, sekarang ni dunia digital. Jadi kita kena pastikan tak ada pihak yang cuba bocorkan di internet”, kata Datuk Yusof Haslam dengan nada kesal.


Datuk Yusof Haslam juga menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berdiam diri dan tidak putus mengesan siapakah dalang disebalik perbuatan cetak rompak ini. Beliau memberitahu bahawa tindakan tegas akan diambil dan akan mengheret penyangak digital terbabit ke muka pengadilan tanpa kompromi, malah beliau juga turut mahu menyaman individu tersebut dengan jumlah jutaan ringgit, jelas Datuk Yusos Haslam ketika ditemui pada satu sidang media khas bagi menghuraikan kes membabitkan filem anaknya yang bertempat di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) semalam.

Kepada mereka yang melakukan perbuatan cetak rompak ni, kalau mereka rasa mereka bijak menggunakan internet, mereka kena ingat pihak berkuasa juga punya cara untuk mengesan perbuatan mereka.

“Pihak kami sedang mengumpul bukti dan setakat ini sudah ada beberapa petunjuk tentang dalang tersebut namun kami tidak menuduh secara melulu, biar pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka. Saya akan pastikan perompak itu dibawa ke muka pengadilan tanpa kompromi dan saya akan saman pihak terbabit dalam jumlah jutaan ringgit!”, tegasnya yang turut memaklumkan perkara ini sekarang dalam siasatan polis.

Beliau juga memberitahu, Filem KL Gangster 2 tetap akan ditayangkan pada 3 Oktober ini meskipun dinasihatkan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek untuk memcepatkan tayangan malah turut mendapat kelonggaran dari pihak pawagam, namun Datuk Yusof dan Syamsul tetap tidak mahu berbuat demikian.


“Filem ini tetap akan ditayangkan pada 3 Oktober dan kita akan jalankan agenda promosi seperti yang telah dirancang bersama rakan kongsi Grand Brilliance. Datuk Shabery ada menghubungi saya dan beliau sarankan agar tayangkan awal. Kalau ikutkan pun pihak pawagam boleh membenarkan kami menukar tarihk tayangan memandangkan ini special case.

“Tapi saya tidak mahu dan tidak tergamak untuk berbuat begitu kerana saya menghormati produser-produser lain yang sedang menantikan tayangan masing-masing. Saya juga menghormati syarat wajib tayang. InsyaAllah kalau ada rezeki, filem ni tetap akan mendapat sambutan.

KL Gangster 2 yang merupakan filem prekuel kepada KL Gangster mula dihasilkan sejak pertengahan 2011. Filem terbitan Skop Production yang menelan kos RM 4.5 juta ni menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor. Filem ini juga secara eksklusifnya bakal menemui para penonton di 100 buah pawagam seluruh Malaysia da sebanyak 7 pawagam di Singapura.
sumber : http://ohartis.com/

Nekad Berjalan Kaki Dari Indonesia Ke Mekah

Seorang warga Malang, Jawa Timur nekad untuk berjalan kaki ke Mekah selepas insiden langgar lari ke atas anaknya tidak mendapat keadilan di negara ini.


Indra Azwan, 53, berkata, dia telah melakukan pelbagai usaha untuk menegakkan keadilan atas kematian anaknya itu sehingga menemui Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 2010, tetapi semuanya menemui jalan buntu.

“Aksi jalan kaki ke Mekah saya lakukan hanya untuk mendapatkan keadilan. Di Indonesia keadilan sudah tidak ada lagi, yang ada hanya penipuan.

“Tanah suci Mekah menjadi pilihan terakhir saya untuk mendapatkan keadilan. Saya akan memohon petunjuk dan keadilan daripada Allah.

“Saya akan bermunajat dan berdoa kepada Allah dan meluahkan semua ketidakadilan di Indonesia kepada-Nya,” kata Indra sambil berjalan kaki dan membawa bendera merah putih kepada Kompas.com.

Anaknya, Rifki Andika, 12, telah dilanggar lari oleh seorang anggota tentera, Lettu Joko Sumantri pada 8 Februari 1998.

Aduan yang dibuatnya kepada polis tentera dan ketua polis Jawa Timur tidak mendapat pembelaan, malah suspek dibebaskan daripada tahanan selepas dua minggu insiden langgar lari itu berlaku.

Pada September 2006 pula, Mahkamah Tentera III-12 Surabaya menyatakan kes itu tidak boleh dibicarakan kerana suspek telah menjadi perwira menengah.

Indra masih tidak berputus asa sehinggalah Majlis Hakim Mahkamah Tentera pada Februari 2008 menyatakan kes itu tidak lagi boleh diterima kerana telah luput.
sumber : Kezoom

Artis Kongsi Rasa Bangga Merdeka Sebagai Anak Malaysia

Datuk Fazley Yaakob

 Kesan selepas 56 tahun kemerdekaan Malaysia dapat dilihat dengan jelas bukan sahaja pada pembangunan ekonomi dan sosial negara, malah turut dirasai segenap warga seni tanah air.

Bersempena sambutan hari kemerdekaan negara yang disambut 31 Ogos 2013 pada Sabtu, mStar Online mendapatkan pandangan beberapa anak seni mengenai kebebasan dan perubahan yang dikecap mereka dalam industri seni tempatan.

Penyanyi Datuk Fazley Yaakob berkata, erti kemerdekaan disifatkannya sebagai sesuatu yang perlu difahami mengenai erti kebebasan dalam konteks perbuatan, pemikiran dan jiwa seseorang dengan dihalusi batasan agama, adab dan budaya tempatan.

"Industri seni Malaysia sememangnya merdeka dengan kebebasan idea namun undang-undang haruslah dipatuhi agar keharmonian kepelbagaian kaum dan budaya di dalam industri terpelihara.

"Selain itu, filem, lagu dan karya-karya televisyen janganlah terlalu mencerminkan perbezaan pendapat namun harus memaparkan kematangan dalam melahirkan pelbagai budaya dan kepercayaan tempatan," katanya kepada mStar Online melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dari Perancis.

Tambah Fazley dia melihat negara Perancis turut menghormati kebebasan kepercayaan masyarakatnya yang berbilang kaum, agama dan kebudayaan dalam menghasilkan sesebuah karya dalam industri seni mereka dan penggiat seni juga perlu melakukan perkara yang sama.
Helen Yap

Komposer terkenal Helen Yap pula berkata, generasi pada hari ini bertuah kerana hidup dalam era yang selesa dan bebas namun harus memerdekakan diri dalam segenap aspek terutamanya berkenaan isu rasa tidak puas hati terhadap negara.

"Sepatutnya rakyat Malaysia bertuah kerana memiliki negara yang aman damai. Walaupun ada sedikit pergolakan politik tetapi rasanya ia belum sampai ke tahap perang seperti di beberapa buah negara Arab.

"Rasa tidak puas hati terhadap sesebuah negara itu adalah normal. Tetapi saya percaya apabila kita berada di negara orang, kita pasti bersyukur kerana masih bebas untuk melakukan apa sahaja di negara sendiri," ujarnya.
David Teo

Penerbit filem David Teo pula berkata, dia merupakan salah seorang rakyat yang mengibarkan bendera Malaysia di rumah serta pejabatnya, Metrowealth International Group (MIG), setiap tahun apabila tibanya bulan Kemerdekaan tiba.

"Hari Merdeka merupakan hari yang sangat penting buat diri dan jiwa saya. Kerana itu saya akan pastikan pejabat saya akan dihiasi bendera Malaysia.

"Daripada segi kemerdekaan dalam perniagaan pula, saya anggap, seseorang itu akan berjaya apabila mereka berusaha sendiri daripada bawah tanpa meminta bantuan subsidi atau geran daripada kerajaan.

"Dan saya kini sedang menuju ke arah kemerdekaan apabila telah berjaya menerbitkan sebanyak 95 judul filem tanpa perlukan dana daripada sesiapa. Nampak mudah, tetapi jalannya bukan senang. Pelbagai cabaran yang harus dilalui, barulah kita dapat rasa nikmat kemerdekaan itu," katanya.
Fathia

Selain merasakan kemerdekaan bebas daripada jajahan pihak luar, pelakon muda Nur Fathia pula merasakan para artis pada zaman ini bertuah apabila dapat berkarya dengan bebas dan tenteram tanpa 'dijajah' budaya seni luar.

"Erti kemerdekaan bukan sahaja kita bebas daripada dijajah tetapi juga budaya seni kita yang masih lagi mengekalkan adat negara tanpa pengaruh budaya luar.

"Kita bebas mengekalkan dan mengawal warisan seni negara dan penggiat seni perlu bersyukur dengan perkara itu.

"Selain itu merdeka bukan sahaja dapat berkarya secara bebas tetapi minda terbuka untuk menerima pandangan dan kritikan khalayak terhadap kerja kita,” katanya.
sumber : http://mstar.com.my/

Kutipan Rasmi Filem Lemak Kampung Santan Sekadar RM120,000

Patutlah Hans Isaac kecewa sangat-sangat sampai tahap nak berhenti menerbitkan filem. Menerusi laman web Finas, dapat dilihat kutipan rasmi untuk filem Lemak Kampung Santan arahannya hanya sekadar RM120,000. Memang sangat-sangat mengecewakan.



Jika dianggap kesemua harga tiket untuk filem ini ialah RM10, ini bermakna hanya 12,000 penonton sahaja yang telah pergi ke wayang untuk menonton. Satu jumlah yang sangat kecil. Untuk makluman, Hans Isaac telah membelanjakan RM750,000 untuk mempromosikan filem ini. Memang tak berbaloi dengan kutipan tiket yang diterima.



Walaupun masih di dalam status “sedang tayang”, Dapat merasakan kutipan filem ini tidak akan meningkat jauh. Takziah diucapkan kepada Hans atas kegagalan ini. Yang penting, Hans kena belajar daripada kesilapan dan kembali lebih kuat.
sumber : http://beautifulnara.com/

Pelik - Lintah Gergasi Dalam Kerongkong Lelaki

Seorang budak lelaki bernama Tao Jiayuan, berusia 16 tahun dari bandar Yibin di barat daya China, telah mengalami saat paling menakutkan apabila seekor lintah sawah sepanjang 10 cm telah menghisap darah dan hidup di dalam kerongkong nya.

Pengalaman pahit Tao itu bermula dua bulan lalu apabila beliau mula berasa sakit dan suaranya menjadi serak.

Keadaan semakin serius apabila dia mula mengalami kesukaran untuk bernafas dan keluarganya mula membawanya ke hospital. Melalui imej yang di rakam menggunakan kamera mikroskop, doktor telah menemui seekor lintah yang sedang kekenyangan menghisap darah.

Setelah menjalani pembedahan selama 3 jam,lintah sepanjang 10 cm telah berjaya di keluarkan dalam keadaan masih hidup walaupun telah di rendam dengan larutan Anestetik.
sumber : Kezoom

Marshanda Tidurkan Anak Dengan Lagu Beyonce


Marshanda

PENYANYI Indonesia, Marshanda mempunyai cara yang pelik untuk menidurkan anaknya Sienna Ameerah Kasyafani yang berusia tujuh bulan iaitu dengan menyanyikan lagu Beyonce Knowles iaitu Single Ladies.

"Kalau saya nyanyi lagu Beyonce iaitu Single Ladies anak saya baru boleh tidur, saya juga pelik kenapa jadi begitu.

Tambah Marshanda, dia kini menikmati kehidupan berkeluarga yang sangat bermakna.

"Penat jadi ibu tapi aku sangat gembira menjalani kehidupan ini," katanya seperti dipetik portal kapanlagi.com
sumber : http://mstar.com.my/

Nama Vokalis Gun N Roses Pada Anak Fergie



SUASANA bahagia sedang menyelubungi pasangan Fergie dan Dosh Duhamel sejak mendapat anak sulung lelaki pada Khamis lalu.

Menurut laporan portal Dailymail, anggota kumpulan Black Eyed Peas itu melahirkan anaknya di hospital Los Angeles, Amerika Syarikat secara pembedahan

Bagaimanapun pasangan ini ternyata mempunyai kegemaran yang unik apabila mereka memberikan nama bayi tersebut Axl Jack Duhamel bersempena dengan nama vokalis kumpulan Guns N Roses iaitu Axl Roses.

Pemilihan nama tersebut diberi kerana Fergie sendiri merupakan salah seorang peminat tegar Guns N Roses dan pernah menyanyikan lagu Sweet O'Mine bersama Slash pada tahun 2011.
sumber : http://mstar.com.my/

Akhirnya Pulau Pinang Tayang Tanda Putera Mulai Sabtu

on Friday 30 August 2013


Filem Tanda Putera

Filem yang mengundang perdebatan hangat dikalangan masyarakat Malaysia ketika ini, 'Tanda Putera' bakal ditayangkan di pawagam seluruh Pulau Pinang mulai Sabtu ini, dua hari lewat daripada tarikh tayangan umumnya di seluruh negara yang bermula 29 Ogos lalu.

Berita ini disahkan sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menerusi status terkininya di laman Facebook yang meminta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memastikan tayangan filem itu di Pulau Pinang diteruskan. Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta pengusaha pawagam di negeri itu untuk tidak menayangkan filem yang disifatkan sebagai kontroversi itu. Namun Lim dalam satu lagi kenyataan berkata ia berupa nasihat dan bukannya larangan.

Kenyataan ini seterusnya mendapat reaksi segera Shabery yang mana jika benar ada babak-babak fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dalam filem itu, mereka yang tidak berpuas hati boleh membuat laporan polis dan aduan kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).
sumber : http://i-hiburan.blogspot.com/

Dafi Mengamuk Di Instagram

Seperti trend, artis Malaysia kini sering kali menjadi mangsa kritikan dan komen-komen negatif di laman sosial Instagram, Twitter dan Facebook. Mangsa terbaru ialah Dafi, apabila seorang peminat melontarkan komen negatif sehingga menimbulkan kemarahan beliau.

Gadaffi Ismail Sabri atau lebih mesra dengan panggilan, Dafi turut menerima nasib yang sama sehingga menyebabkan dia menghamburkan kata-kata kurang enak di akaun Instagramnya pada Rabu.

Jika anda sempat membaca entri yang dibuat Dafi itu, pasti anda juga terkejut kerana perkataan-perkataan yang diluah Dafi itu cukup kasar seperti 'stupid' dan bangsat. Malah, Dafi juga mencadangkan kepada individu terbabit supaya bunuh diri sahaja. Apakah yang menyebabkan Dafi sangat beremosi?

“Saya sedang bermesyuarat ketika diberitahu mengenai komen tersebut dan saya menganggap perbuatan individu terbabit sebagai biadap serta tidak kena pada masanya. Dia juga seperti cuba mencetuskan kemarahan kerana menghantar komen yang bukan-bukan secara berkali-kali kerana tidak dilayan.

“Kerana marah, saya kemudiannya memuat naik akaun Instagram milik lelaki bernama 'Pipijul' itu di akaun Instagram saya dengan menghamburkan kata-kata yang kurang enak,” ujar Dafi ketika dihubungi GUA.


Bagaimanapun, Dafi akhirnya mengambil keputusan untuk memadam gambar tersebut 30 minit selepas itu atas nasihat peminat-peminatnya.

“Kadang kala saya memang akan membiarkan saja, namun mungkin hari ini reaksi saya mengejutkan sesetengah pihak. Mood saya hari ini kurang baik, sebab itulah saya mudah melenting,” ujar Dafi.


Dafi juga berpendapat sekiranya hal ini (peminat mengutuk artis) dibiarkan begitu sahaja, ia akan memburukkan fungsi laman sosial kerana ia sepatutnya menjadi medan untuk berkongsi rutin seharian dan saat-saat indah, bukan dicemari dengan anasir negatif yang tidak menjana minda.
sumber : Kezoom

Gambar Ibu Lisa Surihani Ketika Muda, Cantik dan Menggoda!



Pasti sekarang tengah kecoh satu Malaysia kan pasal Lisa Surihani yang kini digelar Ratu Media Sosial kan? Untuk pengetahuan, Lisa Surihani mengungguli carta Facebook artis Malaysia apabila dia mendapat hampir 2 Juta ‘Like’.

Bukan itu sahaja, dia juga berada di puncak teratas carta artis paling top di Twitter dengan lebih 500,000 ‘followers’.

apa yang paling penting ialah kami sedang bayangkan jika ibu Lisa iaitu Siti Amira Ahmad masih lagi muda dan berapa juta pulakah ‘Like’ yang akan dikumpul di Facebook dan Twitter?

Bukan calang-calang orang, ibu Lisa, Puan Siti Amira Ahmad suatu ketika dahulu juga adalah seorang yang dikenali dan popular tapi kami sendiri tidak dapat pastikan apakah latar belakang sebenar Puan Siti Amira.

Anda pernah dengar majalah Sinar Zaman? Mesti ada yang pernah dan ada yang tidak kan? Yang pasti, untuk edisi Jun 1974, Puan Siti Amira telah menjadi ‘cover girl’ untuk majalah itu yang cuma berharga 30 Sen sahaja. Kami pasti 30 sen itu umpama RM10 sekarang kerana ia adalah 38 tahun yang lepas!

Macam mana? Siapa lagi cantik, Lisa Surihani atau ibu Lisa ketika muda?
sumber: informasi.my
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved