[x]

Isteri Letak Cecair Peluntur Dalam Ubat Titis Suami

on Tuesday 31 December 2013


MICHIGAN : Seorang suami berair mata selepas bergaduh dengan isterinya. Matanya berair bukan kerana sedih dengan pergaduhan itu sebaliknya kerana isterinya memasukkan peluntur dalam ubat titis matanya.

Isterinya, Kristy Ryan McDermed telah menukar ubat mata suaminya itu pada pertengahanOktober lalu.
Nasib baik, insiden itu tidak menyebabkan kerosakan kekal kepada mata lelaki berkenaan, meskipun dia menahan kesakitan yang amat sangat.
“Dia dapat merasakan bau terbakar.

“Saya tidak pernah melihat kes seperti ini sepanjang 18 tahun saya bekerja, Sungguh menakjubkan bagaimana mangsa hanya mengalami kecederaan ringan,’’ kata jurucakap polis.
Berikutan itu, Kristy telah dihadapkan ke mahkamah dan dia kini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 93 hari dan denda $500 dolar.

Polis bagaimanapun menyiasat dakwaan Kristy bahawa dia adalah mangsa keganasan rumah tangga. 
sumber: MyNewsHub

Jovian Mandagie Dan Nina Berbulan Madu


SERONOK rasanya melihat gambar-gambar bulan madu pasangan pengantin baru, Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri di laman Instagram mereka.

Memilih Eropah termasuklah Rome dan Turki sebagai destinasi cinta mereka, jelas terpancar kegembiraan pada wajah kedua-duanya.

Apa pun, mari layan gambar bulan madu Jovian dan Nina yang telah disatukan pada 11 Disember lalu.













sumber: http://mrartis.blogspot.com/2013/12/

Nash Rancang Kahwin Tahun Depan

Nash merancang untuk menamatkan zaman dudanya pada tahun hadapan.

Penyanyi veteran Nash mendedahkan yang dia berhasrat untuk menamatkan zaman dudanya pada tahun 2014.

Nash atau nama sebenarnya, Jamaludin Elias, 54, berkata, pada usianya sekarang dia ingin mencari seorang isteri yang boleh menjadi penemannya sehingga ke akhir hayat.

"Jika saya ingin berkahwin lagi ia bukan kerana nafsu tetapi saya ingin seorang isteri yang dapat menemani dan melengkapi hidup saya sehingga akhir hayat," katanya kepada mStar Online.

Nash ditemui pada sidang media Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, Isnin.

Acara itu akan berlangsung pada 4 Januari ini di Dataran Merdeka dan Nash bakal mengadakan persembahan bersama-sama artis tersohor tanah air seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza, Najwa Latif dan Amy Search.

Dalam perkembangan sama, Nash merancang untuk menamatkan zaman dudanya dengan kekasihnya yang telah dikenali sejak tiga tahun lalu pada tahun 2014.

Nash bagaimanapun berkata, perkara itu hanyalah perancangannya namun tidak mengetahui sama ada ia akan terjadi atau pun tidak.

"Jika diizinkan Allah saya mahu berkahwin pada tahun hadapan.

"Bagaimanapun itu hanya perancangan dan berharap semua peminat doakan saya," katanya.

Jelas Nash, pada usianya kini, dia tidak terlalu memikirkan perkara-perkara remeh dalam menjalinkan hubungan kerana menganggap ia tidak lagi sesuai dengan dirinya.

Nash juga berkata, dia kini banyak menghabiskan masa bersama cucu sulungnya yang berusia setahun.

"Tiada apa yang lebih penting selain keluarga dan kehadiran cucu sulung menambahkan seri keluarga saya.

"Saya banyak menghabiskan masa dengan cucu sekiranya tiada persembahan pentas atau kerja-kerja persatuan," katanya lagi.

Hasil perkahwinan terdahulu, Nash dikurniakan tiga cahaya mata, Fareena Nasha, 24, Najeeha Nasha, 22 dan Mohd Shameer Nasha, 16.

Nash juga mempunyai seorang anak angkat, Jasmin Hanis Nasha, 14.

Nash juga pernah berkahwin dengan pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Datuk Sosilawati Lawiya pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor sebelum bercerai pada 26 Mei 2009.
sumber: http://www.mstar.com.my/

SOROTAN 2013: Bahagia & Kecewa, Itulah Pilihan Mereka

Peristiwa indah majlis pernikahan pada 2013 berlangsung dengan meriah dan ada juga penuh kontroversi termasuklah perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang mendapat tajaan RM13 juta menjadi penutup kalender tahun ini.

Namun di sebalik kita meraikan majlis perkahwinan para selebriti kita, dunia artis juga tidak lari dari kontroversi akibat perceraian dan krisis rumah tangga.

Mari kita imbas peristiwa manis perkahwinan dan juga detik sedih apabila dua hati yang dahulunya mengikat janji berpisah jua akhirnya.
Jeslina dan Dion ketika hadir ke mahkamah untuk urusan penceraian mereka.

Artis : Jeslina Hashim & Dion Andrew Vercoe.
Tarikh Bercerai : 5 Mac 2013.

Jeslina Hashim, 36, sah bercerai talak satu dengan Dion Andrew Vercoe, 40, pada 5 Mac 2013 di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.

Jeslina yang pernah popular menerusi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia telah bersetuju untuk menerima nafkah sebanyak RM8,333 selama 18 bulan dan RM5,000 sebagai wang edah.

Pasangan itu juga bersetuju dengan perjanjian penyelesaian berkaitan hak penjagaan anak, mutaah dan hadanah tanpa sebarang pertikaian.

Jeslina dan Dion telah berkahwin pada 21 April 2005 dan mempunyai dua orang anak berusia tiga dan enam tahun.
Permohonan penceraian A.Aida tertangguh kerana tidak mendapat kerjasama daripada bekas suaminya.

Artis : A. Aida & Suffian Sulaiman.
Tarikh Bercerai : 2 Mei 2013.

Konflik rumah tangga pelakon dan penerbit, A. Aida dan suaminya Deputi Superintenden (DSP) Suffian Sulaiman akhirnya selesai apabila pasangan itu sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada 2 Mei lalu.

Proses penceraian pasangan itu sebelum ini tertangguh selama beberapa bulan apabila Suffian selaku defendan membuat beberapa tuntutan terhadap plaintif sebelum bersetuju untuk bercerai secara baik.

A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, berkahwin dengan Suffian yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman Kuala Lumpur, pada 20 April 2007.
Noniswara bercerai secara taklik.

Artis : Noniswara & Datuk Rosman Ridzwan.
Tarikh Bercerai : 18 Julai 2013.

Selepas digantung tidak bertali dramatis Noniswara Baharuddin, 44, sah bercerai secara taklik dengan suaminya, Datuk Rosman Ridzwan selepas membayar RM10 sebagai syarat dalam lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada 18 Julai lalu.

Mahkamah mensabitkan cerai taklik bukan sahaja berdasarkan bayaran RM10 yang diterima bagi pihak Rosman, malah turut mengambil kira keterangan Noniswara, saksi, hujah peguam dan sumpah iztizhar.

Pasangan tersebut yang bernikah pada 31 Julai 2009 mula berantakan selepas gosip Rosman didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang aktres sehingga dia meninggalkan Noniswara tanpa khabar berita.
Selepas dua tahun kes berjalan di mahkamah Rita akhirnya bercerai pada 5 September lalu.

Artis : Rita Rudaini & Adil Zafuan.
Tarikh Bercerai : 5 September 2013.

Rita Rudaini Mokhtar sah bercerai talak satu dengan pasangannya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak di Mahkamah Rendah Syariah Seremban pada 5 September lalu.

Ikatan perkahwinan pasangan itu terlerai selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Mohd Aidil, 26, kepada Rita Rudaini, 37, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos 2013.

Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Aeril Zafrel & Wawa Zainal nikah dua kali.

Tarikh: 4 Febuari 2013.
Aeril Zafrel menimbulkan kontroversi apabila mendedahkan dia dan aktres Wawa Zainal telah bernikah sebanyak dua kali masing-masing pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari 2013 di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya.

Pasangan itu dalam satu sidang media khas telah memohon maaf kerana mengambil langkah menipu peminat dan pihak media mengenai status hubungan mereka yang sebenarnya sudah menjadi suami isteri sejak tahun lalu.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, berkata, mereka menyesal kerana tidak mendedahkan berita berkenaan lebih awal sehingga rahsia berkenaan bocor dan dilaporkan oleh pihak media.

Hasil perkahwinan itu mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Izzue Islam Kahwin Pengurus.
Tarikh: 2 Jun 2013.

Anggota kumpulan Forteen iaitu Izzue Islam, 23, memilih pengurusnya sendiri iaitu Nurinafilah Waharudin, 31, sebagai isterinya yang sah dalam satu majlis yang diadakan pada 2 Jun lalu di Shah Alam, Selangor.

Pasangan itu telah berkenalan sejak 2008 dan telah bercinta selama enam tahun sebelum memutuskan untuk berumah tangga.

Walaupun mempunyai perbezaan umur sebanyak lapan tahun namun Izzue tidak melihat perkara itu sebagai masalah kerana keserasian dalam perhubungan lebih penting.

Amar Asyraf & Arna Salleh.
Tarikh: 7 Jun 2013.

Aktor drama Setia Hujung Nyawa iaitu Amar Asyraf mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pasangannya, Arna Salleh selepas menyulam cinta selama dua tahun.

Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin, 27, berkata, perkahwinannya tidak akan menjejaskan perjalanan karier lakonannya yang sedang meningkat naik.

Perkahwinan Beego & Linda Hashim.
Tarikh nikah: 8 Jun 2013.

Mula menjalinkan hubungan cinta dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012, pasangan pelakon Beego dan Linda Hashim akhirnya disatukan sebagai suami isteri dalam majlis yang meriah pada 8 Jun 2013 di Kuala Lumpur.

Beego atau nama sebenarnya, Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 33, menganggap perkahwinan dengan Linda seperti perkahwinan pertama walaupun pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Shahira Mohd Shahru pada 28 Disember 2007 dan bercerai pada 16 Mac 2009.

Pierre Andre & Nur Hidayah.
Tarikh: 23 Jun 2013.

Dengan sekali lafaz pelakon Pierre Andre, 28, sah bergelar suami kepada Siti Nur Hidayah Hashim, 26, dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati Selayang, Kuala Lumpur.

Pasangan itu telah berkenalan selama setahun dan mengambil keputusan untuk segera berkahwin kerana tidak mahu timbul fitnah yang melihat mereka sering bersama.

Perkahwinan kedua Ashraf Muslim.
Tarikh: 7 Julai 2013.

Ashraf Muslim telah berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013 yang dijadikannya sebagai isteri keduanya di Pattalung, Selatan Thailand yang turut dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

Ashraf menafikan perkahwinan kedua itu adalah disebabkan ketiadaan zuriat selepas berkahwin dengan Noor Dayana Lokman, 26, pada 30 Ogos 2011 di Mekah.

Katanya hasrat untuk menikahi Sakinah adalah disebabkan hubungan mereka yang terjalin sejak sekian lama iaitu sebelum dia melangsungkan perkahwinan pertamanya.

Isteri kedua Ashraf ketika ini sedang mengandung.

Cinta tanpa batas usia Raja Azmi & Mohd Eddie Ghazali.
Tarikh: 16 Julai 2013.

Selepas bercerai dengan bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek pada 2012, produser kontroversi, Raja Azmi, 54, telah bertemu jodoh dengan gitaris kumpulan CRK iaitu Mohd Eddie Ghazali, 45.

Majlis perkahwinan pasangan itu telah diadakan secara besar-besaran di Laman Sari, Istana Budaya yang turut dihadiri oleh bekas suaminya dan teman-teman rapat bagi meraikan mereka.

Walaupun mempunyai jarak usia dengan Eddie, Raja Azmi berkata, itu bukan halangan untuknya mengecap bahagia dan bertuah mendapat seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab.

Ras Adiba Radzi & Ilias Yaakob.
Tarikh: 28 Julai 2013.

Bekas pengacara popular TV3, Ras Adiba Radzi, 45, selamat diijabkabulkan bersama lelaki pilihan yang juga penasihat kewangan, Ilias Yaakop, 45, bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 28 Julai lalu.

Ras Adiba telah dinikahkan oleh bapanya, Mohd. Radzi Wahab, 73, pasangan berkenaan disatukan dengan tiga kali lafaz selain menerima mas kahwin RM99 dan wang hantaran RM10,000.

Black Mentor & Naquia Yasirah.
Tarikh: 13 September 2013.

Black (Mentor) atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 26, selamat bergelar suami kepada Naquia Yasirah Binti Mohammad Khairi, 28, atau Chira Khairi di Zebra Square, Kampung Pandan sekitar jam 12.10 tengah hari pada 13 September 2013.

Pasangan ini diijabkabulkan oleh bapa Naquia Yasirah sendiri dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran berjumlah RM12 ribu di hadapan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Bandar raya, Kuala Lumpur.

Fouziah Gous & Zhafran Yusof.
Tarikh: 21 September 2013.

Fouziah Gous sah bergelar isteri kepada Md Zhafran Md Yusof, 30, dengan hanya sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Fouziah menerima wang hantaran sebanyak RM50,000 daripada pihak lelaki dalam majlis pernikahan yang berlangsung berkonsepkan Bollywood.

Cinta dua bulan Adam & Fiza Halim (Elite).
Tarikh: 26 September 2013.

Hanya selepas dua bulan berkenalan penyanyi Adam dan Fiza (Elite) mengejutkan banyak pihak apabila memutuskan untuk berkahwin pada 26 September lalu dalam suasana cukup ringkas di Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Shah Alam.

Menurut Adam, perkahwinan tersebut adalah contoh terbaik kepada kuasa jodoh dan memilih untuk bercinta selepas berkahwin.

Fiza yang kini sudah memakai tudung pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq, 3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 2.

Bersatunya Diana Amir & Mohd Habib.
Tarikh: 25 Oktober 2013.

Pelakon Diana Amir sah bergelar isteri kepada Mohd Habibbullah A Rahman, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah dengan sekali lafaz.

Pasangan itu telah memilih konsep perkahwinan dalam suasana yang cukup sederhana dan Diana hanya menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran daripada pihak lelaki.

Pertemuan tidak dirancang Fizo Omar & Mawar Abdul Karim.

Tarikh: 10 November 2013.

Pertemuan tanpa dirancang oleh pasangan pelakon Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim telah menyatukan mereka sebagai suami isteri pada 10 November lalu di kediaman keluarga pengantin perempuan di Kajang, Kuala Lumpur.

Walaupun perkenalan mereka cukup singkat namun Fizo memberitahu mahu bercinta selepas berkahwin dan yakin Mawar adalah pasangan paling tepat untuknya melayari bahtera rumah tangga sehingga akhir hayat.

Paling menarik, Fizo telah memberikan Mawar jongkong emas seberat 1.01 kilogram sebagai hantaran selain barangan hantaran mewah pada hari bahagia mereka.

Wedding of the Year Rozita Che Wan & Zain Saidin.

Tarikh: 11 Disember 2013.

Rozita Che Wan, 40, dan Zain Saidin, 29, selamat diijabkabulkan pada 11 Disember 2013 (atau 11/12/13) di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, Selangor dalam sebuah majlis yang penuh mewah dan meriah.

Majlis resepsi pasangan itu juga telah mendapat tajaan bernilai RM13 juta sehingga perkahwinan mereka mendapat jolokan wedding of the Year.

Wan Maimunah temui jodoh pada usia 60 Tahun.

Tarikh: 14 Disember 2013.

Pada usia 60 tahun, pelakon Wan Maimunah telah bertemu jodoh dengan seorang ahli perniagaan iaitu Makpol Saimon dan menariknya mas kahwin yang diterima oleh Wan ialah bimbingan ke jalan yang diredai Allah.

Selain itu Wan Maimunah juga menerima sebentuk cincin dan seutas gelang bagi upacara membatalkan air sembahyang.

Farawahida lebih utamakan suami.

Tarikh: 16 Disember 2013.

Penyanyi Farawahida, 28, berjanji untuk memberi lebih tanggungjawab kepada suami berbanding kerjayanya sebagai penyanyi selain menjaga perlakuan dan tingkah lakunya bersesuaian dengan imejnya sebagai isteri orang.

Farawahida selamat dinikahkan dengan pasangannya Abdul Shukur Mohd Zain, 29, yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Pulau Pinang.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Koleksi Gambar Pelik Dan Kreatif










sumber: http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Dialog 'Bahayanya Wanita' Tidak Sesuai Untuk Kanak-Kanak- KP Istana Budaya

Mohamed Juhari Shaarani

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani mengakui terkejut dan tidak menjangka teater Bahayanya Wanita yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 20 hingga 31 Disember mengandungi dialog yang tidak bersesuaian dengan golongan kanak-kanak.

Muhamed Juhari berkata, pihaknya akan lebih berhati-hati dalam pemilihan teater yang akan dipentaskan terutamanya untuk slot cuti sekolah supaya lebih bersesuaian untuk seisi keluarga.

"Ketika pementasan bermula saya berada di New York dan London atas urusan kerja dengan produksi teater di sana dan sewaktu pulang teater ini sudah seminggu dipentaskan.

"Saya tidak sangka banyak dialog mengandungi perkataan 'double meaning' yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Saya beritahu kepada pihak pengurusan tiket agar memberitahu ibu bapa terlebih dahulu dan tidak galakkan mereka untuk membawa anak-anak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang beberapa aduan mendakwa teater yang dipentaskan pada musim cuti sekolah itu banyak menjurus kepada golongan dewasa terutama sekali watak yang dibawa oleh pelawak Zizan Razak.

Beberapa dialog, perlakuan serta nyanyian pelakon terutamanya watak Mat Don Al-Atas yang menyentuh tentang bahagian wanita.
Salah satu babak dalam teater Bahayanya Wanita yang dilakonkan oleh Zizan Razak dan Erra Fazira.

Tambah Muhamed Juhari, bagaimanpaun dia tidak menafikan ramai penonton daripada golongan kanak-kanak terutamanya peminat kepada Zizan datang menyaksikan pementasan tersebut.

"Pihak Istana Budaya mengambil positif aduan tersebut dan akan lebih memantau teater terutamanya berunsur komedi, yang mana lebih banyak melakukan menambahan dalam dialog mereka," ujarnya.

Teater dibarisi pelakon-pelakon popular seperti Zizan Razak, Umie Aida, Erra Fazira, Nora Danish, Johan Asaari, Erma Fatima dan Ziela Jalil.

Teater ini dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 20 hingga 31 Disember ini.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Lelaki Parah Diserang Harimau Di Zoo Bronx




PONDOK menjual tiket kelihatan kosong berikutan pintu masuk Zoo Bronx ditutup selepas seorang lelaki cedera parah diserang harimau.

NEW YORK - Seorang lelaki yang melompat dari sebuah monorel dan masuk ke dalam kawasan harimau di Zoo Bronx di sini cedera parah apabila diserang oleh haiwan buas tersebut.

Menurut jurucakap Jabatan Polis New York, Leftenan Don Grimpel, lelaki berusia 25 tahun itu diserang selama hampir sepuluh minit oleh seekor harimau jantan berumur 12 tahun.

Sekadar hiasan...

"Bahu dan kakinya patah. Kakinya juga berlubang kerana digigit," kata Grimpel. Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal dibawa ke Pusat Perubatan Jacobi.

Pengarah Zoo Bronx, Jim Breheny memberitahu kakitangannya menggunakan pemadam api untuk menghalau harimau itu.

"Jika bukan kerana tindakan pantas dan kemampuan kakitangan bertindak dalam situasi kecemasan, insiden ini mungkin berakhir dengan kematian" tambah Breheny. - AFP
sumber: http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Nadiya Nisaa Tidak Anggap Teater 'Jam Dinding Yang Berdetak' Tumpang Publisiti

Nadiya Nisaa

Pelakon Nadiya Nisaa menafikan kemunculannya dalam teater Jam Dinding Yang Berdetak yang akan dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 17 hingga 19 Januari depan adalah sekadar untuk menarik penonton.

Sebaliknya, Nadiya, 28, berkata, dia bersyukur kerana diberi peluang oleh produksi tersebut dalam menjayakan teater yang dianggap cabang baru dalam kerjaya seninya.

"Saya yang minta untuk diberi peluang berlakon dalam teater ini, namun sebagai pendatang baharu dalam dunia teater saya tidak mahu diberikan watak yang utama kerana ramai lagi yang layak.

"Ini merupakan satu proses pembelajaran bagi saya dan berharap ramai yang datang beri sokongan kepada pementasan ini," katanya dalam sidang media teater Jam Dinding Yang Berdetak, di Istana Budaya, Selasa.

Tambah Nadiya, projek ini merupakan penglibatannya dalam produksi Revolution Stage buat kali kedua selepas teater Asramara yang dipentaskan di Menara Mara pada Oktober lalu.

Nadiya berkata, biarpun membawakan watak kecil, namun dia dapat mempelajari banyak perkara yang melibatkan proses pementasan teater.

Sementara itu, pengarahnya Aloeng Silalahi berkata, pemilihan Nadiya Nisaa adalah mengikut kesesuaian dengan karekter dan kekuatan masing-masing.

Aleong turut tidak menolak kehadirannya dalam pementasan kali ketiga ini boleh dikatakan sebagai satu daya penarik untuk membawa penonton ke pementasan tersebut.

Dalam pada itu, teater Jam Dinding Yang Berdetak ini merupakan naskah daripada seorang penulis Indonesia iaitu Nano Riantiarno yang diubahsuai mengikut kesesuaian masyarakat negara ini.

Katanya, sebanyak 45 peratus termasuk bahasa, watak dan kesesuaian adat serta agama telah diolah semula mengikut citarasa tempatan.

"Kisah hidup masyarakat sekitar tahun 80an di Indonesia dan Malaysia tidak jauh bezanya, cuma saya buah ubahsuai daripada segi bahasa dan latar belakang keluarga yang pada asalnya sebuah keluarga beragama Kristian," katanya.
Jam Dinding Yang Berdetik akan dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya, pada 17 hingga 19 Januari depan.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Gila, Wanita Ini Guna Mercun Letupkan Kemaluan Teman Lelaki


Seorang wanita Russia Kira V. telah menggunakan mercun untuk meletupkan kemaluan teman lelakinya.Kejadian ini berpunca kerana teman lelakinya Alik D. 33 tahun hendak berpisah dengannya.

Teman lelakinya hendak berpisah kerana enggan berkahwin dengan wanita tersebut dan ingin kembali kepangkuan isteri dan anaknya.

Wanita Russia itu telah mengajak teman lelakinya untuk makan malam.Kedua-dua mereka makan sambil meminum minuman keras.

Alik D yang mabuk tlah tertidur dan kemudian wanita Russia itu mengambil beberapa mercun memasukannya kedalam seluar untuk meletupkan kemaluan teman lelakinya.Lelaki itu kemudian dibawa ke hospital.Wanita Russia itu telah dipenjarakan selama 12 tahun.
sumber: http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Julia Ziegler Tidak Halalkan Wang Ditipu Pengurus Artis

Julia Ziegler

Pelakon Julia Ziegler berkata tidak akan menghalalkan wang sebanyak RM 8,333 yang diambil oleh seorang bekas pengurus artis Intan Ladyana bagi urusan membuka sebuah syarikat hartanah.

Julia, 29, berkata, individu yang dikenali sebagai Nor Ain itu bukan sahaja memperdayanya untuk membuka sebuah perniagaan, malah membuat pinjaman secara peribadi bagi melunaskan hutang kepada pihak tertentu.

"Saya tidak akan halalkan duit yang dia ambil dan dia atau keluarga dia perlu selesaikan hutang ini biarpun dia ditangkap atau menerima hukuman.

"Saya banyak menghabiskan masa dan duit semata-mata perkara tidak berguna seperti ini, bukan sahaja menipu, malah dia buat saya macam pemgemis pula," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Julia memberitahu, wanita itu mula menghubunginya pada awal Oktober lalu dan membuat pelbagai tawaran berhubung perniagaan.

Katanya, dia (Ain) turut menggunakan nama beberapa orang kenamaan dan rakan-rakan artis bagi menguatkan lagi kata-katanya.

"Dia menghubungi saya kononnya untuk berbincang tentang projek perniagaan hartanah dan membawa saya berjumpa dengan beberapa orang kuat dalam bidang tersebut.

"Kemudian beberapa bulan selepas itu tiada sebarang perkembangan dan saya dapat tahu tiada sebarang syarikat yang ditubuhkan atas nama saya, malah dia cuba melarikan diri dengan memberi pelbagai alasan tidak masuk akal," katanya.

Julia berkata, selepas menghubungi beberapa nama artis yang sering pernah bekerjasama dengan wanita ini, barulah dia sedar tentang penipuan tersebut.
Julia Ziegler, Rita Rudaini dan seorang mangsa Zita membuat laporan polis kira-kira pukul 10 malam Ahad terhadap penipuan yang dilakukan oleh seorang bekas pengurus artis.

Dalam masa yang sama, pelakon Rita Rudaini, Intan Ladyana dan empat orang peminat artis turut menerima nasib yang sama.

Sementara itu, Julia berkata, dia, Rita Rudaini dan seorang mangsa Zita telah membuat laporan di ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada malam Ahad berhubung perkara tersebut.

Jelasnya, tempoh masa yang diberikan kepada wanita tersebut untuk membayar wang yang diperdaya telah tamat dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

"Saya sudah malas untuk hubungi dan beri masa, dia sudah banyak kali tipu dan membiarkan saya menunggu di suatu tempat kononnya ingin membuat bayaran.

"Kali ini biar polis sahaja yang selesaikan dan ambil tindakan," katanya.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Patah kaki kerana berani

on Monday 30 December 2013

Anderson Silva, 38,Brazillian snapped his left leg when his opponent Chris Weidman blocked his kick with his knee.The horrifying moment legendary martial arts fighter snapped his leg in front of shocked spectators

Silva dan Weidman.Lihat gambar dalam lilitan bulat.

Kuatnya kaki Silva menyepak lutut Weidman

Kaki Silva patah pada sudut yang dahsyat selepas menyepak lutut Weidman

Silva jatuh ke kanvas dalam kesakitan selepas kakinya patah dalam bertarung dengan Weidman

Kaki Silva patah pada sudut ganjil. Beliau masih menjerit dalam kesakitan
sumber: http://aliminnonchik.blogspot.com/
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved