[x]

Alyah bakal jelas status hubungan dengan Ramli MS

on Wednesday 30 April 2014

Khabar angin mengenai status hubungan mereka mula diperkatakan sejak empat tahun yang lalu tetapi penyanyi Alyah mahupun konduktor dan penerbit muzik terkenal, Ramli MS mengambil pendekatan tidak memberi sebarang penjelasan mengenai perkara tersebut.

Walaubagaimanapun Alyah memberitahu, dia akan membuat pengumuman selepas Aidilfitri akan datang.

“InsyaAllah, jika waktunya sampai nanti, saya akan umumkan.

“Saya tak boleh cakap apa-apa, sama ada ya atau tidak sebelum ini sebab ia (hubungan) membabitkan banyak pihak.

“Apabila semua sudah sedia nanti, saya pasti akan umumkan. Doa-doakanlah,” ujarnya seperti dipetik daripada laporan Harian Metro.

Pemilik nama sebenar Noor Hasliah Abu Hassan ini berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Aalia Tudung dan Selendang, Euromoda Gulati’s di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Sebelum ini Alyah dan Ramli dikhabarkan sudah bernikah pada tahun lalu di negara jiran.

Penyanyi berusia 33 tahun ini berkata, dia tidak berniat untuk menyembunyikan atau menepis spekulasi hubungan mereka tetapi mempunyai sebab berbuat demikian.

“Bukan saya bermaksud nak menyembunyi atau menepis benda yang baik, tetapi saya di tempat wanita. Tak manis untuk terus bercakap selagi tiada pengesahan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Alyah baru sahaja muncul dengan lagu terbaru berjudul “Sesal Separuh Nyawa”.
sumber:http://www.informasi.my/

Pemain Dram Kumpulan Rock Scorpion Dijel Di Dubai Kerana Hina Muslim



 Dubai: Pemain dram kumpulan Scorpions James Kottak dipenjara sebulan di Dubai kerana mabuk, menghina Muslim dan membuat isyarat lucah ke arah sekumpulan orang, selain membuka seluar di lapangan terbang.

Pemuzik AS itu juga didapati bersalah menghina anggota polis tempatan. Kottak ditahan di lapangan terbang di Dubai pada 3 April lalu ketika dalam perjalanan dari Russia ke Bahrain untuk mengadakan konsert sempena pertandingan Formula 1. Dia turut didenda Dh2,000 (RM1,780) kerana meminum arak.

Kottak akan diusir dari negara itu sebaik saja selesai menjalani hukuman. Ketika perbicaraan Kottak mengaku mengambil arak tetapi menafikan dia membuat isyarat lucah serta berkelakuan tidak senonoh. Peguam belanya pula mendakwa, Kottak tidak bertindak keterlaluan, sebaliknya cuma mahu menunjukkan tatu di belakang tubuhnya - myMetro

Penyanyi Keroncong, Kartina Dahari Meninggal Dunia

Penyanyi veteran yang terkenal dengan muzik keroncong, Kartina Dahari menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Braddel, Singapura, kira-kira jam 6 petang semalam.

Allahyarham yang berusia 73 tahun meninggal dunia selepas empat tahun bertarung dengan penyakit barah payu dara.

Berita sedih itu disahkan oleh teman baiknya yang juga penghibur malar segar, Datin Paduka Julie Sudiro.

"Saya masih dalam keadaan terkejut dan sangat sedih dengan berita ini sebab saya baru saja menziarahi dia pagi tadi sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

"Apa pun saya sempat berjumpa dan dia masih sedar ketika saya datang tadi. Saya sempat mendoakan untuknya pagi tadi.

"Masa berjumpa tadi memang kita dapat lihat keadaannya makin lemah tapi terkejut dia 'pergi' akhirnya petang ini," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Allahyarham yang popular dengan lagu Sayang Di Sayang meninggalkan tiga anak.

Jenazah penyanyi itu dijangka dikebumikan esok.
 
sumber:kezoom

Minta cerai kerana suami kurus


Kuwait: Seorang lelaki obes mengambil keputusan menjalani pembedahan pintasan gastrik untuk menurunkan berat badannya bagi menggembirakan isteri barunya.
Namun, selepas kehilangan berat sebanyak 110 kilogram, isterinya memfailkan tuntutan cerai di mahkamah.
Wanita yang dirahsiakan identitinya itu memberitahu mahkamah dia bersetuju untuk mengahwini lelaki berkenaan kerana menyukai tubuhnya yang gemuk tanpa mengetahui dia menjalani rawatan perubatan untuk menurunkan berat badannya.

Katanya, dia tidak melihat suaminya untuk satu tempoh masa yang lama setelah mereka bersetuju untuk berkahwin.
Lelaki itu, menurut wanita berkenaan, tidak memberitahunya yang dia akan menjalani pembedahan pintasan berkenaan.
Selepas berkahwin, lelaki berkenaan buat pertama kalinya berjumpa isterinya dan masuk ke dalam bilik tidur ketika berbulan madu, wanita berkenaan berkata dia amat terkejut.

Menurut akhbar Al Watan, wanita itu memberitahu mahkamah: “Suami saya mempunyai berat 180 kilogram ketika saya mula mengenalinya. “Apabila kami melangsungkan perkahwinan dan masuk ke bilik tidur, saya amat terkejut. Dia telah kurus dan beratnya hanya 70 kilogram.” Akhbar itu memetik peguam wanita itu sebagai berkata kepada mahkamah: “Anak guam saya selalu ingin berkahwin dengan seseorang yang mempunyai bentuk badan istimewa. “Dia memberitahu saya dia impikan suami yang istimewa, yang akan membuatnya bahagia dan bangga.
“Tetapi apabila suaminya memasuki bilik, dia terkejut melihatnya dan hampa. “Dia berkata ketika melihat suaminya, segala impiannya musnah dan dia merasakan kehilangan zaman mudanya dan menjadi perempuan tua sekelip mata. “Dia sangat terkejut dengan paras suaminya dan benci melihat parut pembedahan pada badannya.”
sumber: http://ceritamakngah.blogspot.com/

Kesian !! Rugi RM4 Ribu Termasuk Anak Dara 19 Tahun DiLarikan


mangsa

Kuantan, Seorang lelaki yang menyamar dirinya sebagai bergelar Datuk bukan saja menipu bakal keluarga mentuanya, malah sanggup melarikan seorang anak gadis yang berumur 19 tahun yang juga tunangnya selepas tembelangnya diketahui mangsa.

Lelaki yang berusia 44 tahun itu didakwa melarikan tunangnya, Fatin Nursyamimi, 19, sejak 13 Mac lalu serta menipu keluarga gadis berkenaan menyebabkan kerugian RM4,000 masih gagal dikesan sehingga kini.

Lelaki tersebut difahamkan sering menipu orang ramai sejak 2009 dan membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit, malah pernah menghadapi 11 pertuduhan di Mahkamah Seksyen Shah Alam, Selangor pada 2011.

suspek

Identiti lelaki berkenaan pernah dipaparkan sebagai pesalah rasuah dalam laman sesawang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain mempunyai beberapa penipuannya turut didedahkan didalam beberapa blog sejak Februari lalu.

Mangsa, Ramlan Abu Hassan, 45, dari kampung Kempadang, disini berkata, keluarganya bukan sahaja kerugian wang ringgit malah lebih malang, anak gadis kesayangannya juga turut dilarikan akibat diperdaya lelaki berkenaan.
sumber: http://buhsaja.blogspot.com/

Foto intim Fazura dan Hans Isaac, peminat kata mereka sepadan

Portal rotikaya telah berkongsi sekepingfoto Fazura dan Hans Isaac yang kelihatan agak intim di laman fanpage facebook mereka di mana kedua-dua selebriti ini mengenakan pakaian serba hitam.

Ia mendapat pelbagai respon dari pengguna-pengguna laman facebook yang lain. Kebanyakan komen mereka menyatakan Fazura dan Hans Isaac nampak sepadan dan matang berbanding jika Neelofa dan Hans Isaac. Benarkah pendapat para peminat ini? Apa pandangan korang pula?
sumber:http://plbgaimacam.blogspot.com/

Gambar bakal suami pelakon Faralyna Idris

Pelakon terkenal yang juga bekas kekasih aktor Hairul Azreen, Faralyna Idris membuat pengumuman bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati pada hujung Disember ini.

Sambil menafikan kekecewaan sebagai punca berkahwin di usia muda iaitu 23 tahun, Faralyna memberitahu keputusannya itu disebabkan beliau tertarik dengan sikap bakal suami yang bertanggungjawab dan sangat memahami.

Untuk makluman, Faralyna Idris dan bakal suami kini sibuk membuat persiapan untuk majlis pertunangan mereka pada 31 Mei ini. Penulis ucapkan tahniah, tidak lama lagi akan bergelar tunangan kepada orang lain. Melepas pula jadinya.

sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Punca sebenar Sari Yanti tidak jadi bercerai

Punca sebenar Sari Yanti tidak jadi bercerai - Pelakon terkenal, Sari Yanti Mohd Nazari tidak jadi bercerai dengan suaminya, Mohd Edy Casmadi Che Hussin selepas aktres berusia 30 tahun itu menfailkan bantahan terhadap dakwaan nusyuz.

Permohonan bantahan yang dibuat oleh Sari Yanti adalah bagi menolak tuntutan kembali taat dan nusyuz yang difailkan suaminya pada 7 Mac lalu di Mahkamah Sri Petaling. Ia telah dibenarkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abu Samah menerusi sebutan kes yang berlangsung sebentar tadi di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Sebelum ini, pelakon Kisah Kaisara itu telah menfailkan penceraian pada 25 Februari lalu di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan setelah empat tahun mendirikan rumahtangga iaitu sejak Januari 2009.

Hasil perkongsian hidup Sari Yanti dan Edy Casmadi, mereka dikaruniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2, namun kedua-dua anak itu tinggal bersama Edy Casmadi.
sumber; http://plbgaimacam.blogspot.com/

Pelajar Didakwa Mati Dipukul Dalam Pergaduhan

Gambar Hiasan

RAWANG: Seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah agama di Rawang dilaporkan meninggal dunia selepas didakwa terlibat dalam pergaduhan di kalangan pelajar di sekolah tersebut, malam Selasa.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan yang mengesahkan insiden itu kepada media pada Rabu berkata, kes tersebut masih dibawah siasatan polis.

"Kami amat sedih dengan kejadian itu.

"Kementerian akan memastikan siasatan sepenuhnya dilakukan segera," kata Kamalanathan kepada pemberita selepas melancarkan masjlis pra sambutan Hari Guru di Sekolah Menengah Sains Selangor.

Beliau berkata, kementerian akan mengarahkan beberapa pegawai dari pejabat pendidikan daerah untuk bekerjasama dengan polis dalam siasatan itu.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Istana Budaya Jawab Tuduhan Bunga Citra Lestari


Bunga Citra Lestari terkilan apabila pihak penganjur membatalkan penglibatannya dalam Konsert Stanza Cinta lalu.

Tuntutan bayaran yang tinggi menjadi punca penganjur konsert Stanza Cinta iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Istana Budaya tidak dapat memberi ruang kepada penyanyi dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari untuk menyertai persembahan itu.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, penganjur dan juga artis berkenaan juga tidak pernah menandatangani sebarang kontrak sebagai tanda persetujuan untuk membawa artis berkenaan ke negara ini.

"Kami menghubungi Bunga untuk bertanya tentang bayaran dan harga dia agak tinggi, sementara pihak UUM tidak mampu untuk membayarnya dengan harga itu.

"Tidak lama selepas itu kami terus menghubunginya semula dan membatalkan hasrat tersebut. Tiada sebarang kontrak dibuat antara kedua-dua pihak," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Mohamed Juhari berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Bunga Citra Lestari yang melahirkan rasa terkilan tidak dapat menjayakan Konsert Stanza Cinta di Istana Budaya pada 4 dan 5 April lalu.

Mohamed Juhari Shaarani

Bunga juga mendakwa dia telah menolak beberapa tawaran di Indonesia bagi menjayakan konsert tersebut.

Sementara itu, Mohamed Juhari berkata, konsert Stanza Cinta yang dianjurkan bukan sebuah persembahan kormersial seperti konsert Afgan, Marcell dan Dayang Nurfaizah sebaliknya sebuah konsert ulang tahun dianjurkan universiti.

"Ia sebuah konsert yang memperuntukan bajet rendah tetapi saya yang memberi idea untuk membawa Bunga dalam konsert itu kerana dia ada nilai kormersial.

"Namun apabila harga tinggi, ia tidak mencapai persetujuan pihak universiti dan akhirnya kami menggantikan dia dengan penyanyi tempatan sahaja," katanya.

Konsert Stanza Cinta yang berlangsung pada 4 dan 5 April lalu itu dijayakan oleh Jaclyn Victor, Amy Search, Noh Salleh, Adira dan Haziq.

Dalam pada itu, Mohamed Johari berkata, belum ada sebarang perancangan untuk membawa artis Indonesia untuk beraksi di pentas Istana Budaya buat masa ini.

"Kutipan sangat perlahan untuk konsert. Konsert Glenn Fredly yang sepatutnya berlangsung malam ini (Rabu) terpaksa dibatalkan kerana kurang sambutan," ujarnya.
sumber: http://www.mstar.com.my/

MH370: Australia Tolak Dakwaan GeoResonance


SYDNEY: Pihak berkuasa Australia menolak dakwaan sebuah syarikat penerokaan marin bahawa imej yang ditemui di Teluk Benggala mungkin daripada pesawat MH370 yang hilang.

GeoResonance yang berpangkalan di Adelaide dilaporkan media Malaysia dan Channel Seven Australia bahawa ia mengesan kemungkinan serpihan daripada pesawat berkenaan di lokasi 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang. Pada Selasa, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau akan mengesahkan maklumat itu dengan Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia yang mengetuai operasi mencari itu.

“Lokasi MH370 yang dicadangkan laporan GeoResonance itu (di Teluk Benggala) bukan dalam zon mencari dan menyelamat Australia.

“Operasi mencari yang diketuai Australia bergantung kepada maklumat daripada satelit bagi menentukan lokasi pesawat yang hilang itu," kata seorang jurucakap kerajaan Australia kepada AFP.

Beliau berkata, lokasi yang dinyatakan laporan GeoResonance itu bukan dalam lengkung pencarian yang dirumuskan daripada data berkenaan

“Pasukan mencari antarabangsa berpuas hati bahawa lokasi pesawat itu berakhir ialah di bahagian selatan lengkung pencarian itu," katanya.
sumber:http://www.mstar.com.my/

Ana Dahlia Kesal Gambar di Thailand Tersebar

 
Sebelum ini, gambar Ana Dahlia dengan seorang yang dipercayai teman lelakinya bercuti di Bangkok, Thailand tersebar di laman sosial.

Ana Dahlia dikhabarkan ke Bangkok bersama teman lelakinya itu dan sama-sama merasakan kemeriahan perayaan Songkran yang disambut di sana.

“Saya rasa saya tidak perlu cerita apa-apa lagi. Saya letakkan satu sahaja gambar saya bersama lelaki tersebut dalam Instagram saya, gambar-gambar lain, saya tidak tahu macam mana boleh tersiar. Kami bukannya pergi berdua ke sana, kami ke sana berama-ramai.

Mengenai acara Songkran, "saya tidak tahu pun acara itu akan disambut ketika saya ke sana. Kawan-kawan saya mengajak saya bercuti ke sana, jadi saya hanya mengikut mereka sahaja dan itu cuma kebetulan. Saya tidak mahu komen apa-apa lagi mengenai perkara ini," ujar Ana yang turut mengunci mulut mengenai identiti jejaka terbabit.

Ana juga kesal kerana aktiviti-aktiviti yang dikongsikan olehnya bersama untuk tatapan peminat-peminatnya menjadi satu isu yang diperbesarkan.

“Saya selalu berkongsi mengenai aktiviti dan rutin harian saya di Instagram untuk tatapan peminat. Bukan sahaja ketika di Bangkok, tempat lain juga saya kongsi, ketika saya menjalani penggambaran, beriadah dan sebagainya. Saya tidak faham kenapa perkara ini boleh menjadi masalah besar. Saya rasakan tidak baik untuk mengambil gambar di Instagram tanpa bertanya kepada saya terlebih dahulu. Sebelum siarkan sebarang cerita ataupun gambar, apa salahnya jika bertanya dahulu,” luah Ana lagi.
sumber: kezoom

Penyanyi Era 70an Mati Tergantung

 Seorang warga emas ditemui mati tergantung di dalam bilik air rumahnya di tingkat 4 sebuah flat di Jalan Macallum, Pulau Pinang semalam.

Lim Lye Huat, 66, yang juga seorang penyanyi kelab dan terkenal ketika era 70-an di negeri itu ditemui rakannya yang ketika itu baru pulang kerja.

Menurut rakan serumahnya yang hanya mahu dikenali sebagai Leong, dia kerap mendengar mangsa sering merungut seorang diri kebelakangan ini dengan mendakwa tiada orang mahu mendengar dia menyanyi kerana faktor usia.

Mangsa difahamkan mengalami tekanan perasaan ekoran masalah kesihatan dan kemurungan yang dihadapinya .

Malah difahamkan mangsa sebelum itu,pernah cuba membunuh diri dengan meminum arak dan juga mengambil beberapa pil yang tidak diketahui jenisnya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris mengesahkan menerima laporan berhubung kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
sumber: kezoom

Bil Makan VIP RM17,017, Hangat di Media Sosial

 “Bil makan tengah hari RM17,017?” Itu perkara biasa jika menikmati hidangan eksotik udang galah dan patin buah di Restoran Samudra Exotic River Fish di Kampung Baru.

Malah, jika orang ramai yang meragui kesahihan harga makanan itu bolehlah berkunjung ke premis berkenaan untuk pengesahan, kata jurucakap Restoran Samudra Exotic River Fish.

"Saya tidak pasti apa tujuan individu yang menyebar gambar itu dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai kesahihannya (resit),” katanya yang tidak mahu dikenali.

Jurucakap itu berkata, pihak restoran enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan beranggapan harga berkenaan adalah perkara biasa kerana membabitkan makanan yang diketahui mahal seperti patin buah dan udang galah.

Sekeping resit yang memaparkan nama Restoran Samudra Exotic River Fish bertarikh 26 April 2014 itu tersebar luas di media sosial menjadi topik perbicangan hangat.

Berdasarkan gambar resit yang dihidang di meja VIP 1 itu, sebanyak 10 ikan patin buah seberat 26 kilogram berharga RM6,877 manakala 50 udang galah seberat 39 kilogram dicaj RM10,140.

Selain daripada aplikasi Whatsapp gambar berkenaan turut tersebar di laman sosial seperti Facebook (FB) dan pengguna memberi pelbagai reaksi terhadap harga makanan yang disifatkan terlalu mahal itu.

Bagaimanapun, terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dinikmati.

"Saya cuma nak cakap, kepada mereka yang banyak memberi komen negatif silalah datang ke kedai dan lihat sendiri harga makanan," katanya jurucakap itu lagi.
sumber: kezoom

Mamat Khalid Salahkan Diri Filem Tak Laku


Pengarah filem Apokalips X iaitu Mamat Khalid terpaksa menerima hakikat bahawa karya terbaharunya itu kurang mendapat sambutan penonton.

Berdasarkan rekod kutipan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) setakat 24 April lalu, filem berkenaan hanya mengutip sebanyak RM253,446.

Kos penerbitannya ialah RM1.5 juta.

Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohd Khalid bagaimanapun tidak menyalahkan penonton yang enggan menyaksikan filem itu sebaliknya menyalahkan diri sendiri kerana tidak menghasilkan filem mengikut cita rasa masyarakat kini.

"Saya tidak kecewa mahupun menyalahkan penonton kerana tidak menyaksikanApokalips X. Sebaliknya saya menganggap diri saya sendiri yang salah kerana tidak cuba faham kehendak penonton," katanya.

Apokalips X membariskan pelakon seperti Farid Kamil, Jehan Miskin, Peter Davis, Zoee Tan, Vassan, Adam AF, Iqram Dinzly, Pekin Ibrahim, Miera Leyana, dan Dazrin Kamarudin.



'Apokalips X' gagal raih perhatian penonton.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Ifa Raziah Kesal Suami Dituduh Tak Mampu Hadiahkan Mercedes


Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah kesal apabila ada pihak mempersoalkan kemampuan Mohd Yani Abdul Rahman apabila suaminya itu menghadiahkan dia sebuah kereta Mercedes C200 sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke 10, pada 24 April lalu.

Ifa, 39, berkata, sepatutnya pihak berkenaan tidak perlu mempersoalkan apa-apa memandangkan suaminya membeli kereta tersebut atas usaha dalam perniagaan yang mereka jalankan bersama.

"Suka hatilah suami saya nak hadiahkan apa-apa dekat saya! Itu hak dia. Kenapa perlu orang persoalkan kemampuan suami saya?

"Orang hanya melihat pada dasarnya sahaja tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lakukan. Kami mempunyai beberapa perniagaan yang diusahakan bersama dan rasanya itu sudah cukup untuk saya jelaskan sama ada dia mampu atau tidak membeli kereta itu.

"Dan sebagai isteri yang banyak berkorban demi suami. Saya rasa layak untuk menerima hadiah itu. Kenapa perlu memandang hina?

“Itulah masalah kebanyakan masyarakat kita, tidak pernah mahu bangga dengan kejayaan orang lain, sebaliknya hanya tahu mengutuk sahaja," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada petang Selasa.

Ifa Raziah bahagia hidup bersama suaminya, Mohd Yani. - Gambar dari Instagram Ifa Raziah.

Ifa diminta mengulas mengenai persoalan segelintir pihak yang mempertikaikan kemampuan suaminya menghadiahkan dia sebuah kereta mewah sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Isu itu diperkatakan apabila Ifa mengambil langkah memuat naik gambarnya ketika menandatangani dokumen pembelian jual-beli kereta dengan kapsyen menerima hadiah daripada suami.

Malah Ifa juga dikatakan sengaja mahu menunjuk-nunjuk dan meniru langkah Rozita Che Wan yang menjadikan kereta mewah sebagai hadiah atas kejayaan anaknya, Ammar Effendy mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagaimanapun Ifa menganggap pertikaian dan tuduhan mengatakan dia riak semuanya berpunca daripada laporan mengenai hadiah yang diterimanya itu.

Ifa bergaya dengan kereta baharu yang diterimanya daripada suami sebagai hadiah sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 10.

"Di Instagram, apabila orang tanya hadiah apa saya dapat, saya cuma cakap beli kereta kancil sahaja. Dan apabila wartawan menghubungi saya dan bertanya banyak kali, maka saya pun beritahulah hadiah sebenar yang saya dapat.

"Bukannya saya yang mula menghebohkannya. Saya tahu pihak media ingin menyampaikan cerita hadiah yang saya terima ke arah niat yang positif. Tetapi biasalah, apabila ramai pembaca, dalam yang memuji ada yang mengutuk," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ifa bakal muncul sebagai pengacara sebuah
program realiti Make Over Mom siaran Astro selain sibuk dengan undangan persembahan nyanyian di majlis-majlis korporat.

Ifa berkata dia dan suaminya juga turut sibuk menguruskan perniagaan produk kecantikan, Seri Cantik selain terlibat dengan beberapa pelaburan saham.
sumber: http://www.mstar.com.my/

APFT Siasat Punca Pesawatnya Terhempas Di Kota Bharu


Asia Pacific Flight Training (APFT) Sdn Bhd sedang menyiasat punca kejadian sebuah pesawat ringan miliknya Piper PA-28-161 terhempas di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa di sini, Isnin.

Pengetuanya, Kapten Mohd Shahrin Abu Hassan berkata, setakat ini belum terdapat sebarang perkembangan.

"Namun kita percaya pesawat itu mempunyai masalah enjin," katanya kepada Bernama.

Pesawat dilapor terhempas kira-kira 12.30 tengah hari menyebabkan juruterbang pelatih M. Shankar, 20, cedera di kaki dan kepala dan masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Juruterbang dilapor mempunyai pengalaman mengendalikan pesawat secara solo.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Pelakon Jelita Juliana Evans berjaya tamatkan pengajian

Bukan senang untuk seorang selebriti meninggalkan dunia lakonan untuk menyambung pelajaran dan mengejar segulung ijazah lebih-lebih lagi di kala populariti sedang meningkat naik. Namun itulah yang telah diharungi oleh Juliana Evans yang mengambil keputusan untuk sambung belajar di Western Michigan University 2 tahun yang lalu. Kini segala penat lelah itu terasa berbaloi apabila segulung ijazah berada di tangan pelakon cantik ini.

Kini berusia 24 tahun, Juliana Evans telah menamatkan pengajiannya dalam bidang Sarjana Muda Komunikasi di Amerika Syarikat. Turut hadir di hari bersejarah ini ialah ibunya. Jelas terserlah kegembiraan di wajah Juliana Evans. Lepas ini bolehlah balik Malaysia dan kembali aktif dalam industri hiburan. Abang Nara yakin ramai yang merindui anda.

Sebelum ke Amerika Syarikat, Juliana Evans pernah dikaitkan mempunyai hubungan percintaan dengan Zizan Razak. Namun kini seperti yang kita ketahui, Zizan sudah pun mempunyai kekasihnya sendiri iaitu Emma Maembong. Ini bermakna Juliana Evans masih “single”. Peluang baik untuk jejaka-jejaka di Malaysia mencuba nasib sempena kepulangannya kelak. Hehehe.

Apa pun, tahniah diucapkan buat Juliana Evans atas graduasi anda. Semoga ijazah yang dibawa pulang akan membantu daripada apa jua segi. Diharap Jue tidak bersara dari bidang hiburan dan akan kembali aktif selepas ini. Tahniah Jue!!! 
sumber: Beautifulnara

Obama Layan Nasi Goreng, Udang Galah Dan Ikan Patin Di Seri Perdana



Pada belah tengahari tadi selepas mesyuarat bersama Perdana Menteri dan beberapa menteri kabinet, Presiden Obama dijamu dengan hidangan istimewa di Seri Perdana.

Selain itu, beliau juga diberi peluang merasai buah-buahan tempatan seperti manggis, durian dan banyak lagi.

Mungkin kita tertanya-tanya, apalah agaknya juadah yang dihidangkan untuk pemimpin paling berpengaruh di dunia tu yea?

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ada jawapannya.

Menerusi twitter beliau, Menteri Pertahanan itu mengatakan Obama dan rombongan dihidangkan Nasi Goreng, Udang Galah, Ikan Patin dan tak ketinggalan sambal belacan!
sumber: http://aiskosong.com/

Kris Dayanti larang anak buat pembedahan kosmetik


Anak kepada penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti (KD) menyatakan hasrat kepada ibunya itu untuk melakukan pembedahan plastik supaya kelihatan lebih cantik.

Menurut laporan Berita Harian, hasrat anaknya itu telah didedahkan oleh KD dalam buku autobiografinya dimana boleh dibaca peminatnya malah turut menjadi bacaan anak gadisnya, Aurel Hermansyah.
KD sempat bercerita bahawa anak gadisnya itu ingin melakukan pembedahan kosmetik kerana ibunya pernah melakukan perkara yang sama tapi dilarang keras oleh KD.
“Saya melarangnya melakukan pembedahan tersebut kerana dirinya yang masih bersekolah dan belum masanya lagi untuk berbuat begitu tetapi dengan selamba dia menjawab jika saya boleh lakukan demikian, mengapa dirinya tidak?,”ujar KD.

Walaubagaimanapun, Aurel yang gemar memuat naik gambarnya di laman sosial ternyata dilihat semakin cantik dan bergaya memandangkan dirinya sentiasa menjaga kecantikan dengan melakukan rawatan yang sesuai. -Tupai
sumber: http://padawanstreet.blogspot.com/

2 Beradik Maut Kemalangan, Tak Sempat Ziarah Ibu Sakit


Johor Bahru: Hasrat dua beradik untuk menemui ibu yang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, tidak kesampaian apabila motosikal yang mereka tunggang digilis treler di Kilometer 14.8, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi, mangsa, Mohd Nor Hafis Bokhari, 28, yang menunggang motosikal Honda Wave 125 dipercayai cuba memotong treler itu namun gagal.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abd Rahman berkata, akibat kejadian itu, Mohd Nor Hafis dan adiknya, Nur Saifuddin, 19, yang membonceng motosikal berkenaan, maut di tempat kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan awal yang dijalankan di tempat kejadian mendapati keadaan jalan kering, cuaca baik dan pandangan tidak terhalang.

“Kemalangan disyaki berlaku apabila motosikal Honda Wave125 ditunggang mangsa cuba memotong treler di sebelah kiri jalan namun gagal apabila bergesel di bahagian tengah treler menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh dan digilis tayar belakang kenderaan berat itu,” katanya ketika dihubungi semalam.
sumber: http://malaysianinfonews.blogspot.com/

Kerana Dendam, Pelajar 15 Tahun Bunuh Cikgu Di Uk


Seorang guru perempuan dilaporkan mati dibunuh pelajar lelaki berusia 15 tahun yang didakwa berdendam dengan mangsa, semalam di United Kingdom.

Menurut saksi, kejadian berlaku ketika mangsa, Ann Maguire, 61, sedang mengajar dan secara tiba-tiba, pelajar lelaki itu datang di belakangnya dan kemudian mengelar leher cikgunya dengan menggunakan pisau.

Sejurus insiden mengejutkan itu, rakan sekerja Maguire bergegas ke kelasnya dan menahan pelajar tersebut.

Maguire kemudiannya dibawa ke hospital oleh paramedik pada jam 11.45 pagi namun meninggal dunia sebaik sampai di hospital.

Kejadian menggemparkan ini dikatakan pertama kali berlaku di UK di mana seorang guru dibunuh anak muridnya ketika sedang sibuk mengajar di kelas.

Menurut saksi yang juga pelajar di sekolah itu, suspek telah dimasukkan ke kelas tahanan (detention class) minggu lalu dan mendakwa mangsa gemar mencari kesalahannya.
sumber:http://malaysianinfonews.blogspot.com/

Lelaki Rempuh Dan Langgar Orang Ramai Kerana Marahkan Isteri




Gambar Hiasan

Beijing: Seorang lelaki yang mengalami masalah rumah tangga merempuh keretanya ke arah orang ramai dan pejalan kaki berhampiran sebuah sekolah rendah semalam, menyebabkan enam orang termasuk tiga kanak-kanak maut. Seramai 13 lagi mangsa cedera.

Jurucakap polis berkata, lelaki terbabit keluar dari kereta Lexus yang sudah rosak akibat rempuhan itu dan mengancam untuk meletupkan sebotol petrol sebelum dia diberkas polis menggunakan meriam air. Media melaporkan, lelaki berusia 37 tahun itu kecewa kerana isterinya menuntut cerai. Keganasan di China menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun lalu dan kebanyakannya dilakukan individu menghadapi masalah peribadi. Bulan lalu seorang lelaki menyebabkan kematian 47 orang termasuk dirinya selepas membakar sebuah bas di Xiamen. - AFP
sumber: http://malaysianinfonews.blogspot.com/

Menakjubkan! Rumah Mewah Dilengkapi Kolam Renang Sebagai Bumbung.

 
Rumah mewah ini terletak di Marbella, Sepanyol, mengambil definisi 'rooftop pool' ke tahap yang baru. Rumah ini dinamakan 'Jellyfish house', direka oleh arkitek Belanda Wiel arets Architects, kolam renang berada di bumbung dan unjuran di atas jalan di depan rumah, dengan dasar kolam dibuat kaca, yang membolehkan sinar matahari untuk menonjolkan riak air ke tanah di bawah.

Salah satu sisi kolam juga mempunyai tingkap yang menghadap ke kawasan pedalaman rumah, yang membolehkan penghuninya untuk melihat keluar ketika teman-teman atau keluarga mereka berenang.














sumber: http://gabancomel.blogspot.com/

Segalanya Hanya Ada Di Asia

Jom Saksikan Apa jadi kat sekitar negara asia yang memang "Ummm"...




































sumber:http://sembangape.blogspot.com/
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved