Zizan Razak Akui Kerdil Di Pilih Jadi Pengacara AF 2013

[x]

Zizan Razak Akui Kerdil Di Pilih Jadi Pengacara AF 2013

on Thursday 29 August 2013



Pelawak dan pelakon yang namanya kian bersinar Zizan Razak nampaknya bakal menceburkan diri secara dalam bidang pengacaraan apabila ditawarkan menjadi hos rancangan realiti TV, Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) yang akan bersiaran pada September ini.

Namun begitu, Zizan mengakui agak bimbang tidak dapat berikan yang terbaik kerana terasa kurang pengalaman yang cukup untuk mengendalikan rancangan tersebut di tambah pula, pengacara sebelum ini adalah hebat-hebat yang terdiri dari Datuk Aznil Nawawi, Datuk AC Mizal, Jimmy Shanley dan Sarimah Ibrahim.
“Rasa kerdil diri saya ini jika terpilih sebagai pengacara AF 2013 kerana pengalaman saya tidak sehebat mana seperti hos-hos terdahulu. Bagaimanapun saya berbesar hati apabila nama saya disebut-sebut sebagai pengacara bagi musim terbaharu ini,” jelas Zizan.
Program AF 2013 akan bermula dengan Galaxy AF pada 2 hingga 5 September depan, diikuti dengan tayangan Prelude Top 24 pada 6 September 2013. Manakala konsert pertama akan bersiaran secara langsung setiap Sabtu, pukul 9 malam bermula 14 September depan di Astro Ria.

Walau bagaimanapun, Zizan merasa sangat berbesar hati sekiranya pihak produksi memilihnya untuk mengacarakan program tersebut dan berjanji akan menggalas tanggungjawab berkenaan dengan baik.
“AF memang terkenal dengan kejutan jadi musim ini mereka juga ingin membuat kejutan mengenai pemilihan pengacaranya. Jadi kita tunggu sahajalah,” ujarnya.
sumber:  http://ohartis.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved