[x]

Kalau Dah Jahat… Dicekup Berkhalwat Di Bulan Ramadan

on Monday 30 June 2014


ALOR SETAR – Di kala umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan melakukan solat Tarawihdan amal ibadat, lain pula yang terjadi di Alor Setar, Kedah.

Seorang model sambilan dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar, malam tadi.

Wanita berusia 24 tahun itu dipercayai berasal dari Selangor dikatakan datang ke Kedah semata-mata untuk menemui kekasihnya yang berusia 25 tahun yang menetap di Langgar, Alor Setar.

Menurut pasangan itu mereka bercadang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini dan memberi alasan mereka sedang bersiap untuk menonton bola sepak Piala Dunia di sebuah restoran 24 jam sebelum mereka dicekup berkhalwat.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud yang mengetuai operasi itu berkata, pasangan itu ditahan dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 2 pagi tadi.

Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.

Dalam serbuan berasingan di sebuah hotel di Jalan Putra, anggota JAIK turut menahan beberapa pasangan lain.

Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Majlis Agama Islam Kota Setar untuk disiasat dan direkod keterangan, sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga.

Mohd Roshidi berkata, pihaknya akan meneruskan operasi membanteras kegiatan maksiat walaupun pada bulan puasa untuk membendung gejala tidak bermoral di kalangan remaja dan umat Islam dinegeri ini.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya orang ramai tidak mengambil kesempatan melakukan maksiat di bulan Ramadan ini kerana anggotanya akan terus bertugas setiap hari. – Astro Awani
sumber:http://mynewshub.my/main

Perhatian Kepada Semua!...Mohon Sebarkan Info Tergempar Ini


PERHATIAN KEPADA SEMUA! MOHON SEBARKAN INFO TERGEMPAR INI!




Perhatikan bahagian bawah pagar tu!
ada tali bentuk 3 segi

Ust. Zamri:

Tanda Tiga Segi tali yang diikat kat pagar atau mana2 tempat dalam
taman kita adalah tanda sihir/ilmu perompak sebelum depa masuk
ke sesuatu rumah.

Bakar terus tali tu kalu ada.sebelum dia ambil balik tali tu.
Mohon share pd org yg anda sayang supaya dapat dielakkan perkara
yg tak diingini.
Sumber: Facebook Zamir Aizat

Pelanggan temui ekor tikus dalam burger McDonald's


Sebuah restoran makanan segera McDonald 's di Chile harus membayar ganti rugi selepas seorang pelanggan menemui ekor tikus di dalam sebiji burger.

Mahkamah rayuan di bandar Temuco mengukuhkan keputusan mahkamah sebelum ini untuk raksasa makanan segera itu untuk membayar denda 3,600 dolar AS untuk insiden yang berlaku pada Jun 2012 itu.

Selain membayar denda utama, mahkamah juga memerintahkan McDonald 's membayar denda tambahan yang jumlahnya tidak didedahkan.

Hakim mahkamah rayuan menyatakan hukuman denda itu mencerminkan kegagakan McDonald 's menjaga kualiti perkhidmatan mereka. Selain itu, McDonald 's juga dianggap mengabaikan proses kawalan kualiti.

Menyusul insiden ini, pihak berkuasa kesihatan Chile untuk sementara menutup restoran McDonald 's di Temuco, yang terletak 700 kilometer sebelah selatan ibu kota Santiago.

Kes ini bermula selepas seorang pelanggan McDonald 's Temuco, Pedro Valdes mengaku menemui sepotong ekor tikus di dalam burger yang dipesannya.

"Saya sedang makan dan menemui benda aneh di dalam burger dan saya langsung memuntahkannya," kataValdes.
Sumber: kompas.com

Diana Tak Nak Komen Isu Cemburu Nora Pegang Tangan Suami


Pelakon Diana Danielle enggan memberikan sebarang komen berhubung statusnya yang berbaur cemburu dengan gambar mesra suaminya, Farid Kamil dan pelakon gandingannya Nora Danish bagi mempromosikan filem Pengantin Malam.

Diana hanya mampu mengungkapkan “no comment, terima kasih” ketika dikerumuni wartawan yang mahu mendapatkan penjelasannya berhubung isu tersebut.

Tu la kadang-kadang tak faham dengan artis ini, bukan main lantang dalam media sosial, tapi bila pihak media mahu mendapatkan penjelasan lanjut apakah sebab-musabab dia menulis sedemikian, terus tak tahu nak jawab apa!

Tu la orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Jadi, berhati-hatilah dalam menggunakan media sosial, kerana selebriti sememangnya tidak dinafikan mempunyai jumlah pengikut yang ramai, benda kecil pun boleh jadi besar sekiranya perkara itu ‘dishare’ oleh orang ramai. Tak gitu?
sumber: – MYNEWSHUB.MY

Dayana Dan Sakinah Tidur Sekatil, Ashraf Tidur Ruang Tamu?



Hah, biar betul Ashraff Muslim dibiarkan tidur di ruang tamu sementara kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi tidur sekatil.

Hah, macam tak percaya kan, tapi perkara ini memang benar-benar berlaku bak kata keluarga bahagia ini.

Ini kerana menurut Dayana, walaupun masing-masing tidak tinggal sebumbung, namun apabila dirinya datang berehat ke rumah Sakinah, dia dan madunya itu serta anak tirinya, Sarah akan tidur sebilik manakala Ashraf tidur di ruang tamu.

Memetik Harian Metro, Dayana berkata, “walaupun masing-masing tidak tinggal sebumbung, kami sering berhubung dan berkumpul di rumah. Kalau saya datang berehat di rumah Sakinah, hanya saya, Sakinah dan Sarah tidur di bilik dan Ashraf kena tidur di ruang tamu”.

Selain itu, Dayan turut mengakui sering keluar membeli-belah bersama Sakinah kerana mereka berdua berkongsi cita rasa yang hampir sama.

“Kami mula keluar membeli-belah bersama sebab kami berkongsi cita rasa hampir sama. Bila kami keluar beli-belah, Ashraf jaga anak di rumah,” katanya.


Sementara itu, Ashraf juga mengatakan hubungan kedua-dua isterinya kini sudah semakin rapat dan erat seperti rakan baik.

Ashraf juga mengatakan sering membawa keluarganya ke majlis-majlis ilmu untuk menambahkan bekalan agama bersama-sama.

Baguslah begitu kalau Ashraf pandai mengemudi kedua-dua rumah tangganya kerana memang tidak mudah untuk berpoligami.

Harapnya Ashraf akan terus berlaku adil di antara Dayana dan Sakinah dan semoga keharmonian mereka sekeluarga akan kekal sehingga hujung nyawa. 
sumber: – MYNEWSHUB.MY

Ada Sesiapa Nak Kahwin Pompuan Dah Mengandung 2 Bulan?


Tak tahulah apa yang penulis tengok ni betul ke tidak.

Ada kemungkinan akaun wanita ini telah digodam oleh pihak yang mahu mengenakan dirinya.

Kalau itu hakikatnya, mungkin dia patut buat laporan polis.

Admin memilih untuk tidak menutup nama, gambar dan nombor telefon untuk entri ini kerana bahan ini sudah tersebar terlalu meluas di Facebook.

Namun, andai status ini datang dari empunya badan…entah la nak kata apa.
Dah la terlanjur, ada hati nak memilih … India tak nak… nak Melayu/Islam sahaja…
Lepas tu siap bajet cun lak kan kalau baca status tu.
sumber;http://mynewshub.my/main/

Masyarakat Taiwan Pelik Apabila Soo Wincci Berpuasa


Penyanyi Soo Wincci yang kini menetap di Tawian memberitahu tindakannya berpuasa pada bulan Ramadan kali ini dipandang sebagai sesuatu yang pelik oleh rakan-rakan berbangsa Cina di negara itu.

Bagaimanapun, Soo Wincci, 28, berkata, ia adalah salah satu perkara yang cuba ditunjukkan kepada rakan-rakannya tentang kelebihan berpuasa yang diamalkan oleh umat Islam setiap kali menjelangnya Ramadan.

"Ini merupakan tahun ketiga saya berpuasa setiap kali bulan Ramadan, namun tahun ini saya berpuasa bersendirian di Taiwan.

“Ramai kawan saya bertanya tentang amalan berpuasa dan kenapa saya berpuasa? Mereka semua pelik, ketika saya menunggu waktu berbuka di sebuah restoran di Taiwan, beberapa pelayan datang bertanya mengapa saya tidak makan sedangkan makanan sudah tersedia.

“Walhal saya sedang menunggu waktu berbuka,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di sini, Isnin.

Tambah Wincci, cabaran berpuasa tahun ini berbeza terutamanya daripada segi masa di negara itu lebih panjang berbanding di Malaysia. Malah, katanya, jadual kerja dan penggambaran sepanjang bulan ini agak padat.

“Saya kunci jam untuk bersahur pada pukul 3 pagi kerana di sini Subuh pada pukul 3.38 pagi dan waktu berpuasa lebih sejam daripada Malaysia.

“Jika di Malaysia saya ada rakan-rakan Melayu untuk berbuka dan berpuasa, tetapi di sini lebih mencabar kerana masyarakat beragama Islam tidak ramai.

“Jadual saya pula agak padat kerana bakal menjalani penggambaran mini filem antarabangsa dan muzik video pada bulan ini, namun saya yakin saya dapat menjalani puasa ini dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Soo Wincci turut menolak dakwaan beberapa pihak yang menganggap dia berpuasa kerana sedang bercinta dengan lelaki beragama Islam atau Melayu.

Pada awalnya dia cuba telah berpuasa kerana berjanji dengan peminat-peminat, namun disebabkan kelebihan yang didapati sepanjang berpuasa, dia meneruskan niat untuk terus berpuasa setiap kali Ramadan.

"Ada spekulasi kata saya ada kekasih beragama Islam yang menyebabkan saya berpuasa setiap tahun namun sebenarnya tidak. Pada awalnya saya hanya berjanji dengan peminat-peminat Melayu, namun bila saya lihat banyak kelebihan apabila berpuasa saya teruskan untuk berpuasa setiap kali Ramadan.

“Saya dapati banyak kelebihan terutama daripada segi kesihatan dan mental saya lebih kuat apabila berpuasa,” katanya yang berazam untuk berpuasa penuh selama sebulan.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Gigit Chiellini: Suarez Dakwa Terjatuh, Fifa Anggap Alasan Mengarut


BRASILIA: Alasan Luis Suarez yang dianggap mengarut mungkin akan mengakibatkan tempoh penggantungannya kerana menggigit pemain Itali tidak dipendekkan.

Suarez dikatakan mendakwa terjatuh secara tidak sengaja ke atas lawannya, Giorgio Chiellini ketika insiden itu berlaku.

Menerusi sepucuk surat yang dikirimkan bintang Uruguay itu kepada Fifa, Suarez menjelaskan, beliau tidak berniat menggigit atau cuba menggigit pemain pertahanan Itali itu pada perlawanan Piala Dunia di Natal, Rabu lalu.

Surat Suarez untuk Fifa berbunyi: “Susulan impak itu, kedua-dua lutut saya berlanggar, saya hilang keseimbangan dan badan menjadi tidak stabil lalu terjatuh ke atas lawan. Ketika itu, muka saya terlanggar pemain itu, menyebabkan lebam kecil di pipi saya dan kesakitan yang kuat di bahagian gigi hingga memaksa pengadil menghentikan perlawanan. Inilah yang sebenarnya berlaku dan saya tidak pernah berniat, seperti yang tertulis dalam dokumen, ‘menggigit’ atau ‘cuba menggigit’.”

Ahli Jawatankuasa Disiplin Fifa memandang serius perbuatan itu dan mengenakan hukuman berat kepada Suarez dengan mengharamkannya terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan dan digantung sembilan perlawanan antarabangsa.

Alasan bertulis Fifa mengenai hukuman berkenaan dikeluarkan Sabtu dan dokumen itu juga memaklumkan penjelasan Suarez berhubung isu pelanggarannya dengan Chiellini.

Tindakan Suarez mempertahankan perbuatannya itu memberikan kesukaran kepada Liverpool yang terdesak menjual penyerang itu walaupun sedar pemain itu tidak boleh meminta yuran perpindahan £80 juta (RM437.7 juta) susulan insiden mengejutkan itu.

Uruguay menewaskan Itali 1-0 dan layak ke pusingan kedua namun tewas kepada Colombia awal pagi semalam.

Dakwaan Suarez yang beliau tidak bersalah adalah satu kesilapan besar. Jawatankuasa Disiplin Fifa mengatakan bintang bola sepak itu tidak menunjukkan sebarang penyesalan untuk tidak mengulangi perbuatan itu.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Zulin Dan Sherry Mungkin Pengganti Zizan Dalam Melodi?


Semalam, pengacara Melodi, Zizan Razak telah membuat pengumuman mengejutkan apabila menyatakan dia bakal berundur daripada mengemudi program gosip popular tersebut.

Sejak itu, ramai mula membuat telahan dan andaian siapakah yang bakal menggalas tugas Zizan selepas ini.

Awal Ashaari yang merupakan pengacara bersama Melodi masih lagi kekal bersama program yang banyak mengupas cerita-cerita hangat para selebriti tempatan itu.

Antara nama yang disebut-sebut bakal mengantikan tempat Zizan ialah pelakon dan pengacara wanita, Zulin Aziz dan Sherry Al-Hadad.

Kalau anda perasan sebelum ini pun mereka sudah beberapa kali muncul menjadi pengacara jemputan bersama-sama Awal.

Mungkin ketika itu pihak produksi mahu melihat dan menguji sejauh mana keserasian mereka bertiga dalam mengendalikan program kot.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja siaran Melodi minggu ini, mana tahu betul tekaan semua pihak.

Kalau begitu, memang makin murah rezeki Zulin dan Sherry yang sejak kebelakangan ini semakin dikenali peminat hiburan tanah air dengan bakat lawak dan lakonan mereka yang serba bersahaja. 
sumber–MYNEWSHUB.MY

Kes Culik Menjadi-Jadi, Bapa Mangsa Kesal

 "Saya tidak mahu kejadian yang menimpa anak perempuan saya berulang kepada kanak-kanak yang lain dan mahu ibu bapa supaya berjaga-jaga dengan kes culik tersebut," demikian luahan bapa kepada mangsa kes cubaan culik di Bestari Jaya yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 36.

Man yang kecewa apabila tindakannya menyebarkan maklumat mengenai kes cubaan culik anaknya dalam laman sosial Facebook didakwa mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Menurutnya, tindakannya itu hanya bertujuan memberi peringatan kepada ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak supaya tidak menjadi mangsa kepada penculik sama yang tidak berhati perut.

“Selepas saya memuat naik status tersebut, saya dapat panggilan memberitahu status itu telah menjadi ‘viral’. Status itu juga dikatakan mengganggu siasatan polis.

“Menurut polis, kemungkinan untuk buat tangkapan dah berkurang kerana apabila penjenayah dah tahu yang kita ambil langkah berjaga-jaga, mereka akan melarikan diri. Kita buat perkara tersebut (sebar status) untuk elak anak-anak orang lain jadi mangsa dan umpan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mendengar kata-kata ingatan itu, Man tidak berasa hairan jika kes culik sebegini dipandang sepi sehingga penculik berani mengulangi perbuatan itu tanpa rasa takut.

Man dan keluarga yang tinggal di Kampung Bukit Tagar, 40 kilometer dari kawasan kejadian terpaksa menghantar anaknya ke sekolah di Bestari Jaya kerana tempat tinggalnya hanya mempunyai Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Dalam masa sama, Man turut membawa wartawan Sinar Harian ke lokasi kejadian yang hanya 300 meter dari rumah nenek saudaranya, tempat anaknya tinggal seketika sebelum pulang ke rumah di Bukit Tagar pada sebelah malam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan tersebut hanya dikelilingi pokok-pokok besar selain keadaannya yang sunyi, dan jika ada perkara-perkara seperti merompak atau culik, ia sukar disedari penduduk sekitar.

Kawasan tersebut merupakan laluan harian anaknya untuk ke sekolah. Anaknya terpaksa berjalan sejauh 200 meter untuk ke tempat menunggu van.

Terdapat juga sebuah taman permainan dan balai raya di kiri jalan tersebut yang dilihat terbiar.

Menurut Man, keadaan tersebut agak sunyi dan lengang daripada kenderaan mahupun laluan orang. Kawasan itu hanya sibuk pada waktu petang apabila beberapa anak muda beriadah di gelanggang berhampiran balai raya.

Mengimbas kembali hari kejadian, Man tidak menyangka kejadian tersebut menimpa anaknya.

"Saya sedang bekerja pada waktu itu mendapat panggilan daripada anak saya memberitahu hal berkenaan.

"Katanya, dia hampir diculik empat lelaki yang menaiki sebuah van. Mujur ada yang menyelamatkan anak saya, selepas gagal, empat lelaki tersebut bertindak melarikan diri menggunakan van yang di letakkan berhampiran kawasan tersebut,” katanya.

Terkejut dengan perkara itu, Man bergegas ke Balai Polis Bestari Jaya untuk membuat laporan.

Pihak sekolah tersebut turut mengeluarkan surat kepada semua ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak bagi mengelakkan kejadian sama berulang selain pihak polis yang turut melakukan rondaan secara kerap di kawasan kejadian.

Tiada siapa mahu kejadian seumpama ini berlaku pada diri atau ahli keluarga. Namun bagi kanak-kanak ini, kejadian hampir diculik merupakan pengalaman ngeri untuknya.

Sedia berkongsi cerita, Siti (bukan nama sebenar), 10, berharap di sebalik kisah pahit ini akan ada satu kekuatan untuknya menempuh kehidupan mendatang.

Siti sudah biasa pulang dari sekolah pada jam 1.50 petang setiap hari. Dia akan berjalan kaki melalui ‘jalan pintas’ menuju ke rumah nenek saudaranya.

Bagi Siti, sejak dahulu, rumah nenek saudaranya adalah tempat singgah untuknya bersiap untuk ke sekolah agama pula pada waktu petang. Siti dan abangnya hanya akan dijemput bapa mereka pada waktu malam.

Rutin harian Siti tidak pernah berubah. Berjalan kaki sejauh 200 meter bersama abangnya berusia 12 tahun menyusur jalan sunyi sudah dianggap biasa baginya.

Namun, siapa sangka pada hari kejadian, Siti yang seorang diri selepas abangnya tidak sihat, nyaris diculik dan apa yang lebih menyedihkan, penculik sanggup meletakkan pisau di leher seorang budak perempuan yang sememangnya tidak terdaya untuk melawan.

“Semasa saya berjalan pulang, ada empat orang lelaki jalan senyap-senyap belakang saya dan cuba menghampiri saya.

“Kemudian salah seorang tutup mulut saya, seorang lagi letak pisau kat leher saya dan cuba mengheret saya masuk ke dalam van putih. Saya nak jerit dan nak lepaskan diri tapi tidak boleh, mereka kuat sangat,” katanya.

Katanya, walaupun tahu tidak mampu, dia tetap melawan dan cuba melepaskan diri.

"Nasib saya baik, sebab ada dua abang sekolah menengah (pelajar tingkatan empat) lalu jalan itu dan menyergah lelaki tersebut.

"Lepas kena sergah, mereka lepaskan saya dan terus naik van putih yang diletakkan hujung jalan," katanya.

Man berkata, anaknya terpaksa berjalan seorang diri pulang ke rumah kerana abangnya yang berusia 12 tahun kurang sihat dan tidak dapat menemaninya ke sekolah.

“Pada kebiasaannya, dia akan ditemani abangnya pergi dan balik dari sekolah kerana abangnya turut bersekolah di sekolah yang sama. Tetapi pada hari kejadian, abangnya tidak sihat.

"Ketika kejadian, anak saya baru sahaja selesai sekolah pada sesi pagi dan dalam perjalanan pulang ke rumah nenek saudaranya untuk bersiap sebelum hadir ke kelas agama petang,” katanya.

Katanya lagi, selepas kejadian tersebut, anaknya mengalami trauma yang agak teruk dan dia terpaksa menghantar dan menemaninya ketika pergi dan pulang dari sekolah setiap hari.

"Saya bersyukur kerana anak saya terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Saya tidak pasti nasib anak saya jika diculik kumpulan penjenayah tersebut," katanya.
sumber: kezoom

Respon Amanda Misbun Kes Kakaknya Di Pukul

 Pelakon Amanda Misbun merupakan adik kepada Rozana Misbun iaitu isteri kepada penyanyi Wings, Awie yang kini sedang hangat diperkatakan masyarakat.

Tersebar di laman sosial gambar seorang wanita dikatakan kakak Amanda yang cedera dimuka akibat dipukul seseorang.

Ini pula respon dari Amanda Misbun:

“Maaf, saya tidak boleh memberi sebarang komen memandangkan saya tidak layak berbuat demikian. saya juga tidak boleh sahkan sama ada itu gambar dia.

“Saya harap semua orang boleh tunggu, sebab ada orang yang boleh menjelaskan keadaan sebenar,"

“Keluarga kami memang tidak campur soal rumah tangga, sebab itu lebih kepada masalah peribadi. Tetapi setahu saya kakak saya bahagia, saya ada berjumpanya sebelum ini dia nampak elok,"

“Setelah sembilan tahun mereka berkahwin kenapa baru timbul kisah-kisah begini. Saya anggap ini hanya khabar angin sahaja,"

Dalam pada itu, Amanda Misbun berharap semua peminat mendoakan keselematan dan kebahagiaan keluarga Awie dan kakaknya.

Amanda juga dikatakan enggan mengesahkan gambar tersebut dan memberitahu kakaknya bahagia dengan Awie.

Amanda juga berkata ada pihak yang akan menjelaskan keadaan sebenar tidak lama lagi. 
sumber:kezoom

Nina Iskandar Terkilan Peminat Tak Henti Hentam Dirinya

Nina Iskandar terkilan apabila tindakan muncul dengan penampilan bertudung dipersoalkan oleh segelintir pengikut di laman sosial Instagram selepas dia memuat naik gambar dan video yang menampakkan rambutnya.

Tambah Nina, gambar dan video yang dimuat naik itu merupakan beberapa babak lakonannya sebelum bertudung yang dilakukan sebagai tujuan promosi.

"Saya benar-benar berhijrah pada akhir April lalu dan selepas berhijrah saya tidak pernah buka tudung dan Insya-Allah ia akan berterusan.

"Pengambaran drama Raya Ni Mesti Kahwin dilakukan sebelum saya berhijrah lagi, jadi tolonglah faham dan jangan terlalu cepat menuduh sebelum mengetahui hal sebenar," katanya.

Nina menulis status di Instagram pada Ahad bagi menjelaskan tindakannya memuat naik gambar-gambar dan video sebelum bertudung.

Antara komen daripada penguna Instagram yang mempersoalkan penghijrahannya.


Beberapa pengikutnya di laman sosial tersebut telah mempersoalkan penghijrahaannya apabila dia mempromosi drama-drama tidak bertudung yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

"Saya berbuat demikian kerana mempromosi drama yang saya lakonkan itu kerana ia adalah salah satu perkara yang tertulis dalam kontrak yang saya persetujui.

"Betul, mungkin saya belum sempurna, saya masih memakai solekan dan memakai selendang yang tidak cukup panjang, namun soalan saya, adakah anda cukup sempurna untuk mempersoalkan apa yang saya lakukan," soalnya.

Tambahnya, sebagai insan yang baharu mula berhijrah, dia belajar sedikit demi sedikit untuk mencari kesempurnaan sebagai seorang muslimah sejati.

Malah, dia berharap peminat dan pengikutnya sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya daripada terus memfitnah atau mengecam segala tindakan yang dilakukan.
sumber:kezoom

Waris Rudy Salam Arman Di Cari

Waris Rudy Salam Arman Daris atau dikenali sebagai Ady dicari selepas dia dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang kira-kira pukul enam petang semalam.

Rakan serumahnya, Mohd. Norhaffiz Mohamad, 24, yang melakukan carian menerusi laman sosial Facebook turut memaklumkan bahawa Ady yang bekerja sebagai promoter Unifi di sini seorang yang perahsia dan suka mengurungkan diri dalam bilik.

Mohd. Norhaffiz yang merupakan seorang penuntut di Universiti Teknologi Mara bersama pihak polis sudah menggeledah bilik dan juga barangan peribadi milik Ady namun tidak menemui sebarang nombor telefon keluarga atau waris yang boleh menuntut jenazahnya.

"Saya mula mengenali dia sejak berpindah ke rumah sewa ini Ogos tahun lalu namun kami tidak banyak berbual dan dia seorang yang pendiam selain suka menyendiri.

"Ketika dia mengerang kesakitan empat hari lalu, saya memaklumkan pada majikannya sebelum dia dibawa untuk mendapatkan rawatan ke HTAR dan dilaporkan koma dan meninggal dunia pagi semalam," katanya.

Menurut Mohd. Norhaffiz, dia sudah membuat laporan polis dan meminta bantuan daripada rakan-rakan sebelum membuat hebahan di Facebook melalui akaunnya, Aku Pelik.

"Sesiapa yang mengenali Ady atau waris keluarganya, saya minta mereka menghubungi saya di talian 013-5321224 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.

Seorang pengguna Facebook turut memberi cadangan kepada Norhaffiz supaya menggunakan cap jari arwah untuk mengesan alamat terakhir beliau di JPN.

Dalam pada itu, Mohd. Norhaffiz turut meminta orang ramai tidak menambah apa-apa info atau maklumat berkenaan rakan sebiliknya itu. Katanya terdapat individu telah mengubah maklumat tanpa diketahui tujuannya. 
sumber:kezoom

Mesut Ozil Mengaku Tak Berpuasa Sepanjang Piala Dunia

Nampaknya kedatangan Ramadan berlangsung serentak dengan pusingan kalah mati di Kejohanan Bolasepak Piala Dunia.

Pemain Perancis, Karim Benzema dan pemain Jerman, Mesut Ozil antara pemain beragama Islam yang beraksi di Piala Dunia 2014.

Tentang Berpuasa....Ia bukan halangan buat sebahagian pemain Perancis, Jerman, Switzerland, Belgium, Algeria dan Nigeria yang beragama Islam.

Selain Benzema dan Ozil, antara pemain beragama Islam dalam Piala Dunia kali ini ialah Sami Khedira dari pasukan Jerman, Mamadou Sakho dan Moussa Sissoko dari pasukan Perancis, Marouane Fellaini pemain tengah Belgium, Xherdan Shaqiri pemain tengah Switzerland serta beberapa pemain lain.

Bagaimanapun bagi pemain Jerman, Mezut Ozil mengakui tidak akan berpuasa untuk beraksi bagi pasukannya.

Kebiasaannya, bintang-bintang profesional ini mengamalkan pemakanan ketat bagi mengekalkan hidrasi dan menjamin kecergasan tubuh.

Mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan atmosfera panas lembap di beberapa tempat perlawanan di Brazil.Waktu dari imsak ke azan Maghrib di Rio de Janeiro mengambil tempoh 11 hingga 12 jam.
sumber:kezoom

Pelakon Lelaki Popular Kuat Menipu

 Tak serik-serik buat perangai. Ingatkan bila sudah beranak-pinak perangai pun berubah, rupa-rupanya tidak. Pelakon tidak kurang popular ini masih juga terus menipu dan menganiaya orang yang memberikannya rezeki.

Sebenarnya, Cik Pang langsung tidak terkejut apabila berita dikhabarkan ke telinga mengenai penerbit berpangkat Datuk mengeluh apabila produksi drama dihasilkan terlebih bajet dan mengalami kerugian gara-gara orang kanannya yang juga pelakon mula ‘main duit’.

Dalam kalangan orang industri sebenarnya cukup kenal sikap buruk pelakon ini kerana dia pernah menjadi orang penting satu produksi yang hebat menghasil­kan drama sebelum ini.

Bagaimanapun, tembelangnya pecah apabila penerbit produksi itu menyedari dia ditipu kerana perbelanjaan selalu meningkat berbanding apa yang diperuntukkan hingga mencecah puluhan ribu.

Apabila akaun dikira, penerbit itu mendapati duit ba­nyak dibelanjakan kepada perkara tidak perlu dan berasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Menyedari perkara itu, dia disingkirkan. Perkara itu berlaku lama dulu, tapi tidak sang­ka pula ia berulang.

Cik Pang percaya Datuk terbabit mengambilnya bekerja kerana berasakan dia ada pe­ngalaman menguruskan perjalanan produksi drama dihasil­kan.

Perkara itu memang tidak dinafikan dan boleh kita lihat menerusi perjalanan awal operasi produksi milik Datuk itu dijalankan.

Memang pelakon ini menjalankan tugasnya dengan cemerlang dan ramai memuji apabila dia menangani pelbagai masalah timbul.

Maklumlah, orang berpe­ngalaman dan Datuk itu rasa bertuah kerana ada pekerja begitu dalam produksinya. Bagaimanapun, rasa bangga Datuk itu tidak bertahan lama apabila setiap kali mendapat laporan kewangan produksi dihasilkan tidak cukup dan tiada keuntu­ngan dicatatkan.

Bagi penerbit, situasi itu satu masalah besar dan takut jika dibiarkan berlanjutan silap hari bulan boleh diisytihar muflis. Simpang malaikat 44.

Nasihat Cik Pang sebelum terlambat, lebih baik Datuk itu memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Jika khidmatnya ­masih diperlukan, ambillah dia sebagai pelakon saja sebab sepanjang pembabitan­nya ­sebagai pelakon tidak ada satu pun masalah timbul yang Cik Pang de­ngar.

Seperkara­ lagi, Cik Pang tahu sangat pelakon ini bukan saja kacak te­tapi bermulut manis, membuat­kan perempuan mudah jatuh hati.
Kadang­kala kalau ada masalah pun dia mudah melepaskan diri tanpa ada tindakan diambil terhadapnya.
sumber: kezoom

Kakitangan JPJ Padang Jawa Meroyan Koyak Geran Orang?

on Tuesday 24 June 2014


Luahan kejadian berikut kami petik pada Fanpage Harimau Malaya. Hashtag yang digunakan ialah #KisahBenarKawanAdmin, jadi mungkin ia melibatkan sahabat admin page berkenaan.

Apa pun, kejadian itu seharusnya disiasat oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sama ada benar berlaku atau sebaliknya.

Kalau benar, ambil tindakan sewajarnya ke atas kakitangan berkenaan dan jika tidak, buat penafian supaya imej JPJ tidak terus tercemar.

Namun, jangan cuba cover line cakap tak berlaku (andai benar berlaku), zaman sekarang kang tetiba kejadian tu muncul di Youtube lak, ada pihak yang sudah rakam.

Kalau benar, kami di Mynewshub pun tak sangka la kejadian seperti ini masih berlaku di zaman ini. Mungkin kakitangan berkenaan perlu dihantar menghadiri kursus mengawal kemarahan atau rawatan mental.

Pegawai JPJ KOYAK-kan geran asal kereta kami

Hari yg malang. Bawa pembeli kereta tukar nama kat JPJ Pdg Jawa petang Jumaat jam 3 petang.

Sampai giliran kita pada pukul 4:30 petang, akak yg kat kaunter dah tarik muka pasal dah lewat masanya utk balik. Sbb ade 2 customers sekaligus tukar milik, Saya berulang alik antara 2 kaunter.

Entah sbb dah lewat atau apa, lambat pulak proses tukar nama. Kemarahan akak nampak memuncak bila kita bagitau hakmilik bank tak tercetak pada geran.

Kita minta tolong kat dia baik-baik tapi akak tak henti-henti marah tentang kelewatan masa kerjanya.

Akhirnya masa bayar r/tax, kita tak cukup tunai, nak guna kad kredit bayar. Akak melenting pulak r/tax dah siap tak blh bayar kad sbb sistem dah tutup.
Minta jugak kita cukupkan tunai utk bayar.

Mulanya, saya minta akak simpankan r/tax tu hingga saya datang bayar hari Isnin memandangkan memang takde duit lebih. Lepas tu, saya fikir baik batal r/tax aje.

Sebaik-baik saja saya bagitau akak batal, dia terus koyak r/tax & seterusnya geran kereta asal. Akak lain yg masih ada di kaunter & pegawai takde seorang pun bersuara tentang geran yg dikoyak.

Saya tercegat kat sana tak tau nak buat apa.

Akhirnya, akak serah balik jugak geran tu tanpa apa-apa penjelasan. Bila I buka mulut tanya gantian geran baru, dia halau I dgn keras. ” I tak mau tengok muka kamu kat sini lagi. I m suppose to be homenow. U go! U go!”

Apa patut saya buat skrg?

— with Isma Tirmizi Ismail.
sumber: http://mynewshub.my/main

Kononnya Inilah Kisah Benar Muhammad Firdaus… SAMPAH!


Apa pun yang cuba diperjelaskan oleh individu yang menulis kisah di bawah, namun tidak sampai di akal bagaimana seorang ibu sanggup meninggalkan anaknya dalam keadaan yang menyamai haiwan dalam sebuah bilik yang dipenuhi najis.

Pada masa yang sama, si ibu itu mempunyai waktu untuk bersantai di Facebook.

Dengan pendapatan RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38, sebulan, takkanlah susahnya sampai ke tahap biarkan anak sendiri dalam keadaan yang kita semua sudah lihat.

Kalau lihat tudung yang dipakai (menurut rakan penulis), tak nampak pun macam susah sangat.

Jika setiap ibu yang susah memilih untuk mengunci anak terutama yang OKU dalam rumah kosong, hancur musnah la nilai kemanusiaan di dunia ini.

Penulis bukan berniat untuk membentuk persepsi anda semua sebelum membaca penjelasan pendek yang tersebar di media sosial hari ini seperti di bawah, namun penulis sendiri sukar untuk menerima apa yang dilakukan ibu kanak-kanak berkenaan.

Insan yang menulis penjelasan di bawah tidak diketahui niatnya, jujur atau setakat mahukan publisiti murahan.

Namun, penjelasan yang diberikan adalah lemah dan tidak mengubah apa pun pandangan masyarakat terhadap Lola… ibu Muhammad Firdaus Dullah. Sekurangnya penulis tak termakan la penjelasan camni.

Bismillah.

Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di”share” kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia “dikurung” oleh ibunya di rumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa “zalim”nya si ibu itu, saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook….

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi “mohon share” bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas “perbuatan” tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi “mohon share” dan keyboard warrior terhadap ibunya…
~~~~~
Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus…Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut…Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan di sinilah bermula kisah di mana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan di rumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun (Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan) mempunyai kondisi “Hyperactive”. Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.

Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak… Masya Allah.

Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, “mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?” Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.

~~~~~

Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja “overtime” untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.

Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Serembanuntuk menjaga adik Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil “Mak…” “Makk…” sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan…. Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.

~~~~~

Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi “mohon share” dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.

Tidak percaya dengan apa saya tulis nih? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu…

###########

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :

1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.

2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.

Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.

3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai… Bersedekahlah sentiasa, meskipun harta di dunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.

4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka…Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama Tak rugi pun kita, lagi untung ada

5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan “Lying is bad, but hiding the truth is even worse”. Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.

Walahualam.
Sekian,
sumber: http://mynewshub.my/main

Otai Lama Ebby Yus Tayang Kereta Mewah Dengan Bergaya

Untunglah pelawak dan pelakon anak kelahiran Negeri Sembilan, Ebby Yus ni.

Dah la glamer, ada kereta mewah pulak tu. Kereta mewah ini dibeli dengan hasil titik peluh beliau sendiri sepanjang menjadi anak seni.

Abang Ebby Yus ni masih single…

So, sapa yang berkonan terhadap kehenseman Ebby Yus, sila lah masuk meminang beliau ye..

sumber;http://aiskosong.com/

Saya & Zarema Tidak Terkesan Langsung Dengan Pendedahan Rita – Aidil Zafuan

Pendedahan yang dilakukan oleh Rita Rudaini mengenai bekas suaminya, Aidil Zafuan baru-baru ini ternyata mengegar dunia hiburan. Mana tidaknya, Rita mendakwa Aidil takut pada isterinya, Zarema Zainal. Pendedahan yang dilakukan Rita kononnya adalah makluman daripada Aidil sendiri yang sekaligus membawa makna, Aidil mengadu kepada bekas isterinya mengenai isterinya sekarang.

Namun hari ini menerusi Berita Harian, Aidil mempersoalankan motif Rita Rudaini membuat pendedahan sebegitu. Kata Aidil:-
Mengapa tiba-tiba Rita membuat pendedahan seperti itu. Apa tujuannya berbuat demikian? Dalam hal ini, hanya saya dan isteri saya tahu perkara sebenar. Jujurnya kami (Aidil dan Zarema) tidak terkesan langsung dengan pendedahan yang dibuat.

Tiada penafian atau pengakuan yang dilakukan oleh Aidil mengenai pendedahan bekas isterinya itu. Satu langkah yang bijak. Hal-hal rumah tangga jangan dijaja kepada orang ramai. Kita sebagai suami isteri patut selesaikan sesama sendiri. Aidil juga mempersoalkan tindakan Rita yang hanya memberi kebenaran untuk dirinya menjenguk anak seminggu sebelum berkahwin.

Pada awalnya saya malas hendak berbalas kenyataan atas nasihat kawan-kawan. Tapi saya perlu bersuara kerana perkara itu membabitkan isteri saya sekarang.

Rita mengadu kepada media kononnya dua minggu sebelum perkahwinan baru saya mahu menjenguk anak dan selepas bernikah langsung menghilang.

Hakikat sebenar saya sudah lama mahu menjenguk anak. Bukan dalam tempoh 2 minggu tapi sebelum itu lagi. Saya ada mesej (Rita) bertanya soal anak dan meminta kebenaran untuk bertemu mereka.

Malangnya tiada sebarang jawapan. Hanya seminggu sebelum saya berkahwin, baru dia membalas mesej dan izinkan saya jenguk mereka.

Persoalannya mengapa lagi seminggu saya nak kahwin baru balas mesej dan beri keizinan? Selepas berkahwin, saya pindah ke Johor Bahru. Kesibukan membuatkan saya tidak sempat melawat mereka.

Namun saya tetap bertanya khabar dan baru-baru ini saya ternampak gambar anak sakit. Itupun kawan yang beritahu selepas terlihat gambar itu di Instagram Rita.

Apabila saya bertanyakan perkara itu, Rita tempelak saya balik. Bukanlah lebih wajar beliau maklumkan kepada saya bahawa anak saya sakit kerana saya adalah bapanya.

Ini tidak, beliau lebih senang muat naik gambar ke Instagram daripada memberitahu saya.

Pening kepala. Bila baca kenyataan Aidil, rasa macam Aidil betul. Bila baca kenyataan Rita, rasa macam Rita betul. Kebenarannya? Hanya mereka sahaja yang tahu. Tak apalah. Hal ini, mereka berdua sepatutnya lebih tahu siapa yang benar siapa yang bersalah. Jangan bergaduh sehingga tanggungjawab terhadap anak terus diabaikan sudahlah. Harap cepat-cepat berdamai untuk kebahagiaan semua pihak.
sumber: http://beautifulnara.com/

Fasha Sandha Tegur Peminat Bandingkan Dirinya Dengan Nora Danish


Di bawah ini ialah komen yang telah membuatkan Fasha Sandha tampil memberi teguran kepada para peminatnya:-

Ish, ish, ish. Macam tak ada kerja lain kan? Tahap tertinggi juga si peminat ini ‘stalk’ akaun sosial NoraDanish dan Fasha Sandha sampai boleh buat perbandingan sebegini. Sehubungan dengan itu, Fasha Sandha telah membuat teguran panjang lebar di bawah:-

Negative vibes in the morning. I’ve been receiving this type of comments from different followers almost everyday which i don’t like. The fact of the matter, i was at KLFW2014 for Kavita and Tom Abang Saufi finale shows.

Yes, memang betul SHE is close to my husband’s family and always be together with them without me but do u need to feed me WITH this type of comments ? Tujuannya? Benar2 Kesian atau untuk membuatkan saya lebih sedih? Wallahualam.

I’m 5 months pregnant n i don’t like to read this type of comments in my page,my family page or my good friend’s instagram. Yes, anda boleh comments ‘visit my ig’ untuk nak jual apapun or iklan apa saja di laman insta i, i tak kisah and tak pernah tegur,tak pernah delete the comments and tak pernah block.

But, not this type of negative comments, Please RESPECT. Somehow, its hurting me. ‘Everyone has their limits’. Ini adalah teguran to my followers. Teguran ya,bukan marah. If you don’t have anything nice to say, please don’t say anything at all.

To whom it may concern , i do hope that u also understand your limit too. You need to learn that your actions do affect other people,caused problems,negative vibes and comparison. It’s not just always about you. Thank you


Tak pasal-pasal daripada tak ada kontroversi, tup-tup kerana komen daripada para peminat, timbul kontroversi sebegini. Kesian Fasha terluka dan kesian Nora Danish namanya terpalit sama.
sumber: http://beautifulnara.com/

PTPTN – Peminjam Ingkar Akan Disiarkan Akhbar


Perbadanan Tabung Pendidikan TinggiNasional (PTPTN) digesa bertindak lebih drastik dan tidak ‘memberi muka’ kepada peminjam tabung berkenaan yang masih ingkar melunaskan pinjaman mereka.

Beberapa pertubuhan pelajar yang dihubungi mahu PTPTN mencari kaedah paling berkesan bagi mengelak peminjam terus liat tidak membayar hutang, walaupun sudah mendapat pekerjaan yang bagus selain mahukan majikan memotong gaji peminjam secara automatik.

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi, pula mengesyorkan nama peminjam disiarkan dalam akhbar seperti yang pernah dilakukan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sehingga akhirnya ramai yang berusaha membayar balik pinjaman kerana malu.

“Selain itu, PTPTN juga wajar mengambil tindakan proaktif lebih awal termasuk bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeridan Jabatan Imigresen,” katanya ketika dihubungi.

Maka diingatkan pada peminjam, bayarlah pinjaman anda kerana ramai lagi generasi selepas kita memerlukan bantuan ini.:)
sumber: http://aiskosong.com/

Dua Beradik Ditemui 5KM Dari Lokasi Dibawa Lari


 Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan adiknya tiga bulan yang dibawa lari bersama kereta Proton Gen 2 di Puchong Perdana, 7 pagi tadi ditemui selamat.

Kanak-kanak itu ditemui seorang pekerja kilang berusia 58 tahun selepas ternampak mangsa sedang berjalan sambil mendukung adiknya di kawasan perindustrian Puchong Jaya iaitu lima kilometer dari lokasi dia dilarikan.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli, kejadian berlaku ketika si ibu menghantar abang dan kakak mangsa ke rumah pengasuh dan meninggalkan kereta dengan enjin tidak dimatikan.

“Ketika itu suspek masuk ke dalam kereta dan membawa lari kedua-dua mangsa yang berada di dalam kereta terbabit. Suspek turut mengacukan pisau kepada mangsa,” katanya.

Polis masih menjejaki suspek dipercayai seorang remaja lelaki memakai pakaian seragam sekolah yang membawa lari kereta berkenaan dengan nombor pendaftaran WLF4727 Proton Gen 2 berwarna biru. 
sumber:- myMetro Online

Jimmy Shanley Kesal Gagal Raikan 'Birthday' Anak


Hasrat Penyampai radio Ultra FM, Jimmy Shanley, 34, untuk bermesra dengan anaknya, Zahrah Rania Shanley yang menyambut ulang tahun kelahiran ketiga pada Selasa (hari ini) gagal.

Perkara itu didedahkan oleh Jimmy menerusi status terbaharu Instagram miliknya yang dimuat naik kira-kira pukul 12.30 tengah hari Selasa.

“Happy 3rd birthday… Dulu alasan tak bagi sebab duduk seorang, kini sudah berumah tangga pun tak dapat, kononnya hanya nak publisiti (pleaseee la), nak diambil tak bagi, tak diambil dicaci dimedia, lu pikirlah sendiri,” demikian kesimpulan luahan Jimmy.


Berdasarkan kepada status itu memperlihatkan seolah-olah hubungannya dengan keluarga bekas mertua masih tidak dapat diselesaikan.

Malah wanita itu turut mendakwa Jimmy juga tidak bersungguh-sungguh untuk menjaga Zahrah Rania sebaliknya hanya mahukan publisiti.

Dalam pada itu status yang dimuat naik Jimmy mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut-pengikut Instagram miliknya yang menyuruh dia bersabar.
sumber:-mStar

Mila Jirin Tayang 2 Kereta Mewah Miliknya


Mila Jirin merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia dan berjaya memenangi musim ke 5 | Apabila memenangi Akademi Fantasia kerjaya Mila Jirin terus berkembang dan mendapat publisiti yang meluas.


Sebagai artis yang memikirkan masa depan, Mila Jirin terus berjinak dalam bidang perniagaan dengan membuka restoren dan menjual pakaian. Yang terkini Mila jirin ada menjual baju kurung Mila yang diusahakan bersama adik beradiknya.

Di laman sosial, Mila Jirin berkongsi gambar 2 kereta mewah miliknya. Ini semua hasil usaha keras Mila Jirin sendiri.

Ini tulis Mila Jirin: "Alhamdulillah dah sampai rumah setelah 4 hari berturut2 berkampung di dengkil untuk
program #tmlifemadeeasier Ok…now nak bawa Mr B jalan jalan….kasi cik putih rehat siann dah 4 hari bekerja"

Tahniah buat Mila Jirin yang boleh dikatakan berjaya dalam kerjayanya dan juga perniagaannya. Semoga sukses selalu.


sumber: http://aiskosong.com/

Facebook Hani El Zahra pelihara dan pegang anjing dikecam hebat


Menerusi lamansosial, seorang gadis yang beragama Islam telah mencetuskan kontroversi apabila memelihara beberapa ekor anjing sebagai haiwan peliharaan.

Sesetengah pengguna memberi sokongan yang penuh terhadapnya dan memuji sikap beliau sebagai seorang pencinta haiwan. Manakala, ada juga sesetengah individu mengecam perbuatan tersebut dan mendakwa perbuatan itu memalukan Islam.
Kenyataan Salah Seorang Individu Yang Mengecam Isu Pelihara Anjing



sumber: http://aiskosong.com/

Zhasulan Korganbek Di Gelar Lizard Boy

 Zhasulan Korganbek, seorang kanak-kanak lelaki digelar ‘Lizard Boy/budak cicak’ kerana mempunyai penyakit kulit yang jarang ditemui.

Zhasulan ,5 tahun, mengalami penyakit ichthyosis yang teruk hingga menyebabkan sebahagian kulit tubuhnya menjadi keperangan dan bersisik kelabu Keadaan itu turut melarat ke bahagian telinga dan mukanya.

Ia akan bertambah teruk dan mungkin baik, bergantung kepada cuaca.

Walaupun media menggelarnya budak cicak, sebenarnya ichthyosis berasal dari perkataan Yunani kuno yang bermakna ‘ikan’ kerana persamaan kulit mati dan menggelupas seperti sisik ikan.

Zhasulan mewarisi penyakit itu daripada ibunya, Ulbibi, pembawa gen tidak normal.

Namun, Ulbibi tidak menunjukkan sebarang kecacatan kulit walaupun terdapat kira-kira 50 peratus risiko ia diturunkan kepada anaknya.

Nasib malang Zhasulan dijangka tidak akan berpanjangan kerana bantuan yang dihulurkan oleh orang ramai akan membolehkannya mendapatkan rawatan di luar negara.
Rawatan itu dijangka membolehkannya menjalani kehidupan normal.
sumber.kezoom

Cerita Di Sebalik Fesyen Rambut Zig Zag Ronaldo


 Fesyen rambut zig-zag Cristiano Ronaldo menjadi tumpuan ramai ketika kempen Piala Dunia ketika ini dan ramai yang menyangka ia adalah fesyen terbaru pemain tersebut.

Namun berdasarkan berita yang tersebar di internet, potongan rambut itu bukannya untuk tujuan fesyen semata-mata sebaliknya ia sebagai tanda sokongan kepada seorang budak dari Sepanyol, Erik Ortiz Cruz, yang menjalani pembedahan otak.

Nyata Ronaldo adalah seorang yang berhati mulia apabila dia sanggup membayar kos pembedahan sebanyak £50,000 untuk Cruz.

Rambut zig-zag itu pula sebagai memberi sokongan kepada Cruz kerana mempunyai parut sedemikian rupa di kepalanya akibat pembedahan berkenaan.

Cruz menjalani pembedahan itu pada bulan Februari lalu.

Ronaldo yang juga kapten pasukan Poland ini jarang bercakap mengenai kerja-kerja amal yang dilakukannya secara terbuka.

Justeru sukar untuk mendapatkan penjelasannya mengenai fesyen rambut berkenaan dan sumbangannya kepada Cruz.
sumber: http://mynewshub.my/main

Budak Dibuli Kerana Cantik, Jadi Kejutan Di Rusia


Rusia – Kerana cemburu rakan sekolahnya memiliki wajah yang cantik, empat budak perempuan telah membuli budak tersebut dengan memaksanya berbaring di atas jalan yang berlumpur sebelum mengarahkan budak itu minum air lumpur tersebut.

Kejadian yang berlaku ke atas Vlada Kholod, 13, itu mengejutkan seluruh Rusia kerana ia turut dirakamkan oleh empat budak terbabit iaitu Olga Guseva, 16, Lyubov Goloborodko, 14, Sasha Rattsova, 15, dan Ekatirina Streltsova, yang juga berusia 15 tahun.

Ia kemudiannya dimuat naik dalam laman sosial Rusia, VKontakte.

Menurut Vlada, dia dipukul kerana teman lelaki kepada salah seorang pembulinya itu memandangnya, menyebabkan budak perempuan itu cemburu.

Perkara itu kemudiannya dibawa ke pengetahuan pihak sekolah selepas seorang guru melihat videorakaman tersebut.
Pembuli berkenaan kemudiannya dipaksa memohon maaf kepada Vlada.
sumber: http://mynewshub.my/main

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved