Potong Bekalan Elektrik, Tangan Pekerja TNB Hampir Putus Di Tetak

[x]

Potong Bekalan Elektrik, Tangan Pekerja TNB Hampir Putus Di Tetak

on Friday 30 August 2013

Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus pergelangan tangan ditetak dua lelaki ketika melakukan kerja pemotongan bekalan elektrik di Lot 190 Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway di sini petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua, dalam kejadian pukul 5 petang itu, berlaku pertengkaran antara mangsa, Muhammad Adni Isa, 42, dengan dua suspek yang tidak puas hati dengan tindakan mangsa memotong bekalan elektrik.

"Mangsa bersama seorang rakan bertugas membuat pemotongan elektrik di hadapan tiang TNB tempat kejadian. Tiba-tiba datang dua lelaki bertanya mengapa potong elektrik.
"Tidak puas hati dengan jawapan diberikan mangsa, berlaku pertengkaran sebelum kedua-dua mereka keluar dari rumah membawa dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Ah Chua lagi, mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya dan diberi rawatan awal sebelum di hantar ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar untuk pembedahan.

Sehubungan itu, Ah Chua mengesahkan, dua suspek yang berusia 33 dan 45 tahun kini ditahan untuk tindakan lanjut.

Kes di siasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau cara-cara yang merbahaya.
sumber : kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved