GAMBAR Alif Satar Di Peluk Minah Australia

[x]

GAMBAR Alif Satar Di Peluk Minah Australia

on Thursday 29 August 2013

Setelah lama tidak mendengar perkembangan terbaru penyanyi dan pengacara Alif Satar. Terkini nama Alif Satar menjadi bualan hangat ramai ekoran gambarnya dengan seorang wanita Mat Salleh (Australia) yang tersebar di internet. Adakah itu kekasih Alif Satar?

Namun apa yang pasti gambarnya bersama gadis tinggi lampai ala model yang dikenali sebagai @laurenmitchell43 itu dirakamkan di Sydney, Australia dan dimuat naik sendiri oleh Alif di laman Instagramnya yang penuh dengan gambar motorsikal. Memang peminat motor sejati si Alif ni.


Menerusi gambar berpelukan dengan gadis itu, Alif telah menulis dengan kata;

"Gadis gadis cun ni bawak Alif pusing Sydney @laurenmitchell42 @yasminjadekassim 31hb Ogos ni.. Saksikan '24 jam'... 9 malam di Astro Ria.."


Menerusi laman facebook, difahamkan Alif kini terlibat sebagai pengacara bagi sebuah program travel berjudul "24 Hour In" dan kehadiran gadis tersebutdi sisi penyanyi itu bertujuan untuk rakaman program berkenaan yang menjalani penggambaran di Sydney, baru-baru ini.
sumber: Kezoom




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved