Isu Muflis, Aweera Akui Buat Pinjaman Ketika Umur 19 Tahun

[x]

Isu Muflis, Aweera Akui Buat Pinjaman Ketika Umur 19 Tahun

on Tuesday 27 August 2013

Muflis adalah satu perkara yang sangat ditakuti oleh manusia. Namun sejak kebelakangan ini, memang ramai yang diistiharkan muflis kerana gagal mengawal belanja dan tidak membayar pinjaman. Salah seorang daripada mereka ialah penyanyi kumpulan Mojo, Aweera.

Memang kesian sebenarnya tetapi Aweera sekarang dalam proses perbincangan dengan pihak bank untuk menyelesaikan isu ini. Kata Aweera kepada MalaysianDigest.

Saya tak mahu libatkan peribadi dalam karier saya. Perkara itu (muflis) masih lagi dalam proses perbincangan. Jadi saya tak boleh nak komen lebih sebab saya sedang cuba berbincang dengan pihak bank. Saya buat pinjaman tersebut sewaktu umur saya 19 tahun dan ketika itu saya bekerja di Unit Kebudayaan di Universiti Sains Malaysia Perlis (UniMAP). Untuk apa pinjaman tu? Saya tak boleh beritahu sebab ia terlalu peribadi.

Semoga perbincangan Aweera dengan pihak terbabit akan membuahkan hasil. Lagi cepat keluar daripada senarai muflis, lebih bagus. Semoga perkara ini akan menjadi pengajaran kepada Aweera dan kepada kita semua. Jangan buat main-main hal sebegini.
sumber : http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved