'KL Gangster 2' Disabotaj, Yusof Haslam Jumpa Media Esok

[x]

'KL Gangster 2' Disabotaj, Yusof Haslam Jumpa Media Esok

on Thursday 29 August 2013

.Yusof Haslam anggap KL Gangster 2 disabotaj pihak tertentu.

Penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam menyifatkan penyebaran filem terbaharu terbitan Skop Production iaitu KL Gangster 2 di Internet sebagai satu sabotaj oleh pihak tertentu.

Yusof, 59, berkata, dia kecewa dengan berita penyebaran filem arahan Syamsul Yusof itu sehingga ia boleh dimuat naik sebelum tarikh tayangan kerana perbuatan tersebut telah melanggar undang-undang.

"Tindakan tersebut adalah satu sabotaj oleh pihak-pihak tertentu dan kita akan siasat mengenai perkara ini dan sudah tentu saya kecewa kerana filem itu masih belum ditayangkan di pawagam," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, Yusof berkata, pihaknya akan mengadakan satu sidang media khas pada Jumaat (esok) di Pawagam Mini P.Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dekat sini, pukul 3 petang untuk menjelaskan hal itu.
sumber : http://mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved