[x]

Punca sebenar Fida Ibrahim lari dari lokasi penggambaran

on Monday 30 September 2013


Sebelum ini Fida Ibrahim tampil menjelaskan punca dia melarikan diri dari lokasi penggambaran telefilem berjudul Kampungku kerana faktor keselamatan dan tidak tahan disindir oleh pelakon Syed Nahar Syed Mokhtar.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan maklumat yang diterima dari sumber pertama yang mendakwa Fida sebenarnya mempersoalkan kemudahan yang diberikan pihak produksi. Pelakon itu dikatakan tidak menyukai bilik hotel yang disediakan selain tidak berpuas hati dengan keadaan set penggambaran.

Sebagai pelakon yang masih baru, Fida tidak sepatutnya mempersoalkan perkara-perkara sebegitu kerana dia sedia maklum Baling merupakan kawasan luar bandar, jauh berbeza jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur.

Lebih parah, Fida turut mempertikaikan kredebiliti pengarah telefilem berkenaan iaitu Shuhaimi Lua. Siapa pula dia untuk mengkritik pengarah sedangkan dirinya sendiri pun masih baru dalam dunia lakonan dan belum membuktikan kehebatannya dalam bidang tersebut.

Untuk pengetahuan, baru-baru ini Fida Ibrahim telah dikritik teruk peminat kerana berkongsi gambar-gambar seksi dan berpakaian ketat sehingga menampakkan sebahagian asetnya secara luaran.
sumber : http://plbgaimacam.blogspot.com/

Tubuh bogel Model cantik hanya di tutup dengan Lukisan


Para model tampil dengan aneka lukisan unik di acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.


Seniman sedang menyelesaikan lukisan di tubuh seorang model yang berpenampilan kostum naga saat sebelum acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.


Seniman tampak sedang melukis tubuh seorang model sebelum acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.



Seorang model memaparkan kreasi seni lukisan tubuh di wajahnya.

Seorang model memperlihatkan lukisan Dewa Ganesha di tubuhnya saat acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.

Seorang model berpose saat tampil acara International Contest of Hairdressers, Nail 7 Body Art Designers.

Seorang model berpenampilan dengan gaya sotong saat tampil acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.

Seorang model memperlihatkan kreasi seni lukis di tubuhnya saat acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.
sumber : http://www.relevansokmo.com/

Inikah gambar kekasih baru Awi Rafael


Nampaknya, kisah cinta antara Awi Rafael dan Hanez Suraya yang putus di tengah jalan semakin dilupakan manakala gosip liar mengaitkan dirinya dengan Shila Amzah juga turut tidak kedengaran lagi.

Masa terus berlalu tanpa berita tup-tup nama penyanyi Awi Rafael kembali menjadi sebutan apabila sekeping gambar mesranya dengan seorang wanita jelita telah tersebar di laman maya hasil perkongsian blogger aiskosong.

Admin cukup teruja dan terkejut, cepat benar aktor kacak ini menemui pengganti. Apapun, jika benarlah wanita itu adalah kekasihnya, admin ucapkan tahniah. Bukan susah pun nak cari pengganti yang lebih jelita dan bukan dari golongan artis.

Khabarnya, wanita dalam gambar itu dikenali dengan nama Sarah Anne. Menerusi laman sosial Awi, ramai peminat memuji kecantikan Sarah.
sumber : http://plbgaimacam.blogspot.com/

Anjing Yang Paling Kecil Di Dunia



Anjing ini bernama lulu, baka anjing chihuahua terkecil didunia
dengan ukuran panjang 4inci.Mulanya tuanya Jean Tindall,76 tidakmenyedari
keistimewaan lulu ini, dan Jean hanya menyedarinya
selepas beberapa minggu kerana lulu tidak membesar seperti adik-beradiknya
yang lain.
sumber : http://armgurlz87.blogspot.com/







Makanan Tambahan Di Perbuat Dari Uri Wanita Bersalin


LINDON, Utah - Seorang wanita, Laura Curtis menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual kapsul uri wanita bersalin sebagai makanan tambahan.

Amalan memakan uri sendiri semakin mendapat tempat di negeri Utah, Amerika Syarikat(AS). Ia ekoran organ itu dipercayai memiliki pelbagai khasiat sekali gus baik untuk ibu yang menyusu bayi mereka.

Jurucakap sebuah hospital di Utah memberitahu, dianggarkan antara 5 hingga 10 peratus ibu yang bersalin di fasiliti berkenaan akan meminta agar uri mereka disimpan.

"Amalan ini semakin popular, permintaan untuk uri kini bertambah," kata pengurus jururawat Hospital Universiti, Bernice Tenort.

Dalam pada itu, di kediamannya di sini, Curtis akan terlebih dahulu membuang gumpalan darah dan keganjilan lain pada uri sebelum mengukus organ itu selama 12 minit.

Uri tersebut kemudian dikisar menjadi serbuk sebelum diisi ke dalam kapsul ubat.
"Selain memakai sarung tangan, saya akan memastikan setiap peralatan dicuci dengan cecair pembunuh kuman sebelum melakukan kerja ini," kata Curtis.

Menurutnya, uri yang hendak digunakan perlu disimpan di dalam peti sejuk dan dihantar kepadanya dalam tempoh 48 jam selepas bersalin.

"Doktor juga perlu mengesahkan organ tersebut tidak dicemari kuman hepatitis atau HIV.

"Ramai pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan saya sehingga mendorong saya memasak 18 hingga 20 uri sebulan untuk dijadikan kapsul," tambah wanita itu.

Menurutnya, permintaan untuk kapsul uri itu meningkat 200 peratus sejak perniagaan tersebut diasaskan pada tahun 2011.

Dalam pada itu, seorang ibu berusia 28 tahun, Amy Coffield memberitahu, pil uri tersebut telah membantu menyelamatkan nyawanya.

"Selepas melahirkan bayi pertama, saya meroyan dan tidak ingin hidup.

"Namun, selepas mengambil pil uri sendiri ini. saya kembali ceria dan dapat melaksanakan tugas sebagai seorang ibu dan isteri," tambahnya.








sumber : http://dairishare.blogspot.com/

Malaikat maut tertawa dan menangis ketika mencabut nyawa

Allah swt. bertanya kepada malaikat maut: "Apakah kamu pernah menangis ketika kamu mencabut nyawa anak cucu Adam?"

Maka Malaikat pun menjawab: "Aku pernah tertawa, pernah juga menangis, dan pernah juga terkejut dan kaget."

"Apa yang membuatmu tertawa?"

"Ketika aku bersiap-siap untuk mencabut nyawa seseorang, aku melihatnya berkata kepada pembuat kasut, 'Buatlah kasut sebaik mungkin supaya boleh dipakai selama setahun',".
"Aku tertawa kerana belum sempat orang tersebut memakai kasut dia sudah kucabut nyawanya."


Allah swt. lalu bertanya: "Apa yang membuatmu menangis?"

Maka malaikat menjawab: "Aku menangis ketika hendak mencabut nyawa seorang wanita hamil di tengah padang pasir yang tandus, dan hendak melahirkan. Maka aku menunggunya sampai bayinya lahir di padang pasir tersebut. Lantas kucabut nyawa wanita itu sambil menangis kerana mendengar tangisan bayi tersebut kerana tidak ada seorang pun yang mengetahui hal itu. "

"Lalu apa yang membuatmu terkejut dan kaget?"

Malaikat menjawab: "Aku terkejut dan kaget ketika hendak mencabut nyawa salah seorang ulama Engkau. Aku melihat cahaya terang benderang keluar dari kamarnya, setiap kali Aku mendekatinya cahaya itu semakin menyilaukanku seolah ingin mengusirku, lalu kucabut nyawanya disertai cahaya tersebut. "

Allah swt bertanya lagi: "Apakah kamu tahu siapa lelaki itu?

"Tidak tahu, ya Allah."

"Sesungguhnya lelaki itu adalah bayi dari ibu yang kaucabut nyawanya di padang pasir gersang itu, Akulah yang menjaganya dan tidak membiarkannya."
sumber : http://masjidpermatangpasir.blogspot.com/

HTC Butterfly S (RM2,399), Cantik ibarat Rama-rama




Syarikat komunikasi HTC Sdn. Bhd. Malaysia baru saja mengumumkan kemunculan model terkini mereka iaitu HTC Butterfly S peranti bergaya dan dikuasakan ciri-ciri terbaru untuk pasaran Malaysia.

Pada awalnya kemunculannya diumumkan akan berada di pasaran Malaysia bermula pertengahan Ogos lalu.

Telefon yang menarik dengan skrin bersaiz 5 inci ini dikuasakan oleh pemproses empat teras berkelajuan 1.9GHz. RAM 2GB dan ciri-ciri menarik HTC BlinkFeed™, HTC Zoe™ dan HTC BoomSound™ yang telah diperkenalkan buat pertama kali pada HTC One.

Telefon ini juga dilengkapkan dengan HTC Sense 5 dan sistem operasi Android Jelly Bean, dengan bateri dengan kapasiti 3,200mAh, sekali gus menjanjikan keupayaan dan ketahanan yang lebih lama.

Pengurus HTC Asia Selatan, Jack Yang berkata, pihaknya telah mengambil inisiatif untuk menambah baik prestasi telefon pintar HTC Butterfly ini dengan menggabungkan piawaian baru yang ditetapkan oleh HTC sendiri.

Jelasnya lagi, telefon pintar HTC Butterfly S ini telah mengalih persepsi orang ramai dengan HD penuh yang pertama di dunia dengan skrin 5 inci yang membawa kepada pengalaman menonton yang lengkap.

Selain itu, HTC Butterfly S dikuasakan oleh kapasiti bateri yang tinggi. pengguna kini boleh mengambil gambar, menonton video dan mendengar muzik tanpa perlu bimbang tentang kehabisan bateri.

Pengguna boleh dapatkan HTC S ini dalam beberapa pilihan warna iaitu fervour merah, putih dan glamour metallic grey di semua pengedar HTC yang diberi kuasa.

Harga rasmi bagi HTC Butterfly S adalah RM2,399 dan hanya boleh didapati di pengedar-pengedar rasmi HTC yang sah. Maklumat lanjut mengenai telefon ini sila ke laman sesawang www.htc.com.
sumber : Utusan

5 Tabiat yang Menjadi Trend Wanita Melayu Zaman Sekarang..!!!

Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden.
Tetapi kebanyakkan wanita Melayu yang dapat dilihat, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah. Macam mana tu? Sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini.
Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa?”.
Mari kita kenali dulu 5 trend atau sikap wanita Melayu yang terpesong dalam zaman moden ni.

1. Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkanlurah dendam “neraka” depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut! Ewwww…simpan la barang-barang privasi korang tu, takyah tunjuk-tunjuk.

2. Tudung Nampak Bayang Rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung. Memang ada pelbagai fesyen tudung wanita yang tidak tahu aku nak ulas camna.

3. Pertuturan Lancang dan Ketawa Mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak. Kadang-kadang kalau restoran tu, suaranya mengalahkan suara TV yang dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar benda yang tengah dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni.

4. Bertepuk Tampar Dengan Lelaki
Persahabatan antara lelaki Melayu dan perempuan Melayu tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata? Lelaki pun satu hal gak, membenarkan dirinya ditepuk dan ditampar oleh wanita. Bukan sedap pun. Sakit wooooo.

5. Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan

Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan ini adalah antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam Melayu. Memang dalam perkara ini kaum lelaki Melayu juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi. Astagfirullah. Malu tu kan mahkota seorang wanita.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Cuma aku rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual.

Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Pahit untuk aku katakan, tapi pahit itu lah ubat. Untuk lelaki yang membaca ni, ingatlah, korang nanti akan ditarik oleh golongan wanita ke neraka jika bersikap dayus.
sumber : http://selongkar10.blogspot.com/

Wanita Ini Mengalami Ketagihan Mencabut Bulu Yang Kronik



Mencabut bulu ,jika dilakukan terlalu kerap akan menyebabkan ianya menjadi satu ketagihan pada sesetengah orang.itu lah yang berlaku kepada Charlotte Starling yang mengidap dermatillomania iaitu ketagihan mencabut bulu.

Charlotte Mencabut apa sahaja bulu dibadan nya akibat ketagihan yang melampau hingga kan seluruh tubuhnya mengalami luka-luka.tidak kira dibahagian kaki,perut,tangan atau dimana2 saja bahagian tubuh termasuk kening.

Pada awalnya dia hanya merias keningnya untuk kelihatan cantik namun lama kelamaan dia merasakan perlu mencabut bulu diseluruh tubuhnya untuk kelihatan sempurna.

Dalam usaha menangani masalah ketagihan tersebut tunang Charlotte,Martin Thompson menyembunyikan semua alatan mencabut bulu yang kerap digunakan oleh Charlotte namun akibat tidak dapat mengawal diri dia mula menggunakan pisau,jarum dan dia snggup menyimpan kuku supaya tajam dan boleh digunakan untuk mencabut bulu.

Menurut Charlotte walaupun bulu tersebut baru tumbuh dan kecil dia akan berusaha mencabut bulu itu walaupun kulitnya mula berdarah dan dia cuma akan berasa lega bila bulu tersebut berjaya dicabut.

Paling mengejutkan dia juga akan memcabut bulu walaupun berada di tempat awam disebabkan tidak dapat mengawal diri.bahagian payudara adalah bahagian yang paling mengalami luka paling teruk.kerap kali pakaian dalam nya dipenuhi tompok2 darah yang banyak dan dia akan segera mencuci pakaian dalam sebelum tunangnya pulang kerumah.
sumber: http://www.dianarashid.com/

Upah Orang Bunuh Bapa Untuk Warisi Harta



Nanjing: Seorang wanita di sini ditangkap kerana di wakwa menggunakan khidmat pembunuh upahan untuk membunuh bapanya bagi membolehkan dia mewarisi harta lelaki itu.

Polis menangkap wanita berkenaan yang dikenali dengan nama keluarganya Hu dan seorang suspek pembunuh upahan berusia 19 tahun bernama Zheng, lima jam selepas mayat bapa Hu ditemui mati di kediamannya, kelmarin.

Hu didakwa menghubungi Zheng menerusi Internet dan menawarkannya sejumlah wang untuk membunuh bapanya selepas mereka bertengkar.

Menurut ibu Hu yang sudah bercerai dengan mangsa sejak lebih 20 tahun lalu, anaknya merancang pembunuhan itu untuk mendapatkan harta si mati.

Menurut akhbar Modern Express, mendapatkan khidmat pembunuhan di China begitu mudah. Seorang wartawan yang menyamar pelanggan hanya diminta membayar 100,000 yuan (RM50,000), harga biasa bagi membunuh seseorang. 
sumber : http://pistolnakal.blogspot.com/

9 Gambar Pembinaan Jalan yang Mengikut Resmi Alam...!!!

Pembinaan jalan, atau sesuatu bahan binaan tu bergantung pada keadaan sekelilingnya juga...Tapi apa kan daya kalau tumbuhan semulajadi itu menjadi sesuatu yang dihargai dan sukar untuk di lupuskan....







Menakjubkan - Kerana sebatang pokok...Jalan dibina membengkok pokok itu...

Sebatang dahan pokok yang jatuh...









Opss..Yang Ni mesra alam ke FAIL..?? hehe
sumber : http://selongkar10.blogspot.com/

Kaka Azraff Cuba Lari Daripada Bayangan Ella

Zizan dan Kaka

Penyanyi Kaka Azraff mengakui cuba untuk berdiri sendiri tanpa disamakan dengan identiti Ratu Rock Negara, Ella yang juga merupakan ibu saudaranya.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 24, berkata, ia bukan satu perkara yang mudah kerana dia dibesarkan dengan lagu-lagu wanita tersebut.

"Pertalian darah mungkin menyebabkan kami banyak persamaan sehinggakan sekarang masih lagi ada yang mengatakan cara saya bercakap atau menyanyi seperti Ella.

"Saya dibesarkan dengan lagu-lagu dia dan keluarga kami memang sangat mengidolakan dia, mungkin itu yang membuatkan saya sukar lari daripada bayangan dia," katanya kepada mStar Online.

Tambah Kaka, dia mengambil keputusan untuk berdiri sendiri dan bernaung di bawah syarikat pengurusan Wirefame Entertainment sebagai satu cara untuknya membentuk imej tersendiri.

"Kalau saya mahu mungkin saya boleh sahaja duduk di bawah pengurusan Ella tapi saya sedar nanti saya lebih terikut-ikut sepertinya," katanya.

Tambah Kaka, hampir dua tahun berada dalam industri seni, dia semakin matang dalam menentukan hala tujunya sebagai penyanyi.

Kaka yang baru sahaja melancarkan single duet terbaharu bersama Zizan Raja Lawak berjudul Infiniti Cinta mengakui selesa bekerjasama dengan Zizan.

Namun begitu Kaka menolak dakwaan dia ingin menumpang populariti pelawak tersebut dalam mencipta nama sebagai penyanyi.

"Lagu ini adalah kesinambungan lagu Bawaku Pergi dan saya dan Zizan memang sudah merancang untuk berduet bersama sekali lagi selepas single pertama itu mendapat sambutan menggalakkan," katanya.
sumber : http://mstar.com.my/

Saiful Apek Dan Rakan Bebas Dari Tuduhan Ganja

Saiful Apek hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memasukkan ganja dalam badan, tiga tahun lalu.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid turut membuat keputusan yang sama terhadap tiga lagi rakan tertuduh iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.
sumber : Kezoom

Zain Saidin Mohon Maaf Pada Yang Berkecil Hati


Zain Saidin hari ini memohon maaf kepada mana-mana pihak yang berkecil hati kerana tidak menjemput ke majlis merisik antara dia dengan aktres Rozita Che Wan, 40, yang diadakan di Carcosa Seri Negara pada hari Ahad (semalam).

Menurut Zain lagi, dia tidak berniat untuk menyembunyikan majlis berkenaan sebaliknya ia diadakan secara kecil-kecilan melibatkan ahli keluarga terdekat sahaja.

“Saya memohon maaf kepada mana-mana pihak termasuklah kawan-kawan artis, rakan-rakan media atau sesiapa sahaja yang berkecil hati kerana saya tidak menjemput mereka.

"Saya nak jelaskan, ia hanya majlis merisik. Bukan bertunang. Hanya keluarga terdekat sahaja yang hadir,” katanya ketika menghubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Zain berkata, pada majlis yang diadakan kira-kira pukul 3 petang itu, hanya 20 ahli keluarganya hadir manakala keluarga Rozita pula seramai 30 orang.

Pada majlis itu dia turut menghadiahkan sebentuk cincin sebagai tanda untuk memiliki Rozita.

Ditanya mana mungkin majlis berkenaan diadakan secara kecil-kecilan kerana ia diadakan di sebuah lokasi yang gah, Zain berkata, ia kelihatan seperti meriah kerana majlis itu ditaja banyak pihak melibatkan dekorasi dewan, pakaian, solekan dan khidmat jurugambar.

“Saya buat majlis itu selepas dapat ‘sponser’ melainkan dewan sahaja (bayar). Saya berjanji, pada majlis bertunang dan nikah yang akan diadakan serentak pada Disember depan, saya dan Rozita akan membuat jemputan rasmi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zain turut memberitahu pihaknya masih mencari tarikh sesuai untuk mengadkan majlis pernikahan kerana ada beberapa lokasi yang dipilih mempunyai acara lain yang sudah ditempah awal.

Sementara itu Zain berkata dia akan mula bercuti pada November depan untuk memberi tumpuan kepada majlis pernikahannya selepas pulang mengdakan penggambaran telefilem Oh My English di Amerika Syarikat.

Menurut laopran awal, Zain dan Rozita dikatakan bercadang untuk bernikah di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Rozita yang pernah berkahwin sebelum ini mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezra, yang berusia 15 tahun.
sumber : Kezoom

Ayu Raudhah Sarungkan Cincin Merisik ke Jari Che Ta



Adik kepada pelakon kontroversi Rozita Che Wan atau Che Ta iaitu Ayu Raudhah telah menyarungkan sendiri cincin bertakhtakan berlian di jari manis kakaknya itu ketika majlis merisik pelakon berkenaan.

Pengurus Che Ta ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, sesi itu membuktikan bahawa pelakon berkenaan telahpun dirisik oleh pelakon kacak, Zain Saidin di Hotel Carcosa Seri Negara, petang semalam.

"Kalau nak kata Che Ta bertunang, tak tepat sekali. Kerana cincin itu telah disarungkan oleh Ayu Raudhah pada majlis berkenaan dan bukannya ibu Che Ta sendiri.

"Tambahan lagi, Zain Saidin hanya muncul selepas semua acara selesai. Bukannya sebelum atau selepas majlis berlangsung seperti mana kebanyakan majlis bertunang," kata

Afeeq Iqnarcio menjawab isu kontroversi yang mengatakan artis di bawah pengurusannya itu telah bertunang dengan pelakon Zain saidin, petang semalam.

Afeeq berkata, majlis tertutup itu telah dihadiri hampir 50 tetamu iaitu keluarga terdekat sebelah pihak perempuan dan juga pihak lelaki.

Tambahnya, keluarga Zain Saidin telah diwakili ibu pelakon Oh! My English berkenaan termasuk kakaknya, Shaha Saidin.

"Itu hanyalah majlis merisik dan majlis bertunang akan dilangsungkan pada hari yang sama untuk majlis persandingan nanti.

"Bagaimanapun tarikh yang sah masih belum ditetapkan kerana semuanya berpandukan kepada kekosongan bagi kedua-dua belah pihak. InsyaAllah pihak kami akan memaklumkan kepada pihak media," katanya mengesahkan keadaan.

Rozita Che Wan kelihatan anggun dengan persalinan tajaan Qudyn, solekan dari Amy Janz dan tidak ketinggalan suasana dekorasi acara dari Kuntum by Najeeb.
Ayu Raudhah Sarungkan Cincin Merisik ke Jari Che TaAyu Raudhah Sarungkan Cincin Merisik ke Jari Che Ta

Ayu Raudhah Sarungkan Cincin Merisik ke Jari Che Ta
sumber : http://www.murai.com.my/

Nur Fazura Kini 30 Tahun, Kekal Cantik Dan Menawan

Kalau pertama kali bertemu Nur Fazura, pasti korang beranggapan umurnya sekitar 25 tahun. Masih tampak muda. Rupa-rupanya Fazura pada 27 September yang lalu telah menyambut hari jadinya yang ke 30. Selamat hari lahir dan semoga panjang umur diucapkan kepada pelakon yang masih maintain cantik menawan ini.

Pasti Fazura turut tidak sabar untuk bergelar isteri kepada seseorang. Semoga cepat dipertemukan jodoh. Semoga berjumpa dengan lelaki yang benar-benar memahami diri anda. Pasti ramai yang mahu memiliki Fazura secara sah, namun pilihan yang tepat harus dilakukan olehnya.

Semoga Fazura akan terus berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburinya. Kekalkan sikap mesra, merendah diri dan charming anda. Selamat hari Fazura. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.



fazura kahwin
sumber : http://beautifulnara.com/

Kisah Seorang Nenek Tua Melahirkan Bayi Batu

Kisah ini mungkin terdengar luar biasa dan mustahil. tapi ini adalah kisah nyata. Dalam sebuah literatur kesihatan terkini, terdapat kes di mana seorang wanita melahirkan bayi batu.

Pada tahun 1955 tepatnya, di desa kecil Casablanca, seorang wanita muda berusia 17 tahun, bernama Zahra Aboutalib menjalani prosesi kelahiran yang sukar. Selama 48 jam, menjalani persalinan, bayi yang dikandungnya, tak juga keluar. Sehingga Zahra dilarikan ke rumah sakit oleh keluarganya.

Namun, ketika melihat seorang wanita meninggal akibat persalinan, Zahra melarikan diri dari rumah sakit. Seperti dipetik dari Boldsky, ia takut akan mengalami nasib yang sama.

Berhari-hari ia menahan sakit, yang ajaibnya lalu berhenti dengan sendirinya. Zahra pun mempercayai mitos bahawa ia mengalami 'bayi tidur'.

Untuk mendapatkan anak, Zahra memilih jalan adopsi. ia telah menerima pakai tiga orang anak. Saat ini usia Zahra telah memasuki 75 tahun, ia kembali merasakan sakit perut.

Perut Zahra yang besar, doktor mengira jika wanita tua itu menderita tumor ovari. Saat dilakukan scan, doktor terkejut kerana ada bayi dalam perut nenek tersebut. Bayi berkembang di luar rahim dan menyatu dengan organ.

Dalam dunia perubatan, dikenal dengan Lithopedion atau yang dikenal dengan bayi batu. Fenomena ini berlaku selepas janin yang meninggal tak dikeluarkan dari rahim, dan untuk menghindarkan tubuh ibu dari jangkitan akibat busuknya organ sang janin, ia mengalami kalsifikasi atau berubah menjadi batu. Selepas 50 tahun mengandung, Zahra pun melahirkan bayi mumia...
sumber : http://kecikbeso.blogspot.com/

Faiz Khaleed Ada Teman Baru


Peserta program realiti ‘Fear Factor Selebriti Malaysia’, Mejar Dr. Faiz Khaleed hadir ke Malam Gala filem 'Gravity' di TGV, 1Utama dengan seorang gadis jelita baru-baru ini. Mereka kelihatan sangat mesra bersama dan mengambil kesempatan menemubual Faiz untuk bertanyakan siapakah gerangan gadis tersebut.

“Saya sedang mengenali dia. Sudah setahun saya berkenalan dengannya. Nanti apabila tiba masa yang sesuai, saya akan beritahu siapakah gerangan orangnya. Buat masa ini, biarlah saya mengambil masa untuk mengenalinya secara perlahan-lahan terlebih dahulu. Tiba waktu yang tepat nanti, saya akan berkongsi dengan semua,” jelas Faiz berkongsi cerita.

Tidak mahu mengulas lanjut mengenai identiti gadis yang dimaksudkan, Faiz menjelaskan gadis itu dikenali menerusi kawannya.

“Maaf, kalau boleh saya enggan mendedahkan dengan terperinci identiti gadis itu. Saya menghormati dirinya, jadi saya rasa kurang manis jika saya beritahu siapakah dia. Saya mengenalinya daripada rakan saya dan dia bukan dalam bidang yang sama dengan saya,” tutur peserta program realiti ‘Masterchef Selebriti Malaysia’ musim pertama ini.

“Apa yang boleh saya katakan sekarang ialah saya selesa berkawan dengan dia. Walaupun dia bukan berasal dari latar belakang yang sama, tapi dia sangat memahami kerjaya saya. Kalau saya sedang bekerja, saya tidak boleh selalu menghabiskan masa dengan dirinya dan dia maklum dengan perkara tersebut,” ujar Faiz yang dikatakan pernah menjalin hubungan dengan pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain sebelum ini.

Ketika diajukan soalan adakah dia sudah bersedia dengan pertanyaan orang ramai mengenai siapakah gadis tersebut apabila Faiz membawa dia bersama-sama menghadiri acara seperti ini, Faiz ada penjelasannya yang tersendiri.

“Saya tidak mahu sorokkan hubungan ini. Tapi pada masa yang sama, saya mahu hormati privasi dia juga. Saya belajar daripada pengalaman sebelum ini. Apabila hubungan ini diberitahu sebelum masanya, akan ada tekanan yang berlaku. Jadi biar begini sahaja,” jelas Faiz mengakhiri perbualan.
sumber : http://www.gua.com.my/

Memandu Boleh Rosakkan Ovari?

Seorang ulama terkemuka di Arab Saudi mendakwa bahawa memandu boleh memberi kesan sampingan kepada golongan wanita termasuk merosakkan ovari selain menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah klinikal.

Jumaat lalu, dalam satu wawancara yang dipaparkan di dalam laman sesawang sabq.org, Sheikh Saleh al-Lohaidan turut menyokong hujahnya itu bersama dengan kajian perubatan yang menunjukkan perbuatan memandu sebenarnya memberi kesan secara terus kepada ovari selain menolak pelvis ke atas.

"Perkara ini dapat dilihat dengan jelas kerana wanita yang memandu secara kerap biasanya akan mempunyai anak yang mengalami pelbagai masalah klinikal," jelasnya menurut laporan Reuters.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu susulan daripada tindakan beberapa aktivis yang mengadakan kempen baru untuk membantah larangan tersebut pada 26 Oktober depan.
sumber: sinar harian 

Nad Zainal Enggan Komen Isu Bersekedudukan



Pelakon yang sedang mengukir nama, Nad Zainal, enggan mengulas lanjut apabila diajukan dengan soalan berkaitan gosip. Jelas Nad dia tidak mahu memanjangkan sesuatu isu dengan memberikan komen.

Kenyataan ini diberikan Nad ketika diminta mengulas tentang desas-desus yang mendakwa dia bersekedudukan dengan teman lelaki dan lari dari set penggambaran kerana tidak ingin berlakon di samping bekas teman lelakinya, Amar Asyraf.

“Saya mempunyai prinsip yang mana jika saya kata tak nak, maka saya tak nak. Kalau boleh saya juga tidak mahu memanjangkan isu ini dengan memberikan komen,” ujar Nad yang ditemui usai pementasan 'Maduku Kalut' di Istana Budaya baru-baru ini/

Mengulas tentang pembabitannya dalam pementasan 'Maduku Kalut', Nad mengakui dia sememangnya mendapat kepuasan beraksi di pentas teater berbanding berlakon di layar perak. Malah, Nad meluahkan rasa rindunya berlakon teater kerana hampir setahun tidak beraksi di pentas idaman ramai pelakon itu.

“Saya seperti mengalami kejutan budaya kerana hampir setahun tidak berlakon teater. Sudah lama tak berlakon teater, saya merasa begitu kekok dan gementar, namun berlakon di samping kawan-kawan menyenangkan proses tersebut,” ujar berkongsi cerita.

Memegang watak sebagai Mimi yang merupakan seorang isteri yang mempunyai perwatakan manja, Nad mengakui agak sukar membawakan watak tersebut. Dia membuat sedikit kajian kerana tidak pernah membawakan karakter manja sebegitu.

Selain menonton filem-filem Hollywood yang berkonsepkan ‘chick flick’, Nad juga menukar suaranya menjadi lebih manja dan lembut bagi menjayakan karakter Mimi.
sumber : http://www.gua.com.my/

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved