[x]

Fan Club Dibubarkan, Johan As’ari Hilang Peminat Serta Merta?

on Friday 4 July 2014


Terkejut Murai Batu apabila ada salah seorang rakan Murai Batu yang juga follower akaun kelab peminat pelakon, Johan As’ari iaitu Johan Asari Fan Club memberitahu kelab itu telah dibubarkan.

Betul ke dibubarkan? Tetapi mengapa dibubarkan? Tu yang membuatkan Murai Batu pelik. Tapi menurutnya, satu nota telah dimuat naik oleh pengurus kelab peminat itu yang mengumumkan ianya dibubarkan berkuatkuasa serta merta semalam.

Berikut merupakan nota yang dimuat naik dalam akuan Instagram kelab tersebut.

“2 Julai 2014

Saya selaku pengurus kelab JAFC (Johan Asari Fan Club) dengan ini mengumumkan bahawa kelab JAFC dibubarkan berkuatkuasa serta merta. Segala bayaran ahli rasa tidak berbaloi boleh dituntut sehingga 31 Julai, Terima kasih”

Murai Batu pun tak pasti mengapa kelab peminat yang telah ditubuhkan sejak 3 tahun lalu itu boleh dibubarkan begitu sahaja kerana Murai Batu lihat pemiant mereka aktif juga melakukan aktiviti bersama artis kegemaran mereka itu.

Adakah hubungan Johan dan peminanya kini sudah tidak baik atau ianya hanya masalah dalam kelab itu sendiri? Murai Batu pun tidak dapat pastikan.

Murai Batu harap dengan terbubarnya kelab ini, Johan tidak lah hilang peminat dan segeralah menyelesaikan masalah di ntara mereka kerana peminat dan penyokong juga membantu dalam kerjaya setiap artis.
sumber:http://zamrispoon.blogspot.com/

Nora Danish Beramal Dengan Jual Karipap Frozen Neno Puff


Makin galak nampaknya pelakon genit Nora Danish melibatkan diri dalam bidang perniagaan di bulan Ramadan ini.

Selepas berkolaborasi dengan Fashion Valet dengan mengetengahkan koleksi pakaian rayailhamnya, terbaharu Nora juga menjual karipap frozen pelbagai inti, resipinya dan kekasih hati, Nedim Nazri yang mana sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada pihak yang memerlukan.

Neno Puff terdapat dalam tiga pilihan inti iaitu ayam, daging dan daging bercili dan setiap bungkusan yang mengandungi 10 biji karipap dijual pada harga RM10.




Proses pengedaran kepada pelanggan yang menempah terlebih dahulu akan dilakukan pada setiap hari selepas solat tarawikh sehingga waktu sahur mengikut lokasi yang telah ditetapkan oleh Nora.

Kalau anda nak merasa air tangan pelakon kegemaran anda ni, janganlah lupa membeli sambil beramal dengan menghubungi nombor 0169962970 untuk membuat sebarang tempahan! –MYNEWSHUB.MY

Pengemis Asing Mampu Tinggal Di Hotel 3 Bintang



Pengemis asing di ibu negara didapati mampu tinggal di hotel tiga bintang menggunakan hasil sumbangan orang ramai, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata maklumat itu didapati hasil siasatan beberapa agensi kerajaan ke atas golongan pengemis di bandar raya ini.

Oleh kerana itu, kerajaan memutuskan untuk mengambil tindakan tegas ke atas pemberi sedekah bagi memastikan sumbangan wang itu benar-benar diberikan kepada golongan yang memerlukan, katanya.

“Kita tak mahu pengemis di sepanjang jalan. Kita juga nak hentikan kegiatan sindiket (pengemisan). Saya tahu ada sindiket yang hantar budak-budak, (warga) Rohingya dan orang asing untuk dapat duit dan dia pula jadi tauke,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataannya semalam berhubung tindakan kerajaan untuk mewujudkan peraturan bagi mendenda pemberi sedekah di ibu negara bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Jika kita dapat tangkap pemberi sedekah, mereka akan didenda RM150 dan diberikan resit bernombor. Wang itu akan dikumpulkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan akan disalurkan kepada golongan miskin,” katanya.


Tengku Adnan berkata, undang-undang kecil dan prosedur operasi standard mengenai perkara itu akan diperkenalkan dalam tempoh seminggu dua lagi.

Tegasnya, mana-mana pihak atau individu yang ingin bersedekah boleh menggunakan saluran seperti pusat pungutan zakat, majlis-majlis agama atau persatuan berkaitan untuk tujuan itu.

Bagi tujuan sama, pusat-pusat yang memberi makan kepada golongan gelandangan juga perlu berpindah dari pusat bandar raya bermula minggu depan atau bakal didenda dalam usaha membersihkan ibu kota daripada pengemis dan gelandangan, katanya.

Beliau berkata pusat-pusat itu kini tidak lagi dibenarkan untuk beroperasi di dalam lingkungan duakilometer dari kompleks membeli belah Lot10 di Jalan Bukit Bintang.

Tengku Adnan juga berkata pihaknya telahpun mendapatkan pekerjaan untuk golongan gelandangan dan pengemis ini, tetapi mereka ini didapati “malas” dan enggan meneruskan kerja yang telah diberikan.

Selain itu, usaha kementerian untuk mewujudkan pusat perlindungan untuk golongan itu didapati akan menyebabkan mereka rasa puas dan tidak mahu bekerja, katanya.

“Imej bandar raya ini sangat buruk. Jika kita tidak ambil tindakan itu, masyarakat akan menjadi tidak berdisiplin,” jelasnya apabila ditanya sama ada beliau terlalu tegas dalam keputusannya kali ini.

Tengku Adnan turut melahirkan kebimbangan dengan wujudnya komuniti pengemis dan gelandangan di ibu kota, yang akan menyebabkan masalah kebersihan yang boleh menggalakkan pembiakan nyamuk aedes dan tikus.

Kementerian melalui DBKL akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai agensi berkaitan untuk melaksanakan ‘pembersihan’ itu, katanya. – BERNAMA
sumber:http://mynewshub.my/main

Bas terbalik, Tujuh Penumpang Selamat

on Thursday 3 July 2014


Tujuh penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 234, Lebuhraya Utara Selatan (Plus), petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, bas yang dalam perjalanan dari Kamunting ke Kuala Lumpur itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

Rempuhan kuat itu mengakibatkan bas dua tingkat itu masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah kereta.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus berkata, keadaan bas yang terbalik mengakibatkan lorong kiri laluan terhalang dan berlaku kesesakan.

“Setibanya di tempat kejadian, kita terus memeriksa keadaan dalam bas bagi memastikan tiada mangsa yang tertinggal atau tersepit, Alhamdulillah semuanya penumpang bas termasuk pemandu kereta selamat tanpa sebarang kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam pada itu, seorang saksi kejadian yang berada di kawasan itu terkejut apabila melihat bas tersebut terbalik dan menutup keseluruhan laluan kiri lebuh raya.

“Jika dilihatkan pada keadaan bas itu, saya bimbang mungkin ada penumpang yang maut atau cedera parah tetapi saya lega apabila mendengar tiada kecederaan serius dalam kemalangan itu.

“Begitu pun, kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk sepanjang beberapa kilometer kerana bas yang melintang di atas jalan itu menutup satu laluan,” katanya. 
sumber:– Sinar Harian Online

Luis Suarez jadi pembuka penutup botol


Insiden gigitan Luis Suarez kepada pemain Itali, Giorgio Chiellini, menjadi inspirasi bagi menghasilkan produk pembuka penutup botol unik. Unik kerana pembuka tutup botol ini memaparkan Suarez sebagai modelnya, ditambah "gigitannya" yang terkenal itu.

Tidak diketahui syarikat yang membuat produk tersebut. Tetapi, pembuka penutup botol ini telah dijual di pasaran dengan harga 6.5 Pounds bahkan juga boleh didapati di laman lelongan popular, eBay.

Seperti yang diketahui, Chiellini menjadi "mangsa" ketiga aksi buruk Suarez di padang. Sebelumnya, penyerang Uruguay itu pernah menggigit pemain PSV Eindhoven, Otman Bakkal, ketika mewakili Ajax Amsterdam yang berkesudahan pada sekatan tujuh kali larangan bermain.

Pindah ke Liga Inggeris dan bergabung bersama Liverpool, Suarez sekali lagimencari "mangsa". Pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic pula menjadi mangsa gigitan di lengannya. Suarez dihukum 10 kali larangan bermain kerana insiden tersebut.
sumber:http://realitiabadi.blogspot.com/

Gempar! Makhluk Mirip Watak Gollum di "The Lord of the Rings" Ditemui Sedang Terkencing.

Berhati-hatilah jika anda berada di luar rumah ketika memakai pakaian aneh. Sebabnya ada seorang pelancong di Beijing, China, terkejut bukan main ketika melihat makhluk mirip monster ketika berkhemah.

Pelancong tersebut berkhemah di lembah kawasan Huairou, dekat Beijing, ketika melihat makhluk mirip watak Gollum di "The Lord of the Rings" itu. Makhluk aneh itu kelihatan sedang kencing ketika gambarnya diambil. Foto makhluk tersebut juga menghebohkan dengan pelbagai spekulasinya begitu dimuat naik ke internet.

Namun tidak perlu bimbang, makhluk itu ternyata adalah manusia biasa. Seorang penduduk tempatan mengaku itu fotonya saat memakai pakaian untuk keperluan penggambaran di gunungtersebut. Lagipula memang setakat ini tak ada laporan penampakan makhluk aneh di sana.

"Hujung minggu lepas aku dan temanku pergi ke gunung untuk membuat filem sci-fi pendek," tulis orang yang mengaku sang pelakon tersebut. "Ketika aku sedang kencing tiba-tiba muncul seseorang dan mengambil gambar kemudian pergi begitu saja."
sumber:http://zamrispoon.blogspot.com/

Inilah Manusia Dengan Mulut Paling Besar Di Dunia



Francisco Domingo Joaquim yang lebih dikenali sebagai Chiquinho, sejak tahun 2008 telah menjadi sensasi dunia maya apabila video tarikan aksi mulut yang luar biasa diperagakan olehnya dan menjadi virus di Youtube. Ia mampu membuka rahang mulutnya hingga sangat lebar. Oleh kerana, video tarikan Domingo Joaquim telah dilihat beribu-ribu kali oleh penonton dunia maya. Akan tetapi baru pada tahun 2010Guinness Book of Records akhirnya dapat mengesan kewujudan tempat tinggalnya di Angola. Francisco dicatat oleh Guinness Book of Records dan dinobatkan menjadi orang dengan mulut terbesar di dunia.

Untuk membuktikan tidak ada yang palsu tentang reputasinya, Francisco menyertai dalam pertandingan di Itali yang dikenali sebagai "Big Mouth". Pada pertandingan yang digelar di bandar Roma itu, rahang dan Mulut Manusia Paling Besar di Dunia ini benar-benar diuji. Para peserta dikehendaki meletakkan segala macam benda-benda aneh di mulut mereka, termasuk pinggan, cawan kopi, botol. Tapi tidak ada yang boleh mengalahkan Francisco Domingo Joaquim alias Chiquinho. Francisco Domingo Joaquim pun dengan mudah memenangi pertandingan itu berkat mulutnya yang boleh melebar hingga hampir 17 cm.


sumber:Dairishare

Padah menunggang sambil berbual telefon


Padah menunggang motosikal sambil berbual telefon, seorang lelaki patah kaki kanan akibat merempuh sebuah kereta dalam satu kemalangan di Batu 3, Parit Kasa, Jalan Sempadan, di sini, semalam.

Menyedihkan, dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, sebahagian kaki kanan mangsa yang berusia lingkungan 20-an hancur.

Pemandu kereta, Abdul Rahman Bahari, 65, berkata, dia bersama lima ahli keluarga lain termasuk seorang bayi sedang dalam perjalanan ke Sungai Bakau dari pekan Pusat Bandar.

Abdul Rahman berkata setibanya di lokasi kejadian, dia melihat kelibat seorang penunggang motosikal yang menunggang secara melulusebelum memasuki laluan bertentangan.

“Saya nampak dia sedang bercakap menggunakan telefon bimbit tanpa menumpukan perhatian pada jalan raya.

“Saya membunyikan hon pada jarak 20 meter bagi memberi amaran kepada mangsa yang sudah memasuki jalan bertentangan.

“Namun, mangsa tidak menghiraukan bunyi hon dan akhirnya pertembungan kuat berlaku,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian.

Abdul Rahman berkata, kesan pertembungan itu menyebabkan mangsa tercampak, manakala motosikal jenis Suzuki ditunggang mangsa remuk teruk di bahagian hadapan.

Menurutnya, kemalangan itu turut menyebabkan bahagian hadapan keretanya remuk, manakala rim tayar hadapan kanan kereta hancur.

“Selepas bertembung, saya meneliti keadaan ahli keluarga dan bersyukur kesemuanya selamat serta tidak mengalami kecederaan.

“Saya segera meneliti keadaan mangsa dan terkejut melihat keadaan kaki kanan mangsa yang hancur dan parah.

“Mujur dengan bantuan anggota Pertubuhan Sukarelawan Keselamatan dan Kebajikan Islam Kerian (PSKK) yang hadir, ambulans segera dipanggil untuk membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar,” katanya.

Sementara itu, jurucakap PSKK berkata, pertembungan sebuah motosikal dan sebuah kereta itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di lokasi kemalangan.

“Anggota PSKK yang menerima maklumat kemalangan segera menghubungi ambulans untuk rawatan kecemasan bagi mangsa penunggang motosikal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan masih dijalankan.
Sumber: Sinar Harian

Admin FB Kongsi Video Kena Marah Dengan Jabatan Bomba


Admin FB Kongsi Video Kena Marah Dengan Jabatan Bomba

UtamaJuly 3, 2014
2 750


Kedangkalan sebuah laman Facebook menjadikan tindakan Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai gurauan dan bahan ketawa menerima bahananya apabila pengendalinya ditegur oleh pengendali laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Demi menutup malu, pengendali laman Kongsi Video konon-konon memuji diri mereka sendiri selepas kononya rating page mereka naik mendadak selepas melakukan tindakan bodoh itu.

Pengendali Facebook Kongsi Video pada mulanya memuatnaik gambar ahli bomba memasang pita pelekat ke atas rekahan tanah pada kejadian tanah mendap di ibu negara semalam.
“Jalan retak ni (ini), kita sambung guna selotep (pita pelekat) dulu,” katanya dalam penjelasangambar itu.

Jelas ia satu tindakan memperbodoh-bodohkan ahli bomba dan seluruh jabatan berkenaan.

Hari ini laman Facebook bomba bertindak menjelaskan di internet akan kegunaan pita pelekat berkenaan yang digunakan untuk memantau pergerakan tanah sama ada ia tetap atau masih bergerak.
“Salah satu sebab anggota letakkan pita pelekat adalah untuk melihat pergerakan tanah dan bukan untuk jadi bahan gelak ketawa atau gurau senda!!,” menurut status berkenaan di laman Facebook Bomba.

Padan dengan muka, dah kantoi konon-konon cover line..


Menurut laman Facebook Bomba lagi, tanda-tanda bahaya seperti pokok tumbang, rekahan di tanah dan resapan air dari tanah yang menjunam masih bahaya dan sebarang pergerakan jentera berat boleh menyebabkan tanah runtuh.

“Cara itulah antara yang sebaik-sebaiknya untuk mengawasi pergerakan tanah yang sedang berlaku di lokasi tersebut.

“Walaubagaimanapun, langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk menjamin keselamatan awam dan sebarang pergerakan tanah atau mendapan oleh pegawai yang menjalankan pemantauan,” katanya.

Menurut laman itu, semua teknik pengukuran adalah tertakluk kepada peralatan apa yang digunakan. Semua perkara itu perlu diketahui oleh semua pihak sebelum boleh memberi komen yang berunsurkan gurauan.

“Jika tak tahu bertanya, dan jangan buat-buat TAHU,” selar laman Facebook Bomba ke laman Facebook Kongsi Video. –
sumber: MYNEWSHUB.MY

Pasukan Bola Sepak Algeria Dermakan Wang Bonus Untuk Gaza



Walaupun tewas kepada pasukan Jerman pada pusingan kalah mati, namun kesedihan itu tidak menghalang pasukan bola sepak Algeria daripada mendermakan imbuhan atau bonus mereka sepanjang kemunculan di Piala Dunia 2014 kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Menurut laporan portal Diehardsport.com, pasukan ini yang rata-ratanya beragama Islam telah mengambil keputusan untuk mendermakan wang bonus mereka atas dasar keprihatinan terhadap penduduk Palestin.

Jumlah wang yang didermakan pasukan itu dipercayai sebanyak USD9 juta (RM29 juta) menurut salah seorang pemainnya, Islam Slimani.

Sementara itu, prestasi cemerlang Algeria pada edisi Piala Dunia pada kali ini sangat menggembirakan peminat mereka yang tidak menyangkakan pasukan negara mereka mampu melangkah sehingga ke pusingan kalah mati dan turut memaksa pasukan Jerman untuk bermain di minit-minit tambahan demi menempah slot ke pusingan suku akhir. 
sumber:- MYNEWSHUB.MY

Klip Kelakar … Buku Boleh Belacan Pun Boleh


Klip Pendek di bawah ini mungkin layak menang anugerah klip jenaka Paling Pendek Paling Best kata mana-mana anugerah komedi.

Entah di sekolah mana klip ini dirakam, namun jawapan yang diberikan oleh pelajar berkenaan memang sempoi dan sesiapa sahaja mesti ketawa terbahak-bahak punya bila dengar.

Rasanya guru pelajar bernama Shafika itu la yang merakan klip berkenaan.

Cayalah dik… cuma jangan kerek camni sampai tua dah la… dan jagalah buku-buku yang lain ok.
sumber:mynewshub



Saya Tak Pernah Berhutang – Aliff Aziz

Penyanyi yang sering dilanda kontroversi Aliff Aziz dengan tegas menafikan beliau tidak pernah berhutang dan melarikan ke Singapura untuk bersembunyi daripada masalah itu.

“ Saya memang tidak berhutang, tuduhan yang mengatakan yang saya lari daripada hutang adalah tidak benar dan hanya salah faham semata-mata,” katanya ditemui Murai di Hotel Cititel Kuala Lumpur mempromosikan single duet bersama Siti Nordiana, Tak Ada Cinta Seperti Mu.

Menurutnya lagi, sebelum ini pihak pengurusan pernah memaklumkan kepada beliau dan meminta untuk menjelaskan beberapa tunggakan bayaran bil yang perlu diselesaikan segera.

“ Hanya perlu selesaikan bayaran bil, bukannya hutang seperti mana yang didakwa, saya bukan seperti itu,” tegas Aliff.

Aliff Aziz hanya mampu bersabar dengan setiap kontroversi yang melanda dirinya namun tidak mematahkan semangat untuk terus berkarya dan menyanyi di Malaysia.

“ Saya kalau boleh tak mahu isu-isu kontroversi melanda diri saya tetapi apakan daya, dah menjadi asam garam kehidupan sebagai anak seni, saya harus terima dengan tenang dan sabar.”

Mengenai rambut Aliff yang diwarnakan itu, ia dibuat untuk proses rakaman video klip bersama Siti Nordiana dan hanya untuk tuntutan kerja sahaja.

“ Rambut saya akan kembali seperti dahulu, apa yang saya lakukan kerana mahu menjiwai karakter dalam video klip baru bersama Nana, yang mengunakan latar belakang gelap dan konsep hitam putih, warna rambut saya sebenarnya membantu mencantikkan lagi video klip tersebut.”

Antara perkembangan lain, Aliff Aziz akan melancarkan album terbaru yang ke-4 selepas Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan komposer terkenal tanah air seperti Faizal Tahir dan Kunci Demak.murai.com.
sumber: http://gabancomel.blogspot.com/

Johan As'Ari: Saya Tidak Benci Zizan, Cuma Sekadar Bengang....


Pelakon Johan As'ari akui bahawa Zizan Razak ada menghubunginya menerusi aplikasi Whatsapp selepas dia memberikan kenyataan kepada Harian Metro berhubung isu pembekuan akaun syarikat Wirefame Entertainment Sdn Bhd (WFE) yang juga milik Zizan bersama rakan kongsinya, Marina Juki.

Bagaimanapun ketika ditanya apakah kandungan ‘Whatsapp’ daripada Zizan yang juga bertindak sebagai Pengarah Urusan WFE, Johan hanya tersenyum dan berkata perkara tersebut biarlah hanya dia Zizan sahaja yang tahu.

Menurut Johan dia memberi kenyataan tersebut kepada Harian Metro baru-baru ini kerana kecewa dengan tindakan Zizan yang mengarahkan bank menyekat akaun syarikat.

“Saya bengang kerana perbuatan dia benar-benar menyusahkan kami di WFE. Kebetulan saya memerlukan wang untuk keperluan harian selain melangsaikan bil hospital ibu yang sedang sakit.

“Saya tidak bencikan Zizan, tetapi saya bencikan tindakan dia. Saya sayangkan dia cuma terkilan, kerana dia kawan kami dan sebagai seorang pengarah syarikat, dia perlu profesional dan berfikir lebih bijak sebelum membuat tindakan," katanya kepada Astro Gempak.

Perkara tersebut telah membuatkan Johan dan Kaka Azraf membuat laporan polis di Balai Polis USJ8 Subang Jaya pada 25 Jun lalu.

Johan ditemui pada sebuah sidang media khas yang dianjurkan oleh Pengarah Urusan Wire Fame, Marina Juki di hotel Holliday Villa di sini pada petang Khamis.

Dalam pada itu Johan turut memberitahu kontraknya dengan WFE sudah pun tamat pada Mei lalu dan dalam proses untuk memperbaharuinya.

“Sebenarnya kontrak tersebut masih belum siap dan masih dalam proses untuk disiapkan, tetapi disebabkan kemelut yang berlaku, ia tergendala.

“Saya nak tunggu dulu konklusi masalah ini dan tunggu selesai Zizan dan Marina menyelesaikan masalah Wire Fame barulah saya akan memikirkan semula sama ada mahu menyambung kontrak dengan syarikat itu atau tidak," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Johan bakal muncul dengan filem Juvana 2 dan Juvana 3, Tujuh, Kanang Anak Langkau, Gangster Superstar serta Ophilia.murai.com.
sumber: http://gabancomel.blogspot.com/

Kelar Muka Suami Kerana Suka Kencing Merata


Billings (Amerika Syarikat): Seorang wanita berusia 52 tahun dituduh mengelar muka suaminya kerana kencing merata-rata di bilik air.

Menurut dokumen mahkamah, Shery Lyn Downs ditahan Isnin lalu selepas polis tiba di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, suami Shery yang berusia 68 tahun ditemui duduk di tangga sambil menekap mukanya dengan tuala yang berlumuran darah.

Dia memberitahu polis isterinya cuba mengelar lehernya.

Polis yang memasuki rumah berkenaan menemui darah di ruang tamu dan titisan darah menghala ke bilik tidur.

Shery berada di dalam rumah berkenaan dalam keadaan mabuk tetapi tidak cedera.

Dia mulanya memberitahu polis suaminya mencederakan dirinya sendiri dan mendakwa lelaki itu mencetuskan masalah dengan kencing merata-rata.

Di hospital, mangsa memberitahu isterinya berang kerana dia kencing di atas lantai di bilik air.

Dia berada di dalam bilik tidur apabila isterinya cuba dua kali untuk masuk dengan membawa pisau dan mengugut membunuhnya.

Kali kedua dia masuk ke bilik tidur itu, Shery bertindak mengelar muka suaminya.

Menurut sumber, mangsa luka beberapa sentimeter di muka dan memerlukan pembedahan khas. - Agensi
sumber: http://kopilikat.blogspot.com/

Menakjubkan! Shopping Mall Terbengkalai Dipenuhi Jutaan Ikan .

Sebuah pusat membeli belah kita sebut mall bernama ‘New World’ di Bangkok, Thailand, telah ditinggalkan oleh manusia sejak terbakar pada tahun 1999 (dikhabarkan dibakar oleh pesaing). Seiring berjalannya waktu mall yang sebelumnya dibanjiri oleh orang ramai untuk berbelanja kini dibanjiri air beberapa meter dan menjadi syurga bagi ikan koi dan keli, demikian dilaporkan The Verge .

. Seperti yang terlihat dalam foto-foto, penulis yang mengambil gambar ini, Jesse Rockwell, menyebutnya “akuarium urban”. Rockwell, yang menulis tentang perjalanannya, fotografi, dan blog makanan A Taste of The Road diajak oleh seseorang untuk mengunjungi mall tersebut. Namun, penduduk setempat di kota tua Bangkok “mencegah orang untuk mengunjungi tempat itu.” Mereka mengatakan bahwa dia harus menunggu polis untuk meninggalkan tempat itu sebelum masuk.










sumber: http://gabancomel.blogspot.com/

Langgar Kucing Sampai Mati Kerana BUMPER KERETA PECAH

Jangan tak tahu, di Malaysia ni ada ramai pencinta haiwan terutama kucing yang tak akan biarkan sebarang kekejaman terlepas begitu sahaja.
Maka kesilapan terbesar seorang pengguna Facebook adalah berkongsi status tentang kekejamannya membunuh seekor kucing demi bumper kereta.

Status yang di-up oleh pengguna Facebook menggunakan nama Riey Khazhiema itu berbunyi:
“Malam tadi langgar kucing, patah balik tengok sebab kesian. Tengok hidup lagi. Macam patah pinggang kucing tu. Jap lagi, tengok bumper kereta pecah. PERH! Berasap kepala!
Start engine kereta dengan hati yang panas, langgar balik bagi mampos!! Kejam tak? Tetapi sebab kucing tu yang lintas melulu la bumper aku pecah. Sial la, tak pasal² tukar bumper baru. Nasib baik ada stok bumper. Kalau tak, mau pakai bumper rompong aku dalam minggu ni. Herrmm
2 minggu lagi masok cat plak. Janji sebelum raya siap!. Kopak pun kopak la. Janji sayang aku menawan semula. Kembali segak macam ownernya.”
Sesiapa pun dapat bayangkan betapa kejamnya perbuatan tersebut dan berasa marah apatah lagi pencinta kucing kan?
Ekoran itu status di atas telah disebarkan ke merata laman sosial hingga berduyun-duyun orang datang memaki pemuda ini di Facebook.
Tak cukup itu, maklumat peribadinya turut didedahkan khas buat mereka yang nak pergi belasah dia.
 
Keadaan ini membuatkan Riey Khazhiema memuatnaik status baharu pagi tadi yang dibiarkan ‘public’ untuk membuat penafian bahawa dia telah membunuh kucing sebaliknya mendakwa statusnya itu diedit pihak yang tidak dikenali.
Status berkaitan ‘langgar kucing’ pula telah dipadam.





sumber: http://padawanstreet.blogspot.com/

Felixia Yeap Tidak Benar Liputan Media Majlis Peluk Islam



Model berbangsa Cina, Felixia Yeap tidak membenarkan sebarang liputan media atau publisiti mengenai majlis pengislamannya yang dijangka diadakan pada Khamis.

Enggan mendedahkan lokasi dan masa dia akan memeluk Islam, Felixia, 28, mahu semua pihak khususnya golongan media menghormati niatnya untuk berhijrah.

"Benar saya akan mengucap kalimah syahadah hari ini. Tapi biarlah lokasi dan masanya menjadi hak peribadi saya.

"Apa yang pasti bukan di Hidayah Centre, saya tidak pernah ke sana," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Penegasan bekas model seksi beberapa majalah antarabangsa termasuk majalah lucah, Playboy itu dibuat berikutan salah faham yang timbul kononnya dia gagal muncul di pejabat Hidayah Centre di Taman Melawati, Kuala Lumpur iaitu lokasi dia dikatakan akan memeluk Islam.

Sejak awal pagi Khamis, sekumpulan wakil media hadir ke lokasi berkenaan bagi merakamkan detik penghijrahan Felixia namun kecewa apabila dia tidak hadir.

"Siapa yang sebarkan berita ini? Sebarang penjelasan sila hubungi Hidayah Centre. Apa yang pasti bukan dari saya," katanya.

Pada 27 Jun lalu, Felixia mengumumkan secara rasmi untuk memeluk Islam menerusi akaun Facebooknya selepas beberapa bulan mendalami hal ehwal Islam.

Dia memilih untuk memeluk Islam pada Khamis bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahirannya hari ini yang kebetulan jatuh pada bulan Ramadan.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Anak Peniaga Sedih Ibu Difitnah Jual Kuih ‘Mencarut’


Kami pasti, ada antara anda telah menerima Whatsapp gambar di atas.

Atas niat untuk bergurau agaknya kuih pukis yang dijual makcik ini di sebuah bazar Ramadan di Muar telah dibuang huruf S sekaligus menjadikan nama kuih ini satu carutan.

Apabila dah tersebar di merata tempat terutama menerusi aplikasi mesej Whatsapp, anak makcikini berasa kurang senang lalu bertindak mewakili keluarganya membuat pembetulan nama sebenar kuih yang telah diserongkan.

Dia juga menyatakan perasaan terkilannya dengan tindakan ini apatah lagi gambar yang disebar turut memaparkan wajah ibunya.

Betul juga kata dia, kalau hal ini berlaku pada ibu bapa kita bagaimana perasaannya?

Jadi selepas ini diharap hentikanlah tindakan menyebarkan gambar di atas sekalipun atas niat mahu bergurau.

Kepada sesiapa yang dah terlanjur berbuat demikian, anda bolehlah meminta maaf kepada makcik ini di Bazar Ramadan Sg Abong, Muar kalau mahu.

Sambil tu bolehlah juga rasai sendiri keenakan kuih pukis ini..
sumber: http://mynewshub.my/main

Nak Beli Tudung Fareeda Kena Tunjuk Slip Gaji Adalah Fitnah – Fizo Omar

Semenjak Fizo Omar berkahwin dengan Mawar, macam-macam kontroversi yang melandang jenamatudung Fareeda. Nampak gayanya memang ada pihak yang dengki. Mungkin kecewa tak dapat jadi isteri Fizo kot? Atau mungkin ada yang menaruh hati kepada Mawar tetapi kecewa apabila Mawar memilih Fizo dan bukan dirinya. Kesian  Fizo yang terpaksa tampil buat penjelasan setiap kali timbul kontroversi.

Terbaru kecoh di laman sosial kononnya untuk memasuki butik ekslusif tudung Fareeda, slip gaji selama 3 bulan diperlukan. Amboi. Ini kalah nak masuk butik Chanel, LV dan sebagainya. Sekali dengar pun tahu mengarut dan tipu belaka. Namun macam biasa orang kita memang mudah percaya sampai Fizo terpaksa buat penjelasan. Kata Fizo menerusi Mstar Online.

“Itu semua fitnah dan tuduhan itu langsung tidak berasas. Secara logiknya, mana ada kedai yang meletakkan syarat perlu membawa slip gaji sebelum dibenarkan masuk kedai?

Butik-butik berjenama mewah pun tidak meletakkan syarat seperti itu. Bagi saya gosip itu adalah khabar angin kosong yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik syarikat.

Biasalah, apabila sesebuah jenama barangan sudah menjadi popular, mulalah ada yang dengki. Rasanya itu adalah satu perkara normal yang terjadi kepada mana-mana perniagaan


Apa pun, orang Melayu memang dari dulu terkenal dengan hasad dengki dan tak boleh tengok orang lain lebih maju berbanding dirinya.
sumber: http://beautifulnara.com/

Nasihat Ustaz Kazim Pada Artis Bertudung

Ustaz Kazim Elias menasihati artis-artis berhijrah iaitu mereka yang berhijab agar tidak sekadar tampil dengan pertukaran imej semata-mata tetapi hendaklah mendalami ilmu agama Islam secukupnya.

Ustaz Kazim atau nama sebenarnya Mohammad Kazim Elias, 42, berkata, perkara itu sebenarnya satu petanda yang baik kerana golongan berkenaan adalah ikon kepada peminat.

"Alhamdulillah… bagus ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikkan kerana ia dapat mempengaruhi peminat mereka untuk melakukan perkara sama tetapi biarlah ia disertai dengan ilmu agama yang cukup.

"Jangan hari ini beritahu sudah berubah lalu mengenakan tudung dan terus hendak menjadi seorang ustaz atau ustazah kerana banyak perkara yang perlu didalami mereka terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online.

Ustaz Kazim ditemui pada sidang media
program

Kembara U.K.E yang diadakan di Berjaya Times Square di sini pada Rabu.

Tambah Ustaz Kazim, jika golongan berkenaan tidak mempunyai ilmu yang cukup, ia dibimbangi akan meninggalkan kesan sekiranya sesuatu kenyataan yang dibuat akan memakan diri sendiri.

Jelasnya lagi, artis yang berhijrah sepatutnya mempelajari ilmu agama Islam daripada guru bertauliah agar perubahan yang dilakukan menjadi lebih sempurna selain ia dilakukan kerana Allah.

"Jika asas dalam bidang agama tidak cukup bagaimana hendak berceramah kepada orang lain malah ia boleh menjadi risiko besar.

"Tambahan pula dengan teknologi hari ini apa yang kita perkatakan dalam masa lima minit ia akan tersebar di laman sosial dan YouTube. Jadi golongan ini harus berhati-hati dan belajar terlebih dahulu," katanya.

Bagaimanapun Ustaz Kazim meminta agar masyarakat tidak mudah menjatuhkan hukuman dan mencari keburukan golongan tersebut. 
sumber: kezoom

Emma Maembong Juga Akan Bertudung Tidak Lama Lagi

Emma Maembong ini kalau bertudung memang lagi cute, comel dan memikat hati. Untunglah Zizan kerana bakal isterinya ini mengesahkan akan mengikut jejak langkah Neelofa untuk bertudung dalam masa terdekat. Sebelum ini Emma sering berkongsi gambarnya dengan imej bertudung dan telah berjaya mencairkan jutaan hati para jejaka dengan ‘pose’ cutenya. Memang boleh tangkap cintan bro!!!

Walaupun tidak diketahui tarikh sebenar penghijrahan ini akan dilakukan, Emma Maembong memaklumkan yang dia sudah pun memasang niat untuk bertudung. Kata Emma menerusi UtusanMalaysia:-

Dalam waktu terdekat (akan bertudung). Saya tidak menolak sudah mempunyai niat tersebut, ia akan terlaksana tidak lama lagi. Jujur saya katakan selesa bertudung, tetapi buat masa ini saya tidak mahu umum apa-apa lagi.

Alhamdulillah nampaknya gelombang menutup aurat di kalangan selebriti wanita tempatan semakin kuat. Semoga perubahan ini akan memberi impak kepada dunia hiburan kita. Selepas ini pengarah dan penerbit drama kenalah betul-betul buat skrip yang sesuai dengan imej baru pelakon-pelakon ini. Janganlah bertudung tetapi bila berlakon sentuh sana sentuh sini tanpa segan silu. Tak gitu? 
sumber:http://beautifulnara.com/

Ibu Mengucap Lihat Anak Mengerang Lepas Di Tikam

“Beberapa kali saya ‘mengucap’ apabila melihat keadaan anak yang mengerang kesakitan dengan bajunya penuh darah selepas ditikam. Tak sangka dia (abang) sanggup bertindak begitu,” kata Cik Muji Ramli, 41, ibu kepada seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang ditikam dua kali oleh bapa saudaranya di Jalan Bayam, di sini, kelmarin.

Akibat tikaman itu, Mohamad Danish Aidid Yahaya cedera di pinggang kiri dan kanan dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut dan disahkan stabil selepas menerima beberapa jahitan.

Mengimbas detik cemas itu, Cik Muji berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang ketika anak bongsu itu bermain di belakang rumah, sebelum abangnya yang berusia 44 tahun datang menghampiri sambil membawa pisau.

“Sebelum itu, abang tiba-tiba mengamuk kerana perkara yang saya sendiri tidak faham sebelum ke dapur mengambil pisau pemotong sayur, sebelum menikam pinggang kanan Mohamad Danish.

“Abang juga sekali lagi menikam pinggang kanan anak selepas menyeretnya masuk ke dalam rumah. Saya terkejut ketika itu apatah lagi lihat anak meraung kesakitan dengan baju berlumuran darah.

“Saya tak mampu buat apa-apa kerana ketika itu abang masih memegang pisau. Namun, saya nekad mengambil Mohamad Danish dan lari meminta bantuan jiran,” katanya ketika ditemui di HRPZ II, di sini, semalam.

Cik Muji berkata, sepanjang perjalanan ke hospital menaiki ambulans, dia hanya mampu mengucap beberapa kali berikutan tidak sanggup melihat anaknya mengerang kesakitan.

“Alhamdulillah apabila tiba di hospital, doktor memaklumkan kecederaannya tidak serius dan dia hanya menerima dua jahitan saja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman berkata, suspek dipercayai mengamuk kerana tidak menerima wang bantuan RM60 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Difahamkan, sebelum kejadian suspek bertanya ibu mangsa yang baru pulang dari bank mengenai wang bantuan JKM yang masih belum diterima,” katanya. 
sumber:kezoom

Jantung Saya Seperti Terhenti Sekejap, Luah Amy Search Mengenai Kontroversi Nabila Huda

Bak kata pepatah, jaga lembu sekadang lebih mudah daripada jaga anak perempuan seorang. Hati ayah mana yang tidak sedih apabila anak perempuannya tidak habis-habis dilanda kontroversi. Sebagai seorang ayah, pastinya perasaan Amy Search bercampur baur apabila anaknya, Nabila Huda tak habis-habis dihimpit pelbagai cerita yang kurang enak. Diajak masuk Kristian oleh pengikut Instagramnya, muatnaik gambar mesra bersama kekasih hati dan macam-macam lagilah sehingga memaksa Amy mengeluarkan kata-kata kesat di Instagram anaknya itu.

Mengakui memang komen di Instagram itu ditulis olehnya, Amy Search meluahkan isi hati mengenai kontroversi yang tak sudah-sudah menimpa anaknya itu. Kata Amy Search:-

Ya, saya yang tulis. Memang saya yang tulis status itu, bukan orang lain. Sebelum saya bertidak begitu, sebenarnya saya menerima beberapa panggilan daripada wartawan yang meminta saya mengulas mengenai dia (Nabila) yang pergi bercuti dan tentang agama Kristian. Bagi saya, bila dah sentuh bab agama, ianya dah terlalu sensitif.

Saat pihak media bertanyakan pada saya tentang hal dia itu dan berkait pula dengan agama, jantung saya seperti terhenti sekejap. Saya macam hilang akal, saya hilang pertimbangan. Saya tersentak sekejap. Sebelum itu saya tidak tahu apa-apa sehinggalah saya diberitahu oleh wartawan yang menghubungi saya tentang isu itu.

Saya tak menyesal muat naik status itu. Malah saya rasa bertanggungjawab terhadap status itu. Tapi selepas ini, saya minta media jangan lagi cari dan bertanya kepada saya tentang isu yang mengaitkan dia. Selepas ini saya tak mahu lagi memberi apa-apa komen yang mengaitkan kontroversi dia.

Saya dah bosan. Setiap kali isu pasal dia, saya yang kena jawab. Selepas ini, kalau anda semua hendakkan penjelasan tentang apa jua isu yang mengaitkan dirinya, tanyalah tuan badan sendiri. Saya percaya dia sudah cukup dewasa dan dia perlu bertanggungjawab dengan apa saja yang dilakukan. Dia berbakat, jagalah karier dia dan janganlah dia sendiri buka jalan untuk orang bercakap yang buruk-buruk tentang dia.

Saya dah lama tak jumpa dia. Bila isu ni timbul, dia pun tak hubungi saya. Tapi dengan Keisha (anak Abil) selalu juga jumpa. Baru-baru ini, saya ada bawa cucu saya itu pergi bercuti


Sementara itu isteri Amy Search, Nourish juga turut melahirkan rasa sedih terhadap suaminya yang terpaksa berdepan isu sebegini di usia yang sudah tua. Kata Nourish:-

Ketika hari itu, saya ke satu seminar sementara abang Amy ke Raub, Pahang. Tapi bila saya balik rumah, saya hairan sebab Abang sudah berada di rumah. Dia marah- marah dan bengang. Katanya, dia dihubungi media dan diminta komen mengenai isu Nabila dan sekaligus melibatkan soal agama.

Saya cuba tenangkan dia dan berpesan jangan komen apa-apa di laman sosial sebab ia mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Masa tu, saya memang tak tahu lagi yang dia sebenarnya dah muat naik status ‘lepas geramnya’ itu. Sehinggalah kawan saya kirimkan screen caption status tersebut di Wassap saya. Saya terkejut melihat status itu.

Sebagai isteri, saya berasa kasihan pada abang. Dalam usiannya 56 tahun, dia tak sepatutnya berdepan dengan hal sebegini lagi. Lagipun Nabila sudah dewasa dan dia sudah ada kehidupan sendiri.

Tak dinafi dulu abang selalu diam. Apa pun orang kata tentang anak dia, dia diam. Cuma sejak akhir-akhir ini, dia ekspresikan kemarahannya di laman sosial



Kesian kan Amy Search? Itulah tanggungjawab seorang ayah terhadap anaknya. Mungkin di bibir kata tak kisah, tetapi dalam hati tetap sayang dan mengambil berat. Sedih jugak kalau anak sendiri buat tak tahu dan terus menerus mencipta kontroversi. Tak apalah. Banyakkan berdoa lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Semoga hati Nabila Huda terbuka untuk berjumpa dengan Amy Search dan memohon maaf sebelum terlewat. Sama-samalah kita doakan.
sumber: http://beautifulnara.com/

Kes Culik Ini Bukti Van Putih Merayau Cari Organ Cerita Betul?


Walaupun Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan wujud sindiket menculik untuk mengambil organ manusia, berita seumpamanya terus tersebar dipercayai berpunca daripada kes penculikan yang semakin kerap didengar kebelakangan ini.

Terbaru, kes culik seorang remaja turut dikaitkan dengan motif ini.

Kes bermula pada 29 Jun lalu apabila keluarga dan rakan-rakan seorang remaja bernama Aqil telah memohon bantuan menerusi laman sosial untuk menjejaknya yang tiba-tiba hilang.


Mangsa akhirnya ditemui di Bentong, Pahang.

Mengikut cerita dia diculik oleh tiga lelaki dan dibawa menaiki sebuah van putih, dipercayai hendak dibawa ke Thailand mengikut Gua Musang untuk diambil organ.


Mangsa yang tersedar dalam perjalanan bagaimana pun berjaya melarikan diri lalu pergi ke BalaiPolis Bentong sebelum diselamatkan.

Namun, tak pasti pula sama ada benar kenyataan dalam Whatsapp di bawah bahawa pihak polis yang mengesyaki Aqil hendak dibawa ke Thailand memandangkan Bentong adalah laluan ke sana.

Maklumlah, kalau dah KDN nafikan takkanlah ada pula anggota yang boleh beri maklumat mengelirukan pada orang awam kan? Sumber lisan jangan dibuat main-main pada zaman sekarang. Sekejap saja sudah tersebar…


Apa yang dapat kami rumuskan, kes culik Aqil benar-benar berlaku namun sama ada motif penculikan tersebut untuk pengambilan organ masih perlu disiasat.

Kami percaya perkara yang membuatkan sindiket menjual organ dan kes culik ini dikaitkan adalah penggunaan VAN dan mangsa dikatakan dibius hingga tidak sedarkan diri.

Diharapkan selain penafian, akan ada tangkapan dilakukan pihak berkuasa terhadap pihak yang menculik Aqif agar cerita van putih merayau mencari mangsa untuk diculik bagi mendapatkan organ dapat dibongkar. sumber:mynewshub
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved