“Saman, Tindakan Tegas Akan Dikenakan Kepada Dalang” – Datuk Yusof Haslam

[x]

“Saman, Tindakan Tegas Akan Dikenakan Kepada Dalang” – Datuk Yusof Haslam

on Saturday 31 August 2013



Rabu lalu, kecoh satu Malaysia tentang kebocoran filem yang ditunggu-tunggu KL Gangster 2 telah dimuatnaik ke laman sesawan Internet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Filem arahan Syamsul Yusof yang sepatutnya mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 3 Oktober nanti telah disabotaj.

Sebagai pengarah, Syamsul melahirkan rasa amat kecewa dengan insiden tersebut malah bapanya Datuk Yusof Haslam juga menyatakan perasaan marah dan sekaligus menyifatkan kegiatan haram tersebut adalah sebagai satu perbuatan sabotaj yang kejam dan menjijikkan.

“Ini pertama kali perkara begini terjadi dalam sejarah filem Melayu. Tinggal sebulan saja lagi filem ini akan ditayangkan tapi ia telah dicetak rompak. Walaupun hanya 50% filem itu telah disebarkan yang mana ianya belum pun menjalani apa-apa suntingan tapi insiden ini memberikan kesan yang sangat besar pada kami. Ini satu perbuatan sabotaj yang kejam dan menjijikkan!

“Sebenarnya daripada awal lagi saya dapat rasakan akan berlaku perkara seperti ini. Ketika Syamsul di Bangkok lagi untuk proses suntingan, dia ada menghubungi saya, katanya, “Papa, sekarang ni dunia digital. Jadi kita kena pastikan tak ada pihak yang cuba bocorkan di internet”, kata Datuk Yusof Haslam dengan nada kesal.


Datuk Yusof Haslam juga menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berdiam diri dan tidak putus mengesan siapakah dalang disebalik perbuatan cetak rompak ini. Beliau memberitahu bahawa tindakan tegas akan diambil dan akan mengheret penyangak digital terbabit ke muka pengadilan tanpa kompromi, malah beliau juga turut mahu menyaman individu tersebut dengan jumlah jutaan ringgit, jelas Datuk Yusos Haslam ketika ditemui pada satu sidang media khas bagi menghuraikan kes membabitkan filem anaknya yang bertempat di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) semalam.

Kepada mereka yang melakukan perbuatan cetak rompak ni, kalau mereka rasa mereka bijak menggunakan internet, mereka kena ingat pihak berkuasa juga punya cara untuk mengesan perbuatan mereka.

“Pihak kami sedang mengumpul bukti dan setakat ini sudah ada beberapa petunjuk tentang dalang tersebut namun kami tidak menuduh secara melulu, biar pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka. Saya akan pastikan perompak itu dibawa ke muka pengadilan tanpa kompromi dan saya akan saman pihak terbabit dalam jumlah jutaan ringgit!”, tegasnya yang turut memaklumkan perkara ini sekarang dalam siasatan polis.

Beliau juga memberitahu, Filem KL Gangster 2 tetap akan ditayangkan pada 3 Oktober ini meskipun dinasihatkan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek untuk memcepatkan tayangan malah turut mendapat kelonggaran dari pihak pawagam, namun Datuk Yusof dan Syamsul tetap tidak mahu berbuat demikian.


“Filem ini tetap akan ditayangkan pada 3 Oktober dan kita akan jalankan agenda promosi seperti yang telah dirancang bersama rakan kongsi Grand Brilliance. Datuk Shabery ada menghubungi saya dan beliau sarankan agar tayangkan awal. Kalau ikutkan pun pihak pawagam boleh membenarkan kami menukar tarihk tayangan memandangkan ini special case.

“Tapi saya tidak mahu dan tidak tergamak untuk berbuat begitu kerana saya menghormati produser-produser lain yang sedang menantikan tayangan masing-masing. Saya juga menghormati syarat wajib tayang. InsyaAllah kalau ada rezeki, filem ni tetap akan mendapat sambutan.

KL Gangster 2 yang merupakan filem prekuel kepada KL Gangster mula dihasilkan sejak pertengahan 2011. Filem terbitan Skop Production yang menelan kos RM 4.5 juta ni menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor. Filem ini juga secara eksklusifnya bakal menemui para penonton di 100 buah pawagam seluruh Malaysia da sebanyak 7 pawagam di Singapura.
sumber : http://ohartis.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved