Berpakaian Ketat, Fida Ibrahim Dimaki Hamun Peminat?

[x]

Berpakaian Ketat, Fida Ibrahim Dimaki Hamun Peminat?

on Friday 30 August 2013



Jika dua hari lepas Shila Amzah dikritik peminat gara-gara berkongsi sebuah foto yang menunjukkan dia sedang berpakaian ketat sehingga menampakkan susuk tubuh. Terbaru, seorang lagi artis wanita turut terkena tempias yang sama.

Menerusi laman Instagram milik Fida Ibrahim, penyanyi yang terkenal dengan lagu Apo Kono Eh Jang itu dilihat sedang aktif berkongsi beberapa foto menariknya ketika sedang menjalankan sesi photoshoot.
Menerusi paparan foto itu, Fida kelihatan sangat anggun apabila menggayakan busana berwarna silver dan penampilan tersebut turut menyuntik eleman elegan buat si pemakai.

Bagaimanapun foto tersebut telah mengundang respon negatif dikalangan pengikut Fida, sehingga ada yang mendakwa penyanyi tersebut adalah mangsa fesyen dan menghamburkan kata-kata yang kurang elok.




Meskipun ramai yang mengkritik gaya pemakaian penyanyi tersebut, akan tetapi masih ada yang masih menyokong dan mengagumi gaya penampilan Fida Ibrahim.



Apa pun komen mahupun pandangan negatif peminat terhadap Fida, nampaknya penyanyi itu lebih selesa untuk mendiamkan diri dan tidak membalas segala kutukan tersebut.
sumber : http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved