Foto: Nora Danish Jadi Penyanyi Pula?

[x]

Foto: Nora Danish Jadi Penyanyi Pula?

on Friday 30 August 2013



Nama Nora Danish di dalam industri hiburan memang sudah dikenali kerana bakat lakonannya yang mantap dan berkesan, lebih-lebih lagi jika membawa watak perempuan lemah yang selalu ditindas.

Namun begitu, dalam kesibukan Nora menjalani penggambaran filem dan drama, rupanya secara diam-diam pelakon itu juga menyimpan hasrat untuk menjadi penyanyi. Betul ke?

Memang betul, tetapi ia hanyalah di dalam sebuah iklan terbaru Petronas berjudul Life Choices yang baru sahaja selesai sesi penggambaran di Kuala Lumpur malam tadi.

Sepanjang sesi penggambaran itu, Nora sering berkongsi foto-foto yang menunjukkan dirinya sedang membuat persembahan di atas pentas sambil bermain gitar.

Melalui foto tersebut, memang nampak gaya Nora seperti penyanyi professional tetapi ramai yang bertanya adakah Nora benar-benar menyanyi di dalam iklan tersebut ataupun cuma berlakon sahaja? Namun perkara itu masih menjadi misteri buat semua.

Dalam pada itu, pelakon yang sebelum ini terkenal dengan jolokan Ji Hyo Malaysia, kini mendapat gelaran baru apabila salah seorang peminat menyatakan Nora seiras dengan Vanessa Hudgens selepas melihat foto di bawah.





Nak tahu Nora boleh menyanyi ataupun tidak? Sama-samalah kita tunggu kemunculan iklan itu nanti ya. Teringin nak mendengar suara pelakon cantik ini.
sumber : http://www.ohbulan.com/


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved