Penghinaan Terhadap Islam – Kini Di Balai Seni Lukis Publika Sri Hartamas

[x]

Penghinaan Terhadap Islam – Kini Di Balai Seni Lukis Publika Sri Hartamas

on Friday 30 August 2013

 Seorang blogger telah membuat satu laporan polis berhubung lukisan seorang pelukis bernama Anurendra Jegadeva yang dipamerkan di Publika-Solaris Sri Hartamas yang dikatakan telah menghina agama Islam. Ikuti petikan dari blog tersebut dibawah.

Baru selesai membuat laporan polis berhubung satu lagi penghinaan terhadap Islam. Ini merujuk kepada satu pameran seni lukis di Publika-Solaris Sri Hartamas, tingkat G2 di kawasan ruang legar.

Pameran bertajuk Pameran Seni M50 – Selamat Hari Malaysia anjuran Artemis Art KL mempamerkan salah seorang pelukis bernama Anurendra Jegadeva dengan tema lukisan ”ABC For The Middle – Age Middle Classes”.


Salah satu lukisannya melakarkan mesej penghinaan dengan menyebut “I for Idiot” (seolah-olah menyatakan Islam itu untuk orang bodoh) beserta dengan tulisan khat basmallah terbalik di bawahnya – yang jelas menunjukkan unsur niat yang jahat oleh pelukis tersebut. Manakala untuk J dan K pula di buat “J for Jesus” dan “K for Krisna” – tanpa ada sebarang unsur penghinaan.


Kita meminta pihak polis menjalankan siasatan ke atas beliau serta penganjur pameran seni tersebut seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.

Baru balik dari Balai Polis Sentul (jam 1:10 pagi) untuk memberi keterangan kepada pegawai penyiasat … siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan)

#Selepas huruf I ialah J, tetapi bila tang huruf J elok pulak dia bagi maksud....hurmmmm
Sumber : Kezooom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved