[x]

Projek Metro: Saleem tak jentik Iera

on Saturday 30 November 2013

Semestinya ramai tertanya-tanya apa kaitan peserta Projek Metro 2013, Iera atau Nurfakhira Che Abdul Muhsin, 24, bersama penyanyi Saleem (Iklim) dan isterinya. Juriah Bachok.

Jawapannya mudah. Pramugari AirAsia ini sebenarnya adalah anak sulung Julia sekali gus membawa maksud Saleem ayah tirinya.

Cuma selama program realiti TV ini bermula, Iera mengambil pendekatan menutup mulut berkaitan hal peribadinya daripada diketahui ramai. Iera seboleh-bolehnya mahu berdikari dalam menentukan haluan kariernya sendiri tanpa dibayangi Saleem. Hanya segelintir pihak dalam industri hiburan tahu mengenai perkara ini.

Biarpun berstatus anak tiri, Iera mula rapat dengan Saleem sejak di bangku sekolah kerana mereka tinggal sekeluarga di Kuala Lumpur.

Awalnya, Saleem, 52, mahupun Julia, 51, menolak kerana tidak mahu dikatakan memberikan kelebihan buat Iera. Bagaimanapun mereka akur atas permintaan akhbar ini kerana ia juga satu sokongan kepada Projek Metro 2013.

“Sebenarnya saya lebih suka orang tak kenal dia anak siapa kerana hendak dia berdikari. Biarlah Iera menapak atas usaha sendiri dan bukan kerana dia anak saya. Kalau boleh saya nak perkara ini dirahsiakan sehinggalah tiba waktu yang sesuai.

“Bagaimanapun secara jujurnya saya mengaku sejak dulu lagi, Iera seorang yang berbakat. Dia banyak juga menimba pengalaman kerana pernah bekerja dengan saya terutamanya mengendalikan acara hiburan yang besar membabitkan saya.

“Iera juga pernah jadi pengacara untuk satu majlis diraja termasuk yang dihadiri Sultan Terengganu di Pesta Air Terengganu. Itu sekurang-kurangnya satu pendedahan yang baik buat dirinya,” kata Saleem.

Sebagai ibu, Julia pula menggalakkan anak sulung daripada dua adik beradik ini berdikari dan mencari pengalaman hidup sendiri.

“Saya sedar Iera mula minat dengan dunia hiburan sejak kecil. Kalau nak tahu, Iera dulu lebih lasak atau ‘tomboy’. Jadi perlahan-lahan saya ubah dia jadi lebih feminin.

“Kami juga memberikan kepercayaan kepadanya menguruskan Salju Productions (gabungan nama Saleem dan Julia) yang aktif menganjurkan acara. Artis-artis yang diuruskannya terdiri daripada nama-nama besar. Alhamdulillah dia membalas kepercayaan yang diberikan dan saya sangat berbangga apabila dia terpilih menyertai Projek Metro,” katanya yang dikurniakan anak lelaki, Mohd Amirroll Mukminin, 10, hasil perkahwinan dengan Saleem.

Ibu bapa mana yang tidak teruja malah bercampur risau apabila menyaksikan anak mereka bersaing dalam program realiti TV.

“Kami memang tak ke mana-mana setiap Ahad kerana nak tengok Iera muncul dalam Projek Metro. Kami juga tak ketinggalan membeli akhbar ini untuk mengetahui perkembangannya. Dia tak pernah mengadu sebarang masalah yang dihadapi tapi menerusi skrin TV kami boleh nampak bagaimana situasi dirinya.

“Selepas itu kami berdua akan menghubunginya untuk bertanyakan perkembangan dan memberikan nasihat. Iera kuat berahsia. Waktu pergi ke uji bakat Projek Metro September lalu, dia tak beritahu kami pun,” ujar Julia.

Saleem mencelah, dia akui kasih sayangnya sebagai seorang ayah tidak pernah berbelah bahagi. Kadangkala dia melayan sebagai seorang sahabat untuk berkongsi pendapat.

“Malah saya tak pernah jentik Iera sepanjang menjaganya. Sememangnya saya dan isteri ada harapan yang cukup tinggi terhadap Iera. Kalah menang dalam Projek Metro kelak, kami akan tetap berbangga dengan Iera,” kata Saleem.

Sementara itu, episod kelima Projek Metro, Ahad ini, jam 10.30 malam akan menampilkan tujuh peserta dalam tugasan menarik di Pulau Pinang. Mereka perlu menyiapkan sebuah travelog mini untuk dinilai barisan hakim termasuk juri undangan, Maria Tunku Sabri.

Bagi penonton, anda juga berpeluang menyertai kuiz mudah (terkumpul) bagi memenangi hadiah hebat pakej pelancongan ke luar negara sumbangan AirAsiax, AirAsia dan Tune Hotels.
sumber: http://www.hmetro.com.my/

Wanita Ini Nekat Buat Pembedahan Kerana Di Ejek Seperti Ikan Jaws

Kadang kala ucapan orang lain lebih menyakitkan berbanding tertusuk pisau. Hinaan kerana bentuk fizikal yang berbeza membuat hati terluka selama bertahun-tahun. Gadis cantik ini sering dihina 'Jaws' atau 'Yu' kerana bentuk rahangnya dianggap aneh oleh orang lain. Pembedahan plastik jadi pilihan untuk menghilangkan ejekan tersebut.

Teman-teman sering mengejek dan tertawa melihat daguku

Nama gadis cantik ini adalah Leanne Woodfull, usianya 20 tahun, tinggal di Dublin. Dipetik dari Dailymail.co.uk, Leanne mengaku bahawa sejak kecil sering mendapat ejekan jahat mengenai bentuk rahangnya yang menonjol. Bentuk rahang itu disebabkan pemakaian kawat gigi ketika usianya 11 tahun. Ejekan demi ejekan diterima Leanne sehingga beliau remaja, rakan-rakannya sering mengatakan mulutnya mirip yu.
"Rahang besar menghancurkan hidup saya, dan saya sangat senang sudah boleh tersenyum dengan percaya diri," ujar Leanne. "Saat menatap cermin, saya senang dan lega kerana gadis 'yu' yang kukenal akhirnya hilang," katanya.

Kata keluargaku, aku cantik, tetapi ejekan orang lain menghancurkanku

Bukan tanpa alasan Leanne melakukan operasi perbaikan bentuk rahang. Bertahun-tahun mendapat ejekan dan ditertawakan rakannya sendiri adalah pekara yang sangat menyakitkan, membuat rasa percaya diri hilang. Leanne bahkan berfikir bahawa wajahnya cacat dan tidak boleh diperbaiki. Dia bahkan tidak mahu memaparkan fotonya di dinding rumah. Kadang Leanne menutupi dagunya dengan selendang.

Keluarga Leanne sering mengatakan bahawa dirinya cantik, apapun bentuk fizikalnya, apapun yang dikatakan orang lain. Namun tetap saja, ejekan dari rakan-rakannya sangat menyakitkan, apalagi didengar hampir setiap hari. Rasa tertekan itu akhirnya membuat Leanne berani melakukan pembedahan agar rahangnya kelihatan normal.

"Pada mulanya saya bimbang, kerana setelah melakukan pembedahan, muka saya kelihatan (bengkak dan lebam), tetapi aku bersedia melakukannya demi mendapatkan wajah normal," ujar Leanne. "Apabila pembalut dibuka untuk pertama kalinya, saya sangat emosional melihat wajah saya," katanya dengan wajah bahagia.

Selepas pulih, Leanne menjadi gadis yang percaya diri. Dia senang diambil gambar dan memakai pakaian bergaya. Leanne lebih selesa dengan keadaan ini kerana tidak ada lagi yang mengejek atau menertawainya.

"Rakan saya mengatakan, saya kelihatan cantik. Saya benar-benar merasa cantik untuk pertama kalinya dalam hidup saya," ujar Leanne.













http://dairishare.blogspot.com/

Kes Rogol Budak Lelaki 11 Tahun & Budak Perempuan 6 Tahun di Alor Gajah



Satu lagi sejarah tercatat di dalam buku rekod Malaysia apabila perogol termuda direkodkan. Ini memberi satu tanda negatif juga peringatan kepada kita semua agar lebih berhati-hati akan apa yang dipelajari kanak-kanak hari ini di luar pengetahuan kita. Perhatikan anak-anak anda tentang apa yang mereka lakukan dibelakang anda!

Berikut adalah laporan penuh dari ASTRO AWANI.

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dihantar ke rumah pengasuh di Alor Gajah oleh ibunya, dilaporkan telah dirogol oleh anak tiri pengasuh itu.

Mengikut laporan The Star online, polis sedang menyiasat kemungkinan anak tiri pengasuh yang baru berumur 11 tahun itu, merupakan perogol yang paling muda di Malaysia.

Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila pengasuh tersebut telah pergi ke kedai runcit berdekatan.

Jiran pengasuh tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Shima, memberitahu The Star bahawa beliau masuk ke dalam rumah pengasuh itu melalui pintu belakang, apabila sangsi melihat rumah yang sunyi sepi itu.

“Tiba-tiba, kanak-kanak perempuan itu berlari keluar dari sebuah bilik dengan keadaan separuh bogel, sambil menangis dan nampak terkejut.

“Selepas menenangkan kanak-kanak itu, saya memeriksa rumah itu dan mendapati budak lelaki itu bersembunyi di belakang pintu sebuah lagi bilik. Dia memakai seluar sahaja dan apabila ditanya, dia menjawab dia sedang bersedia untuk pergi ke kelas agama.

“Saya syaki sesuatu tidak kena dan terus menelefon ibu kanak-kanak perempuan itu,” kata Shima kepada The Star.

The Star turut melaporkan bahawa kanak-kanak itu menceritakan kepada ibunya bahawa budak lelaki tersebut telah berbaring di atasnya dan kemudian dia merasakan sakit yang amat sangat di kemaluannya.

Ibunya membuat laporan polis dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan di atas kesalahan merogol.
sumber; http://ohartis.com/

ND Lala Beri Nasihat Buat Shila Amzah

Kerenah Shila Amzah yang berlebihan dan meluahkan perasaan di laman sosial tatkala Johan Asari dan Lana bercinta telah membuatkan ayahnya ND Lala untuk menasihati anaknya.

Nd Lala merupakan penyanyi irama Malaysia dan pernah memenangi Juara Lagu kategori Irama Malaysia telah menasihati anaknya untuk hanya mengadu kepada Allah yang satu.

Mungkin jika sekali dua Shila meluahkan perasaan mungkin peminat boleh menerima dan bersimpati kepada beliau, tetapi jika lebih dari sepuluh status dan siap memuatnaik gambar ibu Johan itu sudah berlebihan dan boleh membuat peminat bosan. MungkinND Lala nampak perkara ini lantas menasihati anaknya yang sedang kesedihan itu.

Beberapa gambar dari akaun ND Lala telah menunjukkan sayangnya seorang ayah kepada anaknya itu, dan bernasib baik kerana walaupun Shila di perantauan, ibunya setia menemaninya di sana.

Jom lihat gambar di bawah ini (dari ND Lala) :








sumber: http://hotlips-yuya.blogspot.com/

Ibu Shamshul Ghau Ghau, Bapa Misha Omar Meninggal Dunia

Shamsul Ghau-Ghau

Ibu kepada pelawak Shamshul Ghau Ghau, Rokiah Ibrahim, 91, meninggal dunia pada pukul 12.30 malam Jumaat kerana sakit tua.

Shamshul atau nama sebenar Shamsul Azahar Aliddin, 45, berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kubu Gajah, Selama, Perak.

"Arwah sudah lama mengalami sakit tua tapi sejak dua minggu kebelakangan ini sahaja sakit dia agak teruk.

"Arwah tidak mahu makan sehingga malam tadi menghembuskan nafas terakhir di rumah kakak saya di Tanjung Malim, Perak," ujarnya.

Tambah Shamsul, dia dan adik-beradik yang lain menerima pemergian tersebut dengan hati yang tenang.

"Saya dan keluarga masih lagi dalam perjalanan pulang, InsyaAllah jenazah akan dikebumikan selepas Asar nanti,

"Pesanan terakhir arwah seperti biasa ialah menjaga keluarga dan ibadah dengan baik," katanya.
Misha Omar

Sementara itu, bapa kepada penyanyi Misha Omar, Omar Ismail, meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi tadi.

Misha atau nama sebenarnya, Samiha @ Aisah Omar, 31, menulis di laman twitter berkata jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pantai Irama, Bachok, Kelantan pada pukul 12.30 tengah hari Sabtu.

"Alhamdulillah jenazah sudah selamat dikebumikan, terima kasih atas ucapan takziah daripada sahabat semua," tulisnya.
sumber : http://www.mstar.com.my/

Luna Maya Bakal Jadi Putri Duyung



Jakarta--Luna Maya kembali main sinetron. Kali ini ia mendapatkan peran sebagai Putri Duyung yang diproduksi oleh MD Entertainment. "Aku tiap tahun pasti ada sinetron baru karena panjang-panjang (sinetronnya) jadi libur nggak banyak," kata Luna saat ditemui di kawasan Setiabudi, Rabu 27 November 2013.

Berperan sebagai putri duyung diakui Luna tidak menjadi kendala karena dia lahir dan besar di lingkungan pantai. "Saya anak pantai, saya suka berenang," ujarnya.
Meski begitu Luna sempat merasa kesal saat ada adegan yang mengharuskannya berenang pukul 12 malam. "Itu kan dingin banget," kata dia yang menganggap hal itu cukup berat. Tapi untuk memenuhi kebutuhan adegan Luna tetap melakukan adegan tersebut.

Meski begitu selama proses syuting Luna masih dapat menikmati keseruan yang ada karena dirinya banyak dipertemukan dengan pemain baru. "Seru aja, banyak temen-temen yang masih muda di sini."

Presenter acara musik Dahsyat ini lebih memilh untuk menerima tawaran syuting sinetron drama dibandingkan sinetron kolosal. "Kalau kolosal waktunya kurang memungkinkan, aku ada syuting live setiap pagi dan malam, takutnya kalau kolosal nggak sempat."
Sumber: tempo.co

Johan Asari Komen Gelagat Shila Di Laman Sosial

Seperti yang sedia maklum, Shila Amzah jelas sedih, bengang dan seolah-olah cuba memujuk diri setelah sah beliau syok sendiri & terpedaya dengan percintaan palsu Johan kepadanya.

Apatah lagi amat jelas kelihatan ibu Johan juga seakan-akan berpihak kepada Shila Amzah.

Iyalah yang pertama; ibu Johan amat rapat dengan keluarga Shila, keduanya; Shila pula telah berhijrah sepenuhnya dan kini sedang menempa nama di industri hiburan dan telahpun mengesahkan tiket sebagai antara penyanyi paling hebat di Malaysia berdasarkan pencapaiannya.

Johan dengan terang lagi bersuluh memilih Lana Nordin sebagai pasangan bercinta dan berharap dapat mengahwini kekasih hatinya itu. Sememangnya taste johan dapat dikenalpasti dengan ciri-ciri yang sama seperti Nabila Huda.

Bagaimanapun, luahan hati Shila Amzah di laman sosial telah melahirkan rasa kurang senang kepada Johan Asari.

Berikut merupakan kata-kata Johan

Bagi saya dalam hal sebegini Shila Amzah menunjukkan sifat yang tidak matang, Apa yang boleh saya katakan dia dah pun block akaun instagram saya dan juga media social lain. Saya pun tidak pasti kenapa dia bersikap demikian
Jujur saya katakan apa yang saya lalui bersama Lana pada ketika ini tidak ada apa-apa agenda yang tersembunyi. Saya juga nak perbetulkan isu yang mengatakan Family saya tidak setuju saya berkahwin dengan Lana.
Mereka bukan tidak bersetuju dan membenci Lana tapi family saya suruh kami berkawan dulu dan kenal hati budi masing masing sebab perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dibawa main-main



sumber: http://hotlips-yuya.blogspot.com/

5 Hacker Perempuan Paling Cantik dan Seksi di Dunia

Bila orang sebut mengenai penggodam (hackers), biasanya yang terlintas di bayangan adalah seorang ulat buku dengan kaca mata tebal dengan gaya hidup yang nerd. Kemampuan serta kehebatan hackers perempuan juga tidak kalah dengan kaum adam. Mari kita terjah hackers perempuan yang cantik, cun dan seksi ini...

Joanna Rutkowska mula dikenali dalam persidangan Black Hat Briefings di Las Vegas pada Ogos 2006. Pada waktu itu, Rutkowska mendemonstrasikan proses serangan (hacking) yang telah dia lakukan terhadap sistem Windows Vista. Tidak hanya itu, Rutkowska juga pernah menyerang Trusted Execution Technology dan System Management Mode milik Intel.

Awal 2007, dia membentuk Invisible Things Lab di Warsawa, Poland. Sebuah syarikat yang memfokuskan keselamatan sistem operasi VMM serta perkhidmatan rundingan keselamatan internet. Tahun 2010 juga Rutkowska bersama Rafal Wojtczuk membentuk Qubes, sebuah Operating System yang merangkumi 'full protect security'. Rutkowska juga pernah memberikan nasihat terbuka untuk Vice President of Microsoft Security Technology Unit untuk lebih memperketat sistem keselamatan dalam Windows Vista. Rutkowska memang seorang hacker yang sangat dicari untuk diajak bekerjasama.

Kristina Svechinskaya adalah seorang mahasiswi di New York University. Kristina sempat popular kerana beliau mengodam jutaan dolar dari beberapa bank di Eropah dan Amerika Syarikat.

Bersama dengan pasukannya, Kristina menyedut duit dari ribuan akaun bank sebelum akhirnya tertangkap pada November 2010. Hacker cantik ini menggunakan virus Zeus Trojan Horse untuk menyerang akaun-akaun tersebut. Ramai orang berpendapat bahawa Kristina merupakan salah satu hacker terseksi yang pernah ada.


Raven Adler, seorang gadis bergaya gothic menjadi wanita pertama yang melakukan presentasi di DefCon Hacker Conference. Namun, Raven lebih senang jika untuk dikenali kerana kemampuannya sebagai hacker dan diakui oleh orang lain. Kebelakangan, ia cukup aktif mengubah, mengakses, dan mengaudit untuk keamanan di pelbagai agensi.

Xiao Tian, mula dikenali sejak 19 tahun lagi. Kehebatannya dalam dunia hacking juga tidak diragukan lagi. Search engine nombor satu di dunia, Google pun pernah merasakan serangan hebat dari Xiao Tian dan pasukannya, China Girl Security Team. Xiao Tian melakukan serangan canggih terhadap sistem infrastruktur Google China. Disebabkan tidak tahan dengan serangan Xiao Tian dan hackers-hackers lain, Google telah bertindak menutup smua operasinya di China.

Ying Kracker, memiliki wajahnya yang manis dan cantik membuat ramai orang tak mungkin percaya bahawa beliau adalah seorang hacker. Pekerjaan sebenar Ying pula adalah seorang guru di Shanghai, China.

Ying mengajar langkah-langkah awal sebagai proses hacking, seperti bagaimana mengganti IP Address dan bagaimana memanipulasi password. Ying juga merupakan seorang ahli dalam membuat software khususnya mengenai hacking.
sumber: http://matai-kudasai.blogspot.com/

ASK 2013 Lebih Baik Dari Tahun Lalu


Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) berlangsung dengan penuh gemilang di Stadium Melawati, Shah Alam pada Jumaat, jam 9.00 malam di TV3. Secara keseluruhan, ASK berjalan dengan lancar dan dilihat lebih baik daripada penganjuran edisi sebelum ini dengan majlis yang ringkas dan menghiburkan.

Filem 'Kil' mengungguli kategori filem dengan merangkul Anugerah Filem Terbaik, manakala drama terbitan Suhan Movies, 'Mawar Putih Tanda Perpisahan', mengungguli kategori drama dengan merangkul Anugerah Drama Terbaik. Anugerah Drama Rantaian terbaik pula dimenangi oleh drama bersiri 'Surat Dari Langit Biru', terbitan Rashbir Media Sdn Bhd.

Tahun ini, kategori Anugerah Khas diberikan kepada drama yang memberikan impak mendalam dan menjadi fenomena baru kepada penonton televisyen di Malaysia. Anugerah Khas tersebut diberikan kepada drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd.

Untuk penganjuran kali ini, ASK 2013 menyaksikan gandingan pengacara Awal Ashaari, Faizal Ismail dan buat pertama kalinya, aktres kecil molek, Nad Zainal membuat penampilan sulung selaku pengacara di anugerah prestij. Bagi GUA, penampilan pertama Nad sebagai pengacara dilihat sebagai sebuah percubaan yang boleh dibanggakan. Cuma Nad dilihat seperti sukar menempatkan diri di antara Faizal Ismail dan Awal Ashaari. Malah, beberepa kali terkelu bahasa.

Persembahan yang ditampilkan sepanjang ASK 2013 juga tidak kurang hebatnya dan menghiburkan. Ada persembahan yang mengembalikan nostalgia, sebagai contoh persembahan daripada Amir Jahari, DJ Fuzz, Waris dan Juzzthin menyampaikan lagu runut bunyi drama hit 'Opah' dan 'Cili Padi'. Begitu juga dengan persembahan daripada Ogy Ahmad Daud. Lagu 'Wajah Rahsia Hati' yang disampaikan oleh pelakon, penyanyi, pengarah dan pengacara ini turut mengimbas kenangan lalu.

Melihat kepada penataan pentas, tema kaca yang cuba ditonjolkan oleh tenaga produksi ASK 2013 dilihat 'menjadi' kerana elemen-elemen yang ditampilkan dapat merealisasikan tema tersebut. Penataan grafik yang ditonjolkan menerusi LED juga dilihat begitu menarik.

Sesungguhnya, penganjuran ASK kali ini dilihat begitu membanggakan dan usaha ASK dalam mengiktiraf penggiat seni haruslah diteruskan di tahun-tahun seterusnya.
sumber: http://www.gua.com.my/

Emylia Rosnaida, Isteri AC Mizal Kini Bertudung?


Lama tak dengar khabar tentang Datin Emylia Rosnaida,aktress yang terkenal di Malaysia sebelum kurang aktif selepas berkahwin dengan Dato Ac Mizal. Khabarnya kini sudah bertudung.
Tahniah!! Nampak lagi manis dan ayu la!! Baru suami bertambah sayang!!

Gambar Dato AC dengan anak, Damien
Semoga keluarga ini kekal bahagia sampai bila-bila.
sumber: http://www.kepohgiler.com/

Agnes Monica Tayang Gambar Sambil Pegang Kondom!

Mungkin agak biasa bagi segelintir orang namun buat pandangan setiap orang itu lain apa lagi perbuatan kurang bermoral ini di buat oleh artis popular negara seberang Agnes Monica.

Agnes Monica menurut sumber telah memuat naik gambarnya ke twitter yang sedang memegang sesuatu yang disyaki sebiji kondom dan jika di amati benda itu memang kondom!

Suka sangat kot Agnes Monica bila mempunyai kondom nanti tak payah susah-susah lagi kan?

Apa-apa pun menurut sumber, Agnes mengulas yang dia tidak mengaitkan sebarang ketidak moralan malah hanya sekadar hiburan semata hanya pameran katanya.

Tak tahulah apa pula pandangan orang lain. Kenapa, tak boleh ke pegang-pegang kondom?

Kita sudah besar panjang cukup lebar, pandai-pandai lah mau jaga ya..
sumber:Myinfo4u.net

Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013)

#25 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) - ROTIKAYA#30 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) - ROTIKAYA

#35 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) - ROTIKAYA#00 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) - ROTIKAYA

#45 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) - ROTIKAYA#62 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) - ROTIKAYA

#79 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) - ROTIKAYA#92 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) - ROTIKAYA

#25 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) - ROTIKAYA#28 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) - ROTIKAYA

#33 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) - ROTIKAYA#46 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) - ROTIKAYA

#21 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) - ROTIKAYA#98 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) - ROTIKAYA

#85 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) - ROTIKAYA#38 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) - ROTIKAYA
sumber:http://www.rotikaya.com/


Kehendak Nya : Kolam Hilang Ditelan Bumi


LUBANG besar yang dulu sebuah kolam di Sanica, Bosnia.
Sarajevo: Penduduk perkampungan Sanica di utara Bosnia gempar apabila kolam yang menjadi tempat kanak-kanak setempat memancing tiba-tiba hilang ‘ditelan’ sebuah lubang.

Penduduk, Rezak Motanic mengibaratkan kejadian itu seperti filem fiksyen sains berikutan lubang itu seolah-olah menelan air kolam, ikan malah juga pokok berhampiran.

“Saya sedang duduk di tepi kolam itu sebelum tiba-tiba keadaan kelam-kabut,” katanya.

Penduduk lain, Cemal Hasan berkata, dia melihat ikan melompat keluar dari kolam itu.

“Malah sebuah pokok plum besar tumbang seolah-olah ditarik seseorang,” katanya.

Penduduk kampung nyata terkejut sejak kolam seluas 20 meter dan sedalam lapan meter itu lenyap, dua minggu lalu.

Apa yang tinggal kini sebuah lubang seluas 50 meter dan sedalam 30 meter.

Dari semasa ke semasa keluasan kolam itu dilaporkan semakin membesar.

Menurut saintis, kejadian seperti itu lazim berlaku mungkin disebabkan arus air bawah tanah yang semakin kering atau perubahan dalam saliran tanah.

Bagaimanapun, penduduk Sanica mempunyai teori tersendiri, termasuk gua besar atau gunung berapi di bawah tanah, malah ada mendakwa pemilik kolam itu ‘membawanya’ bersama selepas meninggal dunia, bulan lalu.

Tidak ketinggalan juga penduduk yang menganggapnya tanda kiamat. - AP-
sumber: Harian Metro

Warga Mexico Berlatih Guna Tangan Milik Orang Lain


GRANADOS memeluk sebiji bola semasa dia berlatih menggunakan tangan baharunya di Institut Sains Perubatan dan Nutrisi Kebangsaan, bandar raya Mexico pada Selasa lalu.
Seorang warga Mexico, Gabriel Granados kini menggunakan dua tangan yang didermakan oleh orang lain untuk melakukan aktiviti harian.

Granados, 53, merupakan penduduk Latin Amerika yang pertama menerima dua tangan yang didermakan oleh seorang individu berumur 34 tahun yang mati akibat terkena tembakan.

Dia menerima dua tangan baharu itu selepas menjalani pembedahan selama 17 jam di Institut Sains Perubatan dan Nutrisi Kebangsaan di sini pada Mei 2012.

Sekumpulan doktor termasuk lima doktor bedah, tiga pakar anestesiologi, lima jururawat telah menyambung tangan baharu Granados bermula dari bawah paras sikunya.

Agensi berita Associated Press pernah melaporkan bahawa doktor-doktor yang terlibat dalam pembedahan itu melakukan ujian ke atas mayat terlebih dulu sebelum mereka menyambung tangan Granados.

Kedua-dua tangannya itu melecur teruk pada Januari 2011 selepas dia terkena kejutan elektrik ketika memberikan arahan kepada sekumpulan pekerja pembinaan.

"Ia merupakan sesuatu yang mengagumkan kerana saya dapat melihat tangan baharu selepas tiada buat seketika," kata Granados.

Dia merupakan seorang kakitangan di Unit Kewangan, Pejabat Pendakwa Raya Mexico.

Bapa kepada dua orang anak itu menjalani sesi fisioterapi dengan beberapa orang doktor di institut tersebut pada Selasa lalu.

Dia berlatih menggunakan tangan baharunya ketika menjalani sesi fisioterapi itu.

Dalam sesi itu, dia memegang beberapa objek dengan menggunakan kedua-dua tangannya itu. 
sumber: Kosmos

Lelaki India Maut Di Telan Ular Sawa Ketika Mabuk

Berita yang menggemparkan dari Attapady, Kerala, India, dilaporkan seekor ular sawa telah menelan seorang lelaki yang sedang mabuk.

Seperti yang dilaporkan oleh Horrosociety (28/11), kejadian itu berlaku ketika lelaki itu sedang mabuk sehingga tidak sedarkan diri dan terlentang di luar kedai minuman keras tempat ia menenuk minuman.

Ketika tidak sedarkan diri, seekor ular sawa besar datang dan memakan lelaki itu hidup-hidup. Jika dilihat dari foto di atas, terlihat bahagian perut ular itu kelihatan besar dan membentuk tubuh manusia. Peristiwa ular memakan manusia itu menggemparkan termasuk di laman jejaring sosial seperti Youtube dan Twitter.
sumber: http://dairishare.blogspot.com/

Udang Spesis Baru Ditemui Seperti Rangka Tengkorak

Sejenis udang baru yang kelihatan seakan rangka tengkorak dan kerangkanya kelihatan lutsinar.

Sekumpulan saintis AS menemui udang jenis baru dengan kerangka telus di dalam sebuah gua di pantai Catalina Island, wilayah California, laporan Independent.

Udang yang mempunyai nama latin Liropus Minusculus tersebut ukurannya memang kecil, namun cukup aneh.

Para saintis mendapati spesies baru udang rangka - sekumpulan krustasia kecil yang sebenarnya caprellid amphipods, bukan udang - dalam lopak-lopak air yang dikutip dari sebuah gua kecil luar pesisir Catalina Island Southern California, telah ditempatkan di Canadian Museum of Nature di Ottawa.
sumber: http://dairishare.blogspot.com/
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved