[x]

Gambar Fasha Sandha hamil anak ke-2

on Saturday, 31 May 2014

Ini adalah gambar hamil/mengandung Fasha Sandha yang hamil kalau tidak silap untuk usia nak masuk 6 bulan. Memang kelihatan ayu dan cantik sekali Fasha Sandha yang hamil anak ke-2 ni. Jom layan.







sumber:http://izyan.com/

Gambar Sharifah Sakinah Sambut Brithday Ke - 25

Pelakon yang sering mengajak peminat untuk 'bersenam' (Fitness) secara sihat, Sharifah Sakinah telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25, kelmarin.

Majlis secara kecil-kecilan yang diadakannya itu telah dikongsi oleh Sakinah di Instagram.

Happy Birthday Sakinah!

























sumber:http://www.myartis.com/

Scha Alyahya terkini hamil 7 bulan


Awal Januari lepas, kami sudah beritahu anda semua bahawa Scha Yahya dan suaminya, Awal Ashaari bakal timang anak pertama setelah hampir 2 tahun perkahwinan.

Kini kandungan Scha sudah mencecah sekitar 6-7 bulan dan bakal bersalin tidak lama lagi. Serius kami gemar melihat gambar artis mengandung. Pelbagai fesyen yang boleh dijadikan trend. Gambar penuh akan kami paparkan di bawah.









sumber: http://mediamalaya.com/

6 kisah babysitter yang kejam di dunia


Frederick Mitchell

Pada bulan Mac 2013 , Frederick Mitchell ( 21 ) dari Cincinnati , AS diminta menjaga anak berumur 4 bulan , Elliot Magrditchian , yang merupakan anak rakan serumahnya sendiri . Selama menjaga bayi , Mitchell melempar - lempar Elliot ke dinding tanpa alasan yang jelas .

Elliot dibawa ke hospital lalu meninggal beberapa hari kemudian . Mitchell didakwa melakukan tindakan kekerasan . Tapi setelah pihak forensik mendapati kematian Elliot kerana pembunuhan , dakwaannya ditambah dengan pembunuhan dan Mitchell dijerat hukuman penjara seumur hidup . Kini dia tengah menunggu perbicaraan .

Agnes Wong

Pada tahun 2007 , Agnes Wong diupah untuk menjaga bayi di Manchester , England berumur 16 bulan bernama Hugo Wang . Di tarikh 25 Januari , Hugo dibawa kehospital kerana luka serius di kepala dan pergelangan kaki . Ada luka gigitan , lebam , luka terbakar , dan bekas pukulan .

Wong mengaku dia hanya mendisiplinkan Hugo kerana nakal . Adapun luka terbakar diperolehnya kerana bermain - main dengan pengering rambut . Hugo meninggal pada 26 Januari 2007 dan Wong didakwa dengan pembunuhan beberapa hari kemudian . Dia dijatuhi hukuman 5 tahun penjara , namun baru berjalan 2 tahun dia dihantar pulang ke Malaysia .

David McGreavy

Dijuluki dengan sebutan ' The Giant from Worcester ' , David McGreavy adalah lelaki muda yang tinggal bersama sebuah keluarga di Worcester , United Kingdom pada tahun 1973 . Suatu hari , dia diminta menjaga 3 anak keluarga tersebut . Gilanya , dia malah membunuh ketiganya dan menusukkan mayatnya di pagar rumah .

Dia ditangkap di hari yang sama dan dipenjara seumur hidup . Pada tahun 2009 , dia menukar namanya lantaran selalu diserang oleh banduan lain yang mengenalinya , namun namanya dikembalikan lagi di tahun 2013 . Sudah 8 kali dia mengajukan parol namun selalu gagal .

Yoselyn Ortega

Yoselyn Ortega ( 50 ) bekerja dengan keluarga Krim untuk menjaga ketiga anaknya . Suatu ketika si ibu , Marina Krim , pulang selepas menjemput seorang anaknya dari belajar berenang dia terperanjat melihat 2 anaknya , iaitu Lucia ( 6 ) dan Leo ( 1 ) berada di dalam tab penuh darah . Keduanya ditikam sampai mati oleh Ortega .

Ketika Marina memasuki bilik Ortega , dia mula menusuk dirinya sendiri dengan pisau dapur . Marina membuang pisau tersebut. Ortega dibawa ke hospital dan berjaya diselamatkan . Diduga motif pembunuhan adalah stres dan marah kerana ditolak permintaannya naik gaji .

Karl McCluney

Karl McCluney ( 15 ) diminta menjaga anak berumur 2 tahun bernama Demi Leigh Mahon selama 1.5 jam sementara ibunya melakukan beberapa tugas . Selepas bermain di taman , Karl kembali ke rumah Demi , lalu memukul , menggigit , dan mencukur kepalanya . Ketika ibunya pulang , Karl sedang menonton TV sedangkan Demi sudah hampir mati .

Demi dikejar ke hospital dengan 69 luka , kerosakan otak , dan perlu dipasang alat sokongan hayat. Hasil pemeriksaan psikiatri mendapati bahawa Karl mempunyai IQ rendah dan berasal dari keluarga broken home . Motifnya adalah kerana Demi mengganggunya . Dia dihukum penjara 15 tahun .

Gabriela Gonzales

Gabriela Gonzales mengasuh bayi bernama Kiery Nicole di Maryland , AS pada bulan Oktober 2011 . Sayangnya , Kiery menderita ruam dan Gonzales tak berjaya membuatnya berhenti menangis . Kecewa , dia menggoncang - goncang bayi 2 tahun itu , lalu memukul kepalanya di tandas .

Kiery meninggal 3 hari kemudian . Hasil autopsi mendapati adanya pendarahan pada otak dan saraf tunjang , juga keretakan tengkorak . Gonzales berkata Kiery cedera kerana jatuh dari tempat tidur . Selama perbicaraan , dia tak menunjukkan penyesalan sehingga dijatuhi hukuman maksimum 20 tahun penjara .
sumber: http://realitiabadi.blogspot.com/

Mangsa tetak minta ibu saudara cari tangan yang putus


Gambar hiasan

Kota Bharu: “Tolong cari tangan saya,” Itu yang diungkapkan Izani Ghazali, 43, kepada ibu saudaranya selepas pergelangan tangan kanannya putus akibat ditetak beberapa kali oleh individu dikenalinya dalam kejadian di Bukit Temalong, Gunong, Bachok, Rabu lalu.

Isteri Izani, Aidah Ariffin, 36, berkata, dia hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh ibu saudaranya yang menceritakan kembali kejadian itu kepadanya .

Katanya, suaminya terpaksa berlari menyelamatkan diri dalam keadaan berlumuran darah ke rumah ibu saudaranya itu yang terletak kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

“Suami meminta ibu saudara mencari tangannya yang putus di lokasi kejadian, sebelum anaknya membawa suami ke hospital untuk dirawat.

“Selepas itu, anggota polis dengan bantuan penduduk kampung mencari tangan suami dan menemuinya enam jam selepas kejadian dan terus membawanya ke hospital untuk penyambungan semula,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan, angkara dendam lama, Izani putus pergelangan tangan kanan apabila ditetak beberapa kali menggunakan senjata tajam oleh individu dikenalinya.

Kejadian berlaku jam 8.45 malam ketika dia dalam perjalanan ke rumah ibu mentua dari rumah ibu saudaranya dengan menunggang motosikal bersendirian.

Bagaimanapun, sebaik tiba di kawasan perumahan, dia didatangi seorang lelaki bermotosikal dari arah belakang bersama sekumpulan individu dan menetak tangan kanannya beberapa kali hingga putus.

Menurut Aidah, ketika kejadian dia berada di rumahnya di Besut, Terengganu dan hanya diberitahu mengenai kejadian menimpa suaminya itu oleh ibu mentuanya pada jam 9 malam.

“Tidak lama kemudian, adik ipar sekali lagi menelefon saya memaklumkan pergelangan tangan kanan suami putus.

“Mendengar berita itu saya terus ke Bachok bersama anak sebelum ke hospital,” katanya.

Ibu tujuh anak itu berkata, sebaik tiba di HUSM pada jam 3 pagi, ahli keluarga memberitahu suaminya sudah memasuki bilik pembedahan untuk penyambungan semula tangan yang putus.

Katanya, pembedahan selesai jam 9 pagi semalam dan suaminya kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan lanjut.

“Alhamdulillah, saya sempat melihatnya selepas dia keluar dari bilik pembedahan, namun masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mengikut kata doktor, pembedahan itu berjaya, namun suami masih perlukan pemantauan rapi,” katanya.

Ditanya mengenai individu yang menyerang suaminya, Aidah mengakui lelaki itu sudah lama menyimpan dendam terhadap suaminya dipercayai akibat sengketa lama.

“Suami tinggal menyewa di kawasan Bukit Temalong dan bekerja sebagai tukang paip. Kebetulan lelaki itu juga tinggal berhampiran dengan rumah ibu saudara suami dan mengambil kesempatan menyerangnya pada malam itu.

“Saya harap polis dapat segera menangkap lelaki itu dan menerima hukuman setimpal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesannya giat dijalankan.
sumber: http://realitiabadi.blogspot.com/

Dilarang Mandi Pada 3 Waktu Ini



3 Waktu Yang Dilarang Mandi !

A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam

Penjelasan :

A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.

B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita 'berhenti' dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.

Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.Wa Allahu'alam
sumber: http://tidakkalah.blogspot.com/

Gadis 19 Tahun Disihir Jadi Nenek

Terlihat satu laman web dari Indonesia tentang gadis berumur 19 yang berubah menjadi tua akibat disihir. Ada gambar yang disertakan tapi tak tahulah nak percaya ke tidak. Lepas siasat kat Google rupanya kisah ni memang dah popular kat Indonesia.

Ita Susilawati dan suaminya

Ita Susilawati, seorang perempuan yang menjadi pujaan lelaki2 dikampungnya berubah wajah dan badan menjadi nenek tua setelah dia berkahwin dengan suaminya, Hendra. Ketika perkahwinan mereka berumur kira2 3 bulan, Hendra kembali ke kampung halamannya untuk mencari kerja.

Ita kemudian bermimpi dikejar dan dipatuk dua ekor ular yang besar dan berwarna hitam. Pada mulanya dia menganggap itu cuma satu mainan tidur namun selepas tiga hari tengkuknya mula berasa panas dan perit seperti bekas ditampar dengan kuat. Tidak lama kemudian, kedua2 tangan dan pehanya tumbuh bintik2 merah, dadanya mengerut seperti kecut dan berasa seperti direbus dalam air panas!

Keadaan Ita Selepas Disihir

Semua doktor dan bomoh yang merawat Ita buntu dan tidak tahu apa punca sebenar penyakit misteri yang dideritai Ita. Dia dibawa pulang, suaminya masih tidak balik. Di rumah, Ita makin menderita. Kulit matanya membengkak seperti menutupi bahagian mata dan melebeh. Perutnya pula ditumbuhi benjolan sebesar penumbuk orang dewasa. Ada cerita yang mengatakan sebenarnya Hendra telah merampas Ita yang pada masa itu sudah bertunang.

Namun Ita memutuskan tunang dan berkahwin dengan Hendra. Hendra pula, selepas pulang lalu menemui Ita dalam keadaan begitu, telah pergi semula dan tidak kembali lagi.

Dikhabarkan,Hendra juga juga berkahwin lain selepas mendapati keaadan isterinya menjadi sedemikian rupa...Kesian Ita kan?

Akhirnya Ita meninggal atas penyakit misteri yang dideritainya. Sama ada betul atau tak andaian yang dia dah kena sihir, itu Wallahualam.
sumber: http://tidakkalah.blogspot.com/

Panas! Tiz Zaqyah Tayang Tubuhnya Dibekam

Siapa yang tidak mengenali artis genit dan cantik ini Tiz Zaqyah yang sememangnya sering menjadi perhatian di laman sosial.

Tiz Zaqyah yang sering muncul di kaca televisyen sering membuatkan peminatnya terhibur dengan telatah dan karektornya yang kadang kala mampu membuatkan penonton menangis.

Terbaru Tiz Zaqyah telah memuat naik gambarnya baru selesai berbekam dan mendedahkan belakangnya untuk tatapan umum.

Jom layan gambar Tiz Zaqyah di bawah.


sumber: http://tidakkalah.blogspot.com/

Gambar Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Menahan Sebak Ketika Menziarahi Makam Ayahandanya


Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tidak dapat mengawal air matanya ketika menziarahi makam Ayahandanya, Almarhum Sultan Azlan Shah selepas solat Jumaat semalam





sumber: http://idasyuhada.blogspot.com/

Kanak-Kanak Mati Tanpa Kepala: Suspek Kelar Leher Mangsa Guna Jubin Seramik


 ,Ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapat berita Siti Soffea menjadi mangsa pembunuhan kejam. Gambar kecil Siti Soffea Emelda.

Kanak-kanak perempuan 18 bulan yang ditemui mati tanpa kepala di Sungai Klang di sini, dipercayai dibunuh menggunakan serpihan jubin seramik, sebelum suspek terjun ke sungai itu.

Polis sudah mengenal pasti suspek kes kejam dan ngeri itu iaitu lelaki berusia lewat 30-an yang juga bekas banduan.

Sumber berkata, gambaran pada kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kompleks menunjukkan ada pengawal keselamatan melihat lelaki berkenaan berjalan bersama mangsa, Siti Soffea Emelda Abdullah.

Bagaimanapun sumber itu berkata, ketika itu mungkin pengawal keselamatan itu tidak tahu kanak-kanak itu diculik.

Siti Soffea bersama ibunya, Siti Salmy Suib, 32, di Kompleks Membeli-Belah Kota Raya dan kemudian meninggalkan anaknya bersama seorang kawan untuk ke tandas pada pukul 3 petang.

Bagaimanapun, selepas kira-kira lima minit, ibu mangsa mendapati kedua-duanya tidak kelihatan di tempat terakhir anaknya ditinggalkan di tingkat empat bangunan itu.

Siti Salmy hanya mendapat berita mengenai kejadian yang menimpa anaknya selepas polis menjejaki pergerakan kanak-kanak itu dan lelaki terbabit.

Pada kira-kira pukul 9 malam, beberapa orang awam melihat seorang lelaki mendukung Siti Soffea ke arah Sungai Klang, kira-kira 1.5 kilometer dari kompleks berkenaan.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad berkata, beliau sedang mandi di sungai berkenaan apabila melihat seorang lelaki tunduk melihat sesuatu yang seakan-akan patung.

"Apabila saya bergerak lebih dekat baharu saya nampak seorang kanak-kanak perempuan tanpa kepala hampir tenggelam dalam sungai.

"Lelaki itu nampak saya mendekatinya dan terus memandang tepat pada saya," katanya yang mendakwa melihat lelaki itu meminum darah dari kepala kanak-kanak yang dipenggal itu.

Mohammad, 29, yang tinggal di bawah jambatan kemudian meminta pertolongan rakannya yang dikenali sebagai Las.

Mohammad and Las juga mengaku melihat suspek mengelar leher Siti Soffea menggunakan serpihan jubin seramik dan mengisi darah kanak-kanak itu ke dalam botol.

"Apabila polis tiba, lelaki itu terjun ke sungai dan cuba melarikan diri," katanya yang menghubungi polis, manakala Las diminta memerhati pergerakan suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis percaya suspek mati lemas ketika cuba melarikan diri.

Polis kini berusaha mengesan mayat suspek di dalam sungai itu dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Kong Meng berkata, beberapa serpihan jubin seramin, kesan darah dan sepasang selipar dipercayai milik suspek ditemui di lokasi kejadian.

Pemeriksaan ke atas mayat Siti Soffea mendapati bahagian belakang kepala kanak-kanak itu juga pecah, dipercayai akibat hentakan.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Suami Erma Fatima, Bade Kahwin Lagi


Utusan Malaysia hari ini tampil dengan satu laporan menarik yang mengatakan pengarah filem terkenal, Badaruddin Azmi atau lebih dikenali dengan Bade dikatakan berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita muda baru baru ini.

Majlis meraikan pernikahan baru suami kepada Erma Fatima & seorang wanita muda berusia awal 30′an bernama Aida Abdul itu telah berlangsung di sebuah hotel di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu & turut dihadiri beberapa artis terkenal termasuk Rosyam Nor.

Wartawan Utusan Malaysia dalam laporan itu juga mendakwa mereka telah menerima gambarsekitar majlis perkahwinan tersebut walaupun usaha untuk mendapatkan pengesahan dari Bade mahu pun Erma Fatima sendiri menemui jalan buntu.

“Bade dan isterinya difahamkan telah bernikah sekitar dua bulan lalu di negara jiran. Wanita berkenaan juga merupakan orang yang terlibat dalam bidang penerbitan drama dan filem dan kini membantu produksi Bade sendiri,” jelas sumber.

Erma Fatima kini berada di Sepanyol untuk menjalani penggambaran karya terbarunya. (rtky/m)
sumber: http://www.rotikaya.com/

Punca Sebenar Lelaki Penggal Budak Perempuan


Seorang budak perempuan ditemui dengan keadaan yang sangat menyayat hati iaitu kepala terputus. Pelaku kes terbabit dipercayai seorang warga asing.



Tonton video bagaimana suspek cuba menculik budak perempuan terbabit.


Berikut merupakan laporan polis yang telah dibuat.

Selamat Pagi

YDH Dato Seri/Dato/Tuan.

Thsl rpt/19113/14
Sek. 302 KK
IO : Asp Suhaimi Muhamad

Pgadu: Anggota Pust Kawalan IPD Dwangi.

Fakta Kes :

Pada 29.5.14 jm lk 2100 hrs , tlah terima maklumat brkenaan tlah trjumpa satu mayat di kawasan tepi sungai Klang dipercayai seorang kanak2.

2. Siasatan Awal

Pihak polis telah jalankan siasatan awal dan dapati satu mayat dipercayai perempuan di jumpai tertiarap dan kepalanya putus dan berada berdekatan kakinya.

Pemeriksaan pihak Forensik, dapati mayat trsebut adalah kanak2 perempuan dan semasa dijumpai masih memakai seluar panjang putih dgn pampers dan tidak berbaju. Terdapat kesan potong dileher dan belakang tengkorak pecah. Tiada luka luar lain.

Dijumpai ditmpat kjadian adalah 1. Sandal hitam (dipercayai milik saspek), 2. Sepasang Sandal kanak2 hitam hijau, 3. Baju kanak2 tidak berlengan warna putih, 4. Tali pengikat rambut dan 5. Serpihan ceramic (dipercayai diguna utk potong leher mangsa ).

3. Maklumat seterusnya tlah membawa (1) P M dipercayai ibu mangsa dikenali sbg SITI SALMY BT SOIB , KP 820211-14-6100.

Menurut SITI SALMY, dia lepak bersama kwn2 di tkt 4 Kotaraya lk jam 3-4 pm . SITI SALMY kemudiannya tlah pergi ke tandas dan minta kawan2nya jagakan anaknya sebentar. Apabila kluar 5 minit kmudian dpti anaknya tiada. Mreka tlah mncari tp tdk jumpa, sehinggalah pnemuan mayat kanak2 ini.

Temuduga ke atas SITI SALMY tlah dijalankan dan dia tlah berikan deskripsi anaknya. ( dapati bersamaan dgn mangsa ).

Mnurut SITI SALMY anaknya bernama SITI SOFFEA EMELDA berumur 2 tahun 6 bulan.

Keterangan Saksi.

Saksi (2) orang Sabahan, mngatakan mereka nampak (1) L WN asing mendukung mangsa berjalan meredah rumput di tebing sungai l, mangsa tidak berbaju dan masih hidup. Kmudian, saksi nampak saspek tlah cekik mangsa menekan ke tanah dan kmudiannya mengambil objek sperti ceramic dan memukul ke arah kepala mangsa. Saksi tlah panggil Polis Bantuan Public Bank berdekatan, dn bila menyedari kedatangan Polis Bantuan, saspek tlah trjun ke sungai Klang dan dibawa arus.

Dan berikut merupakan punca sebenar mengapa suspek yang merupakan warga asing nekad melakukan perbuatan kejam tersebut.

Dan di bawah ini pula merupakan suspek yang dipercayai melakukan jenayah kejam terbabit.
sumber: http://www.mazeermohamad.com/

Anggota Polis Penjaga Kaabah Cetus Kemarahan Orang Ramai


Gelagat seorang anggota polis Arab Saudi meletakkan kakinya di kawasan Kaabah ketika berkawal di Hajar Aswad, baru-baru ini mengundang kemarahan Gabenor Makkah, Putera Mishal Bin Abdullah Bin Abdul Aziz.

Gambar tersebar di laman sosial itu turut menyinggung perasaan umat Islam di seluruh dunia hingga mencetuskan kemarahan di laman sosial.

Atas dasar itu, Putera Mishal mendesak Ketua Polis Makkah, Majer Jeneral Abdul Aziz Al-Souli menyiasat kejadian tersebut dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis berkenaan.

“Saya sudah mengarahkan ketua polis untuk menyoal siasat anggota terbabit dan tindakan perlu dikenakan,” katanya.

Gulf News melaporkan, dipetik dari Al-Arabiya, aksi anggota itu secara terang-terangan menggambarkan beliau tidak menghormati tempat suci itu.

“Pihak berkuasa harus mengetatkan undang-undang dan memilih hanya anggota yang benar-benar layak untuk berkawal di situ,” menurut laporan itu. 
sumber -http://aiskosong.com/

FELIXIA YAP Tayang Kekayaan Resit Bank Baki RM7 JUTA


Selepas bekas modelPlayboy Felixia Yap memberikan kata-kata pedas kepada beberapa pihak yang cuba mengaibkannya baru-baru ini, kali ini di laman Facebooknya beliau cuba memberi motivasi kepada orang ramai. Felixia memaparkan gambarnya sedang memegang sekeping resit baki sebuah bank dengan baki akaunnya berjuta-juta.

“Siapalah yang kaya sampai tahap ni?.. Hmm.. tapi tak mengapa kalau akaun bank tak melimpah sebegini.

“Biar kaya iman, kaya budi bahasa, kaya pengetahuan dan kaya pahala.. daripada kaya dalam bank akaun, tapi miskin untuk dunia akhirat,” katanya menyindir pedas.

Resit bank berkenaan tertulis baki sebanyak RM7,000,987.35 yang memang melimpah ruah duitnya.

Dihujung status Facebooknya, rupa-rupanya slip bank berkenaan adalah resit yang direka untuk tujuan penggambaran bagi sebuah drama telemovie hari ini.

Felixia pada satu artikel dilaporkan di Mynewshub hanya menunggu sahaja saat beliau akan memeluk Islam dan mengucapkan dua kalimah syahadah.

Di laman Facebooknya atas nama Felixia Yap pun sudah berlumba-lumba lelaki yang pelbagai jenis nak berkenalan dan mahu menjadikan Felixia sebagai teman hidup.

Kita berharap Felixia yang cantik jelita ini akan segera memeluk Islam dan boleh menggunakan keayuan dan kebaikannya untuk menarik ramai lagi wanita untuk berhijab dan menjadi Muslimah yang baik.
sumber: http://aiskosong.com/

Keluarga Kanak-Kanak Mangsa Rogol Bersembunyi, Tidak Mahu Diganggu


 Keluarga remaja berusia 15 tahun yang dirogol beramai-ramai di sebuah rumah kosong di Ketereh pada 20 Mei dikatakan sedang berada di bawah tekanan yang kuat selepas kejadian malang itu menimpa anak perempuan mereka.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Norazman Ab. Manaf berkata sejak insiden itu disiarkan oleh media, keluarga tersebut pergi menyembunyikan diri dan diselubungi kesedihan dan rasa malu dengan apa yang berlaku.

"Kami menghantar pegawai kaunseling kami ke rumah mereka di Kuala Krai pada Rabu tetapi rumah itu kosong. Pegawai saya berjaya mendapatkan bapanya melalui telefon dan diberitahu bahawa dia telah memindahkan keluarganya ke rumah saudara dan meminta semua pihak meninggalkan keluarganya bersendirian," kata Norazman ketika dihubungi, Jumaat.

Gadis berusia 15 tahun yang merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik mendakwa dirogol secara berkumpulan termasuk oleh seorang bapa berusia 38 tahun dan dua anaknya.Beberapa orang suspek telah ditahan oleh polis bagi membantu siasatan selepas bapa mangsa membuat laporan polis pada 25 Mei.


Norazman berkata dalam perbualan telefon dengan bapa mangsa, dia menolak kaunseling untuk anak perempuan dan keluarganya serta meminta untuk tidak diganggu bagi membolehkan keluarganya pulih dari trauma.
"Dia juga memberitahu kami bahawa dia tidak mempunyai niat untuk bertemu sesiapa kerana ia akan menjejaskan penyiasatan polis dan berjanji untuk menghubungi kami selepas mereka telah pulih daripada pengalaman yang dahsyat ," katanya.
sumber: http://www.mstar.com.my/
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved