[x]

” Rosyam Nor” Menafikan Beli Kereta McLaren MP4-12C

on Thursday 31 October 2013


GAMBAR yang didedahkan sebuah blog hiburan menunjukkan Rosyam (berdiri kanan) bersama kereta McLaren MP4-12C.

 Pelakon dan penerbit drama terkenal, Rosyam Nor semalam menafikan dakwaan bahawa dia membeli sebuah kereta mewah jenama McLaren MP4-12C yang dianggarkan berharga RM3.6 juta di negara ini.

Rosyam, 46, ketika dihubungi memberitahu, kereta yang dibina dengan menggunakan teknologi Formula 1 itu sebenarnya dipinjam daripada seorang rakan untuk sebuah drama lakonannya yang bakal ditayangkan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lama lagi.

“Sumpah kereta itu bukan milik saya. Ia berharga lebih RM3 juta, mana mungkin saya mampu membelinya,” tegas pelakon filem Castello itu.

Menurut beliau, meskipun syarikat penerbitan miliknya, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. telah banyak menerbitkan drama dan filem tempatan, namun dia menyifatkan kejayaan tersebut belum cukup untuk membolehkan dirinya membeli super car seperti itu.

“Saya bersyukur atas segala rezeki yang telah dikurniakan kepada saya melalui pengiktirafan serta kejayaan yang diperoleh melalui Suhan Movies, namun belum tiba masanya untuk saya memiliki kereta tersebut.

“Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa segala kejayaan yang saya peroleh melalui syarikat penerbitan itu adalah hasil daripada kerjasama pelbagai pihak termasuk para pelakon dan pengarah yang telah banyak memberikan sumbangan serta idea dalam usaha kami menerbitkan drama-drama tempatan,” katanya.
Semalam, sebuah blog hiburan tempatan melaporkan bahawa Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin telah membeli sebuah kereta McLaren MP4-12C yang dianggarkan berharga RM3.6 juta.

Turut dimuatkan dalam blog tersebut ialah sekeping gambar yang menunjukkan dia sedang berada di pekarangan sebuah rumah sambil melihat ke arah kereta McLaren yang berwarna hitam itu.

Dalam perkembangan yang lain, Rosyam memberitahu, bahawa dia akan terbang ke Bangkok, Thailand pada minggu hadapan bagi menyiapkan proses terakhir pembikinan filem terbaharu terbitan Suhan Movies iaitu Balistik yang diarahkan oleh Silver.

“Selepas kejayaan filem Castello pada 2006, kini saya kembali di layar perak untuk filem ala gangster yang kedua terbitan Suhan Movies.

“Selain itu, sebuah lagi filem terbitan Suhan Movies berjudul Isyarat Cinta sedang giat disiapkan dan ia diarah oleh pengarah KL Menjerit, Bade Azmi,” ujarnya.

Filem pertama terbitan syarikatnya, Castello yang ditayangkan pada tahun 2006 berjaya mencatat kutipan mencecah RM1.56 juta.

Anak kelahiran Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur itu juga telah memenangi pelbagai anugerah dalam dunia lakonan.
sumber: http://donnyien.com/

Waris Akur AIM Singkir 'Botingkek' Kerana Karya Ciplak


Waris

PETALING JAYA: Lagu Botingkek nyanyian Waris yang ditolak daripada Anugerah Industri Muzik 20 (AIM 20) kerana ia karya ciplak tidak menghalang penyanyi itu terus mengambil karya-karya lain untuk dijadikan inspirasi dalam lagu yang ditampilkan.

Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias, 24, berkata, dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka apabila pihak AIM 20 menggugurkan lagu Botingkek untuk dicalonkan dalam senarai akhir anugerah tersebut bagi kategori hip hop.

"Saya berada dalam industri muzik ini bukan kerana ingin mencapai anugerah tetapi jika ada, ia satu bonus buat kerjaya saya.

"Apabila Botingkek ditarik keluar, saya faham dan perkara tersebut tidak menghalang saya menyampaikan lagu Melayu yang diambil daripada lagu-lagu lain," katanya.

Sebuah akhbar pada Khamis telah melaporkan, lagu Botingkek yang turut dinyanyikan Juzzthin ciptaan DJ Fuzz telah diciplak sepenuhnya daripada lagu Racks, nyanyian YC dan Future.

Hal tersebut membuatkan lagu tersebut ditolak terus daripada dicalonkan dalam AIM.Bagaimanapun lagu Rembau Most Wanted, ciptaannya sendiri layak ke peringkat akhir anugerah berprestij tersebut.

Tambah Waris, keadaan itu langsung tidak menjatuhkan semangatnya apabila ramai peminat sukakan Botingkek selain mesej lirik tersebut juga dianggap sampai kepada pendengar.

"Saya tahu ramai yang tidak memahami konsep muzik hip-hop yang menjadikan lagu lain sebagai sampel dalam sesebuah karya yang dihasilkan.

"Mungkin dengan menghasilkan lebih banyak lagu sebegitu pada masa depan akan mengubah persepsi masyarakat mengenai erti ciplak dalam sesebuah muzik hip-hop," tegasnya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Waris bakal muncul dengan sebuah lagu bergandingan dengan Datuk Hattan berkonsepkan muzik reggae.
sumber: http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Ayu Raudhah Dan Keluarga Bercuti Di Paris


Baru-baru ini, Ayu Raudhah bersama suami, Zaquan Adha dan anak telah bercuti ke Paris. Gambar percutian mereka telah dikongsi bersama di akaun Insta miliknya. Gambar penuh selepas ini.















sumber: http://perihalnegara.blogspot.com/

Gambar Shila Amzah Semasa Kecil

Menerusi laman Instagram, Shila Amzah dilihat memuat naik beberapa gambar kenangan beliau juga gambar bersama ayahnya ND Lala ketika semasa kecil. Cute dan comel...Pasti banyak kenangan indah yang beliau kecapi dizaman itu....




sumber: Kezoom

Ridhzuan (R2) Akui Sukar Cari Rezeki Jadi Pelawak

 Pelawak Ridhzuan Mat Ali yang pernah menjadi anggota kumpulan R2 dalam program Raja Lawak 5 terbitan Astro terpaksa mencari pekerjaan lain berikutan lawaknya sukar mendapat perhatian.

Ridhzuan berkata, keadaan tersebut membuatkan dia mengambil keputusan untuk bekerja secara tetap di sebuah syarikat logistik di Pelabuhan Klang, dekat sini.

"Apa yang dapat dilihat bakat pelawak yang ada jauh lebih hebat berbanding bakat saya dan ia agak sukar untuk saya menyaingi mereka pada masa ini.

"Dan selepas beberapa bulan melihat tawaran kerja seni semakin kurang, saya perlu membuat keputusan untuk mencari kerja lain bagi menampung hidup.

"Tak bolehlah nak biarkan masa berlalu tanpa kerja dan kerana itu saya membuat keputusan untuk bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat logistik di Pelabuhan Klang," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Dalam kumpulan R2, Ridhzuan bergandingan dengan abangnya iaitu Rahim.

Bagaimanapun tambah Ridhzuan, keluar daripada dunia hiburan tidak bermakna dia akan melupakan terus cita-cita untuk bergelar seorang pelawak berjaya.

Malah dia akan menerima sebarang kerja lakonan sekiranya ada pihak penerbit yang berminat untuk bekerjasama dengannya.

"Saya mengambil sikap positif dengan memikirkan saya masih muda dan banyak perkara yang perlu belajar sebelum ingin bersaing dengan pelawak-pelawak yang tersedia ada.

"Walaupun tidak terlibat dengan industri hiburan, ia tidak bermakna saya mengalah. Cuma bakat saya belum kuat lagi. Nak melawak bukannya kerja senang. Apabila tiba masanya nanti, saya akan kembali," tuturnya.

Dalam pada itu, Ridhzuan berkata, dia tetap menyokong Rahim yang masih aktif dalam dunia seni termasuklah dilamar menganggotai Shuib dan Jepp menerusi kumpulan Sepahtu dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 yang akan berlangsung bermula 15 November depan.
sumber: Kezoom

Tahniah Ezad Lazim Kini Bergelar Bapa

Ezad Lazim, 34, kini bergelar seorang bapa kelmarin apabila isterinya Nor Azeana Ramli, 34, selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Bagaimanapun, Nor Azeana terpaksa dibedah untuk melahirkan bayi pertamanya itu di Hospital Ampang, Selangor.


Menerusi laman Facebook, Ezad berkongsi berita gembira ini dengan semua peminat. Dia melahirkan kegembiraan kerana sudah bergelar bapa dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan isteri dan anaknya.

"Doktor menjangkakan isteri saya bakal melahirkan anak pada hujung tahun ini. Justeru isteri saya yang bekerja sebagai pengurus jualan sebuah hotel di Ampang merancang untuk melahirkan anak di sebuah hospital swasta di Taman Melawati, Hulu Klang.

Sebenarnya, ada sebab untuk Ezad bergembira kerana sebelum ini, difahamkan dia pernah melahirkan kebimbangan mengenai kesihatan isterinya yang menghidap komplikasi enam jenis penyakit ketika mengandung.


Justeru setiap masa dia berdoa agar segala-galanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Doktor menjangkakan Zeana bakal melahirkan anak pada hujung tahun ini. Justeru isterinya yang bekerja sebagai pengurus jualan sebuah hotel di Ampang merancang untuk melahirkan anak di sebuah hospital swasta di Taman Melawati, Hulu Klang.

Bagaimanapun disebabkan berdepan masalah, dia segera dikejarkan ke sana baru-baru ini. Namun, hospital swasta ini merujuk kesnya ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut. Namun, sekali lagi dia dipindahkan pula ke Hospital Ampang kerana tinggal di kawasan itu.

Dalam pada itu, Ezad turut memberitahu yang kandungan Zeana berusia lapan bulan tiga hari ketika anaknya dilahirkan. Beratnya hanya 1.7 kilogram dan sekarang anak mereka ditempatkan di bawah kawalan rapi doktor. Namun, dia bersyukur kerana keadaan bayinya stabil.
Sehingga kini, dia juga belum memikirkan nama untuk anak mereka.
sumber: Kezoom

29 Kelebihan Ais

ZAT di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Banyak sungguh fakta kelebihan ais. Secara ringkasnya berikut ialah fakta kelebihan ais;

1) Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

2) Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

3) Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

4) Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

5) Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

6) Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

7) Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

8) Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

9) Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

10) Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

11) Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

12) Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

13) Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

14) Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

15) Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

16) Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

17) Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

18) Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

19) Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

20) Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

21) Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

22) Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

23) Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

24) Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

25) Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

26) Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

27) Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.

28) Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

29) Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Air sejuk ada kebaikan dan keburukannya. Bagi pesakit asma, air sejuk tidak berapa elok. Kesimpulannya, pesakit asma tidak digalakkan guna air sejuk banyak-banyak untuk elak daripada mendapat kemudaratan daripada mendapat kebaikan.
sumber: http://biarbetikk.blogspot.com/


Read more: http://biarbetikk.blogspot.com/2013/10/29-kelebihan-ais.html#ixzz2jITABdKX

Zain Saidin & Che Ta Digosipkan Akan Nikah 11.12.13


Pelakon Zain Saidin menolak desas-desus kononnya dia dan aktres Rozita Che Wan bakal bernikah pada 11 Disember depan mengambil angka 11.12.13.

Zain, 29, berkata, dia dan Rozita akan mengadakan sebuah sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada pertengahan bulan hadapan selepas dia kembali dari Amerika Syarikat kerana menjalani penggambaran.

"Saya tidak pernah memberitahu kepada sesiapa untuk bernikah pada tarikh tersebut dan itu hanyalah andaian daripada pihak lain dan bukannya datang dari mulut saya atau pun Rozita.

"Bagaimanapun persoalan itu akan terjawab pada satu sidang media khas untuk mengumumkan perkara itu sekembalinya saya daripada Amerika Syarikat pada pertengahan bulan hadapan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Akhbar melaporkan pasangan itu dipercayai memilih tarikh tersebut kerana ia mempunyai turutan angka yang menarik dan sumber turut mengesahkan mengenai perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Zain tidak menafikan tarikh berkenaan istimewa dan menjadi pilihan banyak pasangan pengantin untuk melangsungkan perkahwinan.

Gambar majlis merisik Zain dan Rozita yang diadakan di Carcosa Seri Negara pada 29 September lalu. Foto Ihsan AnnasEaskey Photography.
"Ia adalah tarikh popular dan saya agak bimbang sekiranya kami memilih tarikh itu ia akan bertembung dengan banyak majlis lain yang mungkin akan menimbulkan masalah.

"Apa-apa pun masih belum ada keputusan muktamad mengenai tarikh kahwin kami dan ia akan dijelaskan pada sidang media itu nanti," ujarnya.

Pada 29 September lalu, keluarga Zain merisik Rozita dalam satu majlis tertutup di Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

Sementara itu, mengulas mengenai kekasihnya mengadakan sesi bergambar pra-perkahwinan di London baru-baru ini, Zain berkata, dia tidak dapat menyertai Rozita kerana sedang menjalani penggambaran Fear Factor di Cape Town, Afrika Selatan.

"Rozita ke sana bersama ahli keluarga yang lain dan dia ke sana bukan semata-mata untuk mengambil gambar pra-perkahwinan tetapi menguruskan beberapa perkara lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zain berkata, dia bakal berangkat ke Amerika pada Jumaat (esok) untuk menjalani penggambaran telefilem Oh! My English.
sumber: mStar

Wanita Ini Mengelilingi Dunia Sambil Membawa Rangka Manusia

New York - Ketika keliling dunia, para pelancong biasanya membawa barangan keperluan untuk perjalanan. Tetapi, pelancong wanita yang berasal dari AS ini membawa sesuatu yang pelik. Dia membawa kerangka manusia!

Susan Weese, pengembara wanita berasal dari AS yang mengelilingi dunia membawa kerangka manusia. Tapi kerangka in bukan dari tulang asli manusia, melainkan kerangka tiruan yang diperbuat daripada plastik. Rangka kesayangannya ini bernama Sam. Dengan setia, Sam menjadi teman melancong paling setia Susan mengelilingi dunia selama satu tahun.

Bersama sahabatnya ini, Susan telah berkunjung ke Venice, Rom, Paris, New York dan banyak tempat lain. Bagaikan pasangannya, mereka berdua selalu pose bersama di setiap tempat persinggahan.
Perjalanan bermula pada 1 November 2012. Idea Susan muncul ketika perayaan Halloween dan secara tiba-tiba ia ingin mengelilingi dengan membawa Sam.

Melancong bersama kerangka manusia itu tidak selamanya dianggap idea yang baik. Beberapa penumpang ketakutan akibat ada kerangka manusia duduk di atas kerusi penumpang. Susan memang sengaja meletakkan Sam di kerusi penumpang seperti manusia normal.

"Sam beratnya 12 kg, saya boleh lebam-lebam kalau terus menggendongnya ke mana-mana," ujar Susan.

Walau pun berat, Susan bertekad untuk mengambil foto bersama Sam di setiap tempat. Ia pun bercerita pernah mengalami kesukaran untuk pekara ini.

"Membawa Sam dan mengambil foto di Jambatan Brooklyn ketika salji dan hujan angin bukanlah hal yang mudah," ungkap Susan.
sumber: http://dairishare.blogspot.com/

Gambar Stella, Bayi Cheryl Samad

 Dalam sibuk para selebriti melangsungkan majlis pernikahan dan resepsi, tak sangka pula pengacara Cheryl Samad telahpun selamat melahirkan anak sulungnya sekitar 18 Oktober lalu.

Di beri nama Stella...jom lihat sekeping gambar bayi yang dimuat naik Cheryl sendiri menerusi laman Instagram beliau....Cheryl Samad telah pun berkahwin dengan Ng Ping Ho pada 30 April 2011. Tahniah diucapkan.

"Meet our little girl, Stella.We've been waiting for her for a long time.She finally arrived on Friday the 18th of October. We feel very blessed."









sumber:kezoom

Kucing Comel Bertukar Ganas!

Benda ini adalah lilin yang direka oleh PyroPet. Apabila lilin ini dibakar, ia akan menampakkan bentuk logam kucing yang jahat, kuku tajam dan api menjulang-julang kat matanya. Daripada kucing comel ke kucing ganas. Benda ini hanya sekadar hobi untuk dikumpulkan dan juga untuk orang yang suka pada keunikkan.









Sumber: Pyropet

Datuk Rahim Razali Selamat Jalani Pembedahan Otak

Pelakon Datuk Rahim Razali,(gambar) 71, selamat menjalani pembedahan bagi membuang pendarahan dalam otaknya kira-kira pukul 8 pagi Khamis di Pusat Perubatan Sunway di sini.

Anak kepada seniman itu, Nadia Rahim, 41, berkata, pembedahan tersebut dijalankan selama sejam lebih dan bapanya kini ditempatkan di High Dependency Unit (HDU) iaitu tempat pesakit kritikal yang memerlukan pemerhatian selepas menjalani pembedahan.

"Alhamdulillah, ayah telah selamat menjalani pembedahan dan ia mengambil proses selama sejam lebih. Dia kini ditempatkan di HDU.

"Bagaimanapun saya dalam perjalanan ke hospital untuk melawatnya tetapi emak ada menemani dia di sana," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Rahim dimasukkan ke Pusat Perubatan Sunway di sini pada Ahad lalu selepas mengalami sakit kepala ketika menjalani penggambaran rancangan sukan terbitan Astro Arena di Kuantan, Pahang sehingga terpaksa di bawa pulang ke Kuala Lumpur.

Selepas dihantar ke pusat perubatan itu oleh keluarga, pihak hospital terpaksa menahan Rahim apabila ujian sinar X mendapati terdapat kesan darah pada otaknya dikenali sebagai subdural hemorrhage) yang perlu dibedah segera.[mStar]
sumber: http://bloginfo4uall.blogspot.com/

Pengawal Keselamatan Bersenjata Rompak Kedai Emas

Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan.

Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah.
sumber: Kezoom

Faizal Ismail Jadi DJ Sambilan Selepas Disember Nanti

Beberapa hari lalu, kecoh seketika apabila penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail membuat pengumuman di laman sosial miliknya bahawa dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai penyampai stesen radio tersebut.

Selepas beberapa hari, akhirnya selebriti ini mengambil keputusan untuk membuat pengumuman rasmi sekaligus menamatkan tanda tanya di kalangan peminat tentang tindakan drastik yang diambilnya sebelum ini.

"Saya memang mengambil keputusan untuk meninggalkan stesen radio Hot FM tetapi bermula Disember ini saya akan kembali ke stesen itu sebagai penyampai sambilan sahaja. Saya akan ke udara pada hujung minggu sama ada Sabtu atau Ahad.

"Saya mengambil langkah ini untuk memberikan tumpuan kepada perniagaan yang saya jalankan iaitu FBI Entertainment yang saya usahakan bersama isteri. Saya mahu pecahkan kepompong, luaskan pengalaman dan mencabar diri untuk terlibat dalam bidang perniagaan pula dan saya mahukan perubahan dalam hidup.

"Selepas ini, perniagaan adalah keutamaan. Setakat ini, saya tidak berminat langsung untuk ke stesen radio lain seperti yang diperkatakan ramai. Bagaimanapun saya masih mengacarakan rancangan televisyen seperti biasa," ujarnya dalam satu sidang media khas pengumuman tersebut yang diadakan di Marche, The Curve sebentar tadi.
sumber: Kezoom

Rupa Air Zamzam Berwarna Hitam Ketika Melalui X-Ray

 Air zamzam berbeza dengan air biasa. Air dari tanah suci Makkah yang sering di bawa pulang dari mengerjakan haji ini bila dilihat dari X- Ray kelihatan lebih pekat.

Seperti yang dipetik dari sumber indonesia, di Madinatul Hujaj , Jeddah , Arab Saudi , di tempat bagasi jemaah haji yang terbang dengan Garuda Indonesia.

melalui mesin X- Ray dikata air zamzam berwarna pekat dan kelihatan hitam. Sedang air biasa kelihatan biasa saja.

"Air zamzam berbeza, jadi mudah dikenali melalui X- Ray ," jelas petugas X- Ray Garuda, Zainul kepada wartawan.

Di Hujaj ini , pasukan X- Ray Garuda melakukan pemeriksaan . Jamaah haji memang dilarang membawa air zamzam berkaitan keselamatan penerbangan.

Setiap jamaah haji akan mendapatkan zamzam sebanyak 5 liter perorang .Air Zamzam itu diberikan Garuda dalam bungkusan khas yang lebih selamat.
sumber: http://www.tawaunetwork.com/

Kes Saman Fitnah Bekas Isteri Hattan Terhadap Oh Bulan Selesai

Kes saman fitnah RM1 juta yang difailkan bekas isteri Hattan berhubung satu artikel akhirnya berjaya diselesaikan dengan baik selepas pemilik blog hiburan Oh Bulan! membuat permohonan maaf di Mahkamah Tinggi semalam.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin merekodkan pernyataan bersama itu dengan dihadiri peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili plaintif, Noorfarashikin Othman dan peguam Andrew Suresh bertindak bagi pemilik blog itu, Driven Communications Sdn Bhd.

Pada 3 Julai tahun lepas Noorfarashikin, 33, yang bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin menfailkan saman itu atas dakwaan defendan telah menerbitkan satu artikel yang menfitnahnya melalui laman portal hiburan tersebut.

Andrew semasa membacakan pernyataan bersama itu berkata defendan sangat menyesali berhubung penerbitan artikel itu dan ingin secara ikhlas menghulur kemaafan kepada plaintif.

Beliau berkata defendan menerima bahawa dakwaan-dakwaan di dalam artikel itu adalah tidak benar dan tanpa asas.

Amer Hamzah ketika membacakan pernyataan itu berkata defendan bersetuju untuk membuat permohonan maaf tanpa syarat terhadap plaintif dan defendan membuat aku janji untuk tidak mengulangi dakwaan-dakwaan itu dan juga telah membuang artikel yang dipertikaikan itu dari laman webnya.

Amer Hamzah berkata sehubungan itu anak guamnya merasakan dakwaan terhadapnya telah disangkal dan merasa lega untuk membiarkan perkara ini berakhir.

Noorfarashikin dalam writ samannya berkata artikel itu antara lain bermaksud beliau merupakan seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia.

Dalam pernyataan tuntutannya, wanita itu antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Beliau berkata reputasi peribadi dan profesionalnya telah rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu.

Amer Hamzah ketika ditanya pemberita mengenai terma-terma penyelesaian berkata bahawa pihaknya tidak boleh mendedahkannya. – BERNAMA
sumber: Kezoom

Izzue Islam Serah Soal Anak Pada Takdir


Pelakon dan penyanyi terkenal, Izzue Islam akui kekangan masa bersama isteri tercinta, Awin merupakan salah satu sebab mengapa mereka belum dikurniakan cahaya mata sehingga kini.

Menurut Izzue, dia dan isteri sering sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga menyebabkan mereka tiada masa untuk merancang bulan madu bersama.

Alhamdulillah seperti pasangan berkahwin yang lain, kami sangat bahagia. Sebelum atau selepas kahwin, semuanya sama, tiada sebarang perbezaan. Cuma dulu kami duduk berasingan, tetapi sekarang dah duduk satu bumbung, jadi pengurusan itu lebih mudah dan teratur.

Pasal anak, Insyallah, kalau ada rezeki, adalah. Kami memang tak pernah rancang. Kalau Tuhan nak bagi rezeki awal, kami terima.

Buat masa ini kami sibuk dengan tugas masing-masing, sampaikan belum ada masa untuk pergi bulan madu sendiri. Bulan madu yang sebelum ini pun kami pergi atas urusan kerja (penggambaran).

Meskipun begitu, pelakon drama Sahabat ini akui perkara tersebut langsung tidak menjejaskan keharmonian rumah tangga mereka, malah merasa selesa dengan kehidupan sekarang.

Insyallah, memang ada rancangan untuk pergi bulan madu sendiri, tapi buat masa ini belum ada masa yang sesuai.

Walaupun masing-masing sibuk, tapi kami tak ada masalah. Kami Ok je dengan semua ini. Kadang-kadang Awin ada juga datang ke lokasi penggambaran saya untuk lihat bagaimana saya bekerja.

Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan baik.
sumber: http://www.ohbulan.com/


Alif Satar Sudah Mahu Kahwin


Penyanyi yang popular dengan lagu 'Lelaki Seperti Aku', Alif Satar mengakui sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin. Malah, Alif turut memberitahu dia pernah meminta pandangan Tomok tentang hasratnya untuk berkahwin pada usia muda.

“InsyaAllah jika ada rezeki saya akan menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan. Kalau boleh saya tak nak menghebahkan perkara ini kerana saya tak mahu perkara buruk terjadi kerana terlalu bercakap mengenainya,” ujar Alif ketika ditemui di sidang media Idola Kecil musim keenam di Platinum Movie Lounge, Cathay Cineplex, Kuala Lumpur pada Selasa.
sumber: http://www.gua.com.my/

Patah kaki lif menggelongsor


Kuala Lumpur: Seorang wanita patah kaki kanan selepas lif dinaiki di sebuah pusat beli-belah di sini tiba-tiba menggelongsor dan berhenti di tingkat 20, serta terkurung lebih setengah jam sebelum berjaya diselamatkan pengawal keselamatan premis berkenaan.

Dalam kejadian jam 3 pagi Sabtu lalu, mangsa, Nor Intan Baiduri Abdul Rashid, 24, bersama tunangnya yang ingin ke tempat letak kereta menaiki lif sebelum tiba-tiba ia gagal berfungsi dan terus menggelongsor.
Malah akibat lif itu berhenti mengejut menyebabkan kaki kanannya patah selepas terhentak dengan kuat di lantai.

Menceritakan semula kejadian itu, Nor Intan berkata, sebelum kejadian itu dia bersama tunang makan malam di sebuah restoran di premis terbabit yang terletak di tingkat 57.

 “Selepas makan saya dan tunang bersama dua lagi pelanggan menaiki lif terbabit bagaimanapun ketika di tingkat 28, tiba-tiba ia bergegar dan terus turun dengan laju sebelum berhenti mengejut di tingkat 20.
-sumber: -Hmetro

Anuar Zain Tiada Isu 'Lelaki Ini' Dinyanyikan Artis Indonesia

Anuar Zain

Penyanyi Anuar Zain tidak mempersoalkan lagu popularnya Lelaki Iniyang dinyanyikan semula oleh artis Indonesia, Cakra Khan menggunakan lirik berjudulTak Bisa Pilih.

Anuar berkata, ia disebabkan lagu ciptaan komposer Indonesia, Numata itu yang diikat kontrak dengan syarikatnya iaitu Anuar Zain Network sudah pun tamat pada lima tahun lalu.

"Eksklusif lagu tersebut dengan syarikat saya telah lama tamat tempohnya lebih kurang lima tahun lalu.

"Jadi terpulanglah pada komposer itu (Numata) untuk berbuat apa sahaja ke atas lagu ciptaannya," katanya kepada mStar Online menerusi e-mel yang dikirimkan si sini pada Rabu.

Tambah Anuar, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan perubahan lirik lagu tersebut kerana ia adalah hak komposer terbabit sama ada ingin membuat pembaharuan pada lagu tersebut ataupun tidak.
Cakra Khan

Sebaliknya kata Anuar dia berasa bangga kerana lagu itu dimaksimumkan penggunaannya dan sebagai penyanyi asal, Anuar berbesar hati apabila karya berkenaan dinyanyikan oleh bintang berbakat seperti Cakra Khan.

"Saya bersyukur kerana dapat bekerjasama dgn penggiat seni Indonesia yang amat profesional dan setakat ini tidak ada apa-apa masalah pun dengan Numata untuk dia mengubahsuaikan lagu berkenaan kerana itu adalah haknya.

"Bagaimanapun saya masih belum pernah mendengar lagu itu dalam lirik baharu dan akan mendengarnya. Tahniah saya ucapkan kepada Numata yang juga sahabat saya terhadap ilham yang datang untuk membuat pembaharuan pada lagu itu," ujar Anuar.
sumber: http://mstar.com.my/

Lagi Kes Tembakan di Bank

Seorang pengawal keselamatan menimbulkan kekecohan seketika di sebuah bank di Datuk Keramat, Georgetown di sini apabila dia secara tidak sengaja melepaskan tembakan dari senapangnya, pada hari Rabu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata lelaki tempatan berusia 53 tahun itu sedang bertugas di belakang kaunter bank dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi. Beliau berkata, tembakan telah tersasar ke lantai dan tiada siapa yang cedera.

"Kami sedang menyiasat kes itu daripada semua aspek dan kita juga akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap latar belakang pengawal itu," katanya di tempat kejadian di sini.

“Kita turut menyiasat berapa lama dia telah bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau menambah pengawal telah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api. Tembakan pump gun itu menembusi lantai jenis playwood dan tiada kecederaan dilaporkan.

Dalam perkara yang berkaitan,Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menolak rayuan syarikat kawalan keselamatan Prima Security, majikan pengawal keselamatan yang menembak mati Pegawai Ambank di USJ Sentral di Selangor 24 Oktober lalu agar lesen syarikat tersebut dibatalkan.

Difahamkan, Menteri KDN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakann KDN telah pun menolak rayuan mereka dan lesen syarikat berkenaan dibatalkan mulai hari ini.
sumber: Kezoom

Almy Nadia Nafi Cari Publisiti Murahan


Pelakon jelita Almy Nadia menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia sengaja mencari publisiti murahan selepas pelakon itu mendedahkan dirinya terpaksa menjual karipap berikutan kekurangan tawaran berlakon.
"Saya tidak mencari publisiti murahan apabila mendedahkan hal ini. Kalaulah benar saya ingin mencari publisiti, sudah lama saya boleh berbuat demikian," Katanya seperti dipetik dari Harian Metro.
Menurut Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, dia mengakui kekurangan tawaran belakon menyebabkan dia membantu ibunya menjual karipap.
"Saya akui yang terpaksa menjadi penjual karipap untuk menyara hidup selepas kurang mendapat tawaran belakon hampir setahun lalu." 

Jelas Almy lagi, beliau tidak berasa malu dengan mendedahkan berita ini, kerana dia bukan menjual dadah dan baginya meniaga itu juga adalah sesuatu yang biasa baginya.
"Untuk apa saya berasa malu. Saya tidak tahulah kalau ada artis lain yang malu menjadi penjual karipap tetapi bagi saya berniaga adalah sesuatu yang biasa buat kami sekeluarga kerana saya orang kampung.
"Kalau dalam kenyataan sebelum ini saya ada menyebut perkataan terpaksa itu bukan bermakna saya menjalankan perniagaan dengan keadaan terpaksa. Saya ikhlas membantu ibu saya.

"Kadang-kadang orang salah tafsir dengan kehidupan artis yang sering disangkakan mewah dan banyak duit. Walhal mereka juga manusia biasa yang ada masanya dilanda kesulitan hidup."
sumber: http://exazaf.blogspot.com/

Lelaki Tertinggi Di Dunia Akhiri Zaman Bujang


ISTANBUL: Lelaki tertinggi di dunia, Sultan Kosen akhirnya menamatkan zaman bujangnya kelmarin selepas sering mengadu mengalami kesukaran untuk mencari teman hidup.

Kosen, 30, memilih Merve Dibo, 20, seorang gadis yang lebih rendah 0.9 meter daripadanya.

Mereka disatukan pada satu majlis yang diadakan di Turki.
Lelaki dengan ketinggian 2.5 meter itu, sebelum ini sering ditolak ramai gadis atas faktor saiz dan ketinggian yang dimilikinya.

Namun, Sabtu lalu, petani separuh masa itu menempah sut khas dan kasut dengan saiz 28, khusus untuk hari paling istimewa dalam hidupnya.

Katanya, dia amat teruja kerana akhirnya bertemu dengan 'insan yang sesuai' untuknya, dan menyifatkan ia adalah satu keajaiban.

''Agak sedikit malang kerana saya tidak dapat menemui seorang wanita yang sesuai dengan ketinggian saya, sebelum ini.

''Namun, selepas ini saya akan memiliki keluarga dan kehidupan peribadi saya sendiri,'' katanya.

Kosen adalah seorang daripada 10 individu di dunia yang mencapai ketinggian 2.4 meter, selepas dia mengalami penyakit yang jarang dialami yang dipanggil 'pituitari gigantism'.
sumber: antarapost
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved