Namron Pernah Jadi Psiko, Ingin Bunuh Diri

[x]

Namron Pernah Jadi Psiko, Ingin Bunuh Diri

on Wednesday 28 August 2013


Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pengarah dan pelakon berbakat, Namron pernah berdepan situasi kritikal hingga mendorongnya untuk membunuh diri.

Melalui pengalamannya itu, Namron mengambil kesempatan untuk menzahirkan apa yang pernah dilaluinya ke dalam bentuk filem berjudul Psiko Pencuri Hati.

60 peratus filem ini berkaitan dengan saya kerana saya sendiri ada pengalaman ingin terjun bangunan, melintas jalan sehingga hampir dilanggar dan banyak lagi.

Ada seorang individu menasihatkan saya supaya menzahirkan pengalaman-pengalaman saya ini dalam bentuk karya untuk membantu saya.

Untuk pengetahuan anda, Psiko Pencuri Hati merupakan karya unik kerana semua pelakon tidak diberikan skrip sebaliknya setiap seorang dari mereka menghasilkan dialog sendiri sewaktu raptai yang kemudiannya ditulis semula oleh Ayam Fared.

Memahami corak kehidupan masyarakat Malaysia yang semakin kurang menonton filem tempatan, Namron akui sedikit risau dengan hakikat itu namun masih mengharapkan filemnya menjadi buah mulut supaya dapat menarik ramai orang ke pawagam.

Memang timbul kerisauan. Sebab itu saya harapkan sokongan dari semua orang. Saya minta rakan-rakan artis tolong sebarkan di laman sosial seperti Twitter untuk menjadi buah mulut.

Formulanya, biar orang bercakap tentang cerita ini. Mereka datang atau tidak untuk menonton, itu kerja Allah
sumber : http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved