MH370: Tiada Kuasa Misteri, Hanya Spekulasi – Hishammuddin

[x]

MH370: Tiada Kuasa Misteri, Hanya Spekulasi – Hishammuddin

on Wednesday 2 July 2014


Dakwaan penyiasat nahas udara Australia yang mengaitkan kehilangan penerbangan MH370 dengan kuasa misteri baru-baru ini hanyalah spekulasi, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kerajaan Malaysia hanya menerima pakai laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang ditubuhkan khusus berhubung kehilangan pesawatMalaysia Airlines itu.

“Apa juga isu kita ada panel pakar untuk mengesahkannya. Laporan itu bukan daripada JACC.

“Bagaimanapun saya tetap anggap sebarang maklumat terkini… sama seperti yang saya lakukan pada masa lalu… biar JACC sahkan. Selama ini kita tidak pernah berhenti daripada mencari kotak hitam dan mengesan maklumat baharu berhubung pesawat itu,” katanya kepada pemberita selepas taklimat Jawatankuasa Khas Kabinet berhubung insiden MH370 di Parlimen, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Aset MH370 dan Timbalan Menteri LuarDatuk Hamzah Zainuddin, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Waris mengenai MH370.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) semalam,unit data satelit pesawat itu cuba ‘log masuk’ ke satelit dalam tempoh tidak sampai 90 minit setelah berlepas.

Permintaan itu yang dikenali sebagai ‘hand shake’ mungkin disebabkan gangguan kuasa elektrik pesawat Boeing 777 tersebut.

Sementara itu, Liow berkata maklumat terperinci berhubung penghantaran aset dan pakar dalam mengesan pesawat MH370 ke lokasi pencarian di Lautan Hindi akan dimaklumkan kemudian.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang serta anak kapal ke Beijing hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.

Gerakan mencari membabitkan pelbagai negara bermula di Laut China Selatan sebelum diperluas ke Selat Melaka dan akhirnya di Lautan Hindi selepas data satelit menunjukkan pesawat itu melencong jauh daripada laluan asal dengan isyarat terakhir dikesan di selatan Lautan Hindi.
sumber:– BERNAMA
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved