Johan As'Ari: Saya Tidak Benci Zizan, Cuma Sekadar Bengang....

[x]

Johan As'Ari: Saya Tidak Benci Zizan, Cuma Sekadar Bengang....

on Thursday 3 July 2014


Pelakon Johan As'ari akui bahawa Zizan Razak ada menghubunginya menerusi aplikasi Whatsapp selepas dia memberikan kenyataan kepada Harian Metro berhubung isu pembekuan akaun syarikat Wirefame Entertainment Sdn Bhd (WFE) yang juga milik Zizan bersama rakan kongsinya, Marina Juki.

Bagaimanapun ketika ditanya apakah kandungan ‘Whatsapp’ daripada Zizan yang juga bertindak sebagai Pengarah Urusan WFE, Johan hanya tersenyum dan berkata perkara tersebut biarlah hanya dia Zizan sahaja yang tahu.

Menurut Johan dia memberi kenyataan tersebut kepada Harian Metro baru-baru ini kerana kecewa dengan tindakan Zizan yang mengarahkan bank menyekat akaun syarikat.

“Saya bengang kerana perbuatan dia benar-benar menyusahkan kami di WFE. Kebetulan saya memerlukan wang untuk keperluan harian selain melangsaikan bil hospital ibu yang sedang sakit.

“Saya tidak bencikan Zizan, tetapi saya bencikan tindakan dia. Saya sayangkan dia cuma terkilan, kerana dia kawan kami dan sebagai seorang pengarah syarikat, dia perlu profesional dan berfikir lebih bijak sebelum membuat tindakan," katanya kepada Astro Gempak.

Perkara tersebut telah membuatkan Johan dan Kaka Azraf membuat laporan polis di Balai Polis USJ8 Subang Jaya pada 25 Jun lalu.

Johan ditemui pada sebuah sidang media khas yang dianjurkan oleh Pengarah Urusan Wire Fame, Marina Juki di hotel Holliday Villa di sini pada petang Khamis.

Dalam pada itu Johan turut memberitahu kontraknya dengan WFE sudah pun tamat pada Mei lalu dan dalam proses untuk memperbaharuinya.

“Sebenarnya kontrak tersebut masih belum siap dan masih dalam proses untuk disiapkan, tetapi disebabkan kemelut yang berlaku, ia tergendala.

“Saya nak tunggu dulu konklusi masalah ini dan tunggu selesai Zizan dan Marina menyelesaikan masalah Wire Fame barulah saya akan memikirkan semula sama ada mahu menyambung kontrak dengan syarikat itu atau tidak," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Johan bakal muncul dengan filem Juvana 2 dan Juvana 3, Tujuh, Kanang Anak Langkau, Gangster Superstar serta Ophilia.murai.com.
sumber: http://gabancomel.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved