Jantung Saya Seperti Terhenti Sekejap, Luah Amy Search Mengenai Kontroversi Nabila Huda

[x]

Jantung Saya Seperti Terhenti Sekejap, Luah Amy Search Mengenai Kontroversi Nabila Huda

on Thursday 3 July 2014

Bak kata pepatah, jaga lembu sekadang lebih mudah daripada jaga anak perempuan seorang. Hati ayah mana yang tidak sedih apabila anak perempuannya tidak habis-habis dilanda kontroversi. Sebagai seorang ayah, pastinya perasaan Amy Search bercampur baur apabila anaknya, Nabila Huda tak habis-habis dihimpit pelbagai cerita yang kurang enak. Diajak masuk Kristian oleh pengikut Instagramnya, muatnaik gambar mesra bersama kekasih hati dan macam-macam lagilah sehingga memaksa Amy mengeluarkan kata-kata kesat di Instagram anaknya itu.

Mengakui memang komen di Instagram itu ditulis olehnya, Amy Search meluahkan isi hati mengenai kontroversi yang tak sudah-sudah menimpa anaknya itu. Kata Amy Search:-

Ya, saya yang tulis. Memang saya yang tulis status itu, bukan orang lain. Sebelum saya bertidak begitu, sebenarnya saya menerima beberapa panggilan daripada wartawan yang meminta saya mengulas mengenai dia (Nabila) yang pergi bercuti dan tentang agama Kristian. Bagi saya, bila dah sentuh bab agama, ianya dah terlalu sensitif.

Saat pihak media bertanyakan pada saya tentang hal dia itu dan berkait pula dengan agama, jantung saya seperti terhenti sekejap. Saya macam hilang akal, saya hilang pertimbangan. Saya tersentak sekejap. Sebelum itu saya tidak tahu apa-apa sehinggalah saya diberitahu oleh wartawan yang menghubungi saya tentang isu itu.

Saya tak menyesal muat naik status itu. Malah saya rasa bertanggungjawab terhadap status itu. Tapi selepas ini, saya minta media jangan lagi cari dan bertanya kepada saya tentang isu yang mengaitkan dia. Selepas ini saya tak mahu lagi memberi apa-apa komen yang mengaitkan kontroversi dia.

Saya dah bosan. Setiap kali isu pasal dia, saya yang kena jawab. Selepas ini, kalau anda semua hendakkan penjelasan tentang apa jua isu yang mengaitkan dirinya, tanyalah tuan badan sendiri. Saya percaya dia sudah cukup dewasa dan dia perlu bertanggungjawab dengan apa saja yang dilakukan. Dia berbakat, jagalah karier dia dan janganlah dia sendiri buka jalan untuk orang bercakap yang buruk-buruk tentang dia.

Saya dah lama tak jumpa dia. Bila isu ni timbul, dia pun tak hubungi saya. Tapi dengan Keisha (anak Abil) selalu juga jumpa. Baru-baru ini, saya ada bawa cucu saya itu pergi bercuti


Sementara itu isteri Amy Search, Nourish juga turut melahirkan rasa sedih terhadap suaminya yang terpaksa berdepan isu sebegini di usia yang sudah tua. Kata Nourish:-

Ketika hari itu, saya ke satu seminar sementara abang Amy ke Raub, Pahang. Tapi bila saya balik rumah, saya hairan sebab Abang sudah berada di rumah. Dia marah- marah dan bengang. Katanya, dia dihubungi media dan diminta komen mengenai isu Nabila dan sekaligus melibatkan soal agama.

Saya cuba tenangkan dia dan berpesan jangan komen apa-apa di laman sosial sebab ia mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Masa tu, saya memang tak tahu lagi yang dia sebenarnya dah muat naik status ‘lepas geramnya’ itu. Sehinggalah kawan saya kirimkan screen caption status tersebut di Wassap saya. Saya terkejut melihat status itu.

Sebagai isteri, saya berasa kasihan pada abang. Dalam usiannya 56 tahun, dia tak sepatutnya berdepan dengan hal sebegini lagi. Lagipun Nabila sudah dewasa dan dia sudah ada kehidupan sendiri.

Tak dinafi dulu abang selalu diam. Apa pun orang kata tentang anak dia, dia diam. Cuma sejak akhir-akhir ini, dia ekspresikan kemarahannya di laman sosial



Kesian kan Amy Search? Itulah tanggungjawab seorang ayah terhadap anaknya. Mungkin di bibir kata tak kisah, tetapi dalam hati tetap sayang dan mengambil berat. Sedih jugak kalau anak sendiri buat tak tahu dan terus menerus mencipta kontroversi. Tak apalah. Banyakkan berdoa lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Semoga hati Nabila Huda terbuka untuk berjumpa dengan Amy Search dan memohon maaf sebelum terlewat. Sama-samalah kita doakan.
sumber: http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved