Saya Tak Pernah Berhutang – Aliff Aziz

[x]

Saya Tak Pernah Berhutang – Aliff Aziz

on Thursday 3 July 2014

Penyanyi yang sering dilanda kontroversi Aliff Aziz dengan tegas menafikan beliau tidak pernah berhutang dan melarikan ke Singapura untuk bersembunyi daripada masalah itu.

“ Saya memang tidak berhutang, tuduhan yang mengatakan yang saya lari daripada hutang adalah tidak benar dan hanya salah faham semata-mata,” katanya ditemui Murai di Hotel Cititel Kuala Lumpur mempromosikan single duet bersama Siti Nordiana, Tak Ada Cinta Seperti Mu.

Menurutnya lagi, sebelum ini pihak pengurusan pernah memaklumkan kepada beliau dan meminta untuk menjelaskan beberapa tunggakan bayaran bil yang perlu diselesaikan segera.

“ Hanya perlu selesaikan bayaran bil, bukannya hutang seperti mana yang didakwa, saya bukan seperti itu,” tegas Aliff.

Aliff Aziz hanya mampu bersabar dengan setiap kontroversi yang melanda dirinya namun tidak mematahkan semangat untuk terus berkarya dan menyanyi di Malaysia.

“ Saya kalau boleh tak mahu isu-isu kontroversi melanda diri saya tetapi apakan daya, dah menjadi asam garam kehidupan sebagai anak seni, saya harus terima dengan tenang dan sabar.”

Mengenai rambut Aliff yang diwarnakan itu, ia dibuat untuk proses rakaman video klip bersama Siti Nordiana dan hanya untuk tuntutan kerja sahaja.

“ Rambut saya akan kembali seperti dahulu, apa yang saya lakukan kerana mahu menjiwai karakter dalam video klip baru bersama Nana, yang mengunakan latar belakang gelap dan konsep hitam putih, warna rambut saya sebenarnya membantu mencantikkan lagi video klip tersebut.”

Antara perkembangan lain, Aliff Aziz akan melancarkan album terbaru yang ke-4 selepas Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan komposer terkenal tanah air seperti Faizal Tahir dan Kunci Demak.murai.com.
sumber: http://gabancomel.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved