Selepas Insiden Maut, Baru Hendak Dipasang Pagar

[x]

Selepas Insiden Maut, Baru Hendak Dipasang Pagar

on Wednesday 2 July 2014


Susulan kejadian seorang kakitangan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Muhammad Kamal Salleh Hodin yang meninggal dunia di tebing longkang di Pasar Ramadan, Presint 3 di Putrajaya, Mynewshub.my membuat kunjungan semula ke lokasi kejadian hari ini.

Umpama “Sudah terhantuk baru tengadah”, di sepanjang longkang tempat Muhammad Kamal didakwa jatuh sudah dipasangkan pagar besi kemungkinan bagi mengelakkn kejadian sama berulang.

Wartawan Mynewshub.my yang berada di tempat kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari tadi turut bertanyakan kepada beberapa orang peniaga yang sudah mula melakukan persiapan untuk berniaga di pasar itu.


Menurut dua peniaga yang enggan nama mereka didedahkan, Allahyarham dikatakan jatuh ketika cuba melompat longkang berkenaan setelah kepenatan mendaki cerun untuk ke pasar berkenaan.

Mereka berkata, sebelum kejadian berlaku di kawasan longkang berkenaan tidak ada satu pagar besi pun diletakkan tetapi hari ini pagar itu sudah dipasang.


“Semalam, pagar besi itu tiada, tapi hari ini dah dipasang, termasuk ada tangga yang dibuat untuk menaiki cerun bukit di tepi pasar itu,” katanya.

Selain pagar besi, ada kerja pembinaan tangga dilakukan dikawasan itu dipercayai bagi memudahkan orang ramai untuk mendakinya sekali lagi, bagi mengelakkan perkara sama berulang.

Tindakan itu dilihat agak lambat dilakukan oleh Pihak Perbadanan Putrajaya kerana setelah ia dikatakan meragut nyawa seorang kakitangan awam, barulah tindakan memastikan keselamatanpengunjung pasar berkenaan terjamin.

Sepatutnya pihak perbadanan melakukan perkara berkenaan pada kali pertama bazar ramadan diadakan di situ. Pada setiap bulan puasa, kawasan parkir kereta di Presint 3, berdekatan dengan Masjid Sultan Mizan itu sememangnya sentiasa diadakan pasar menjual juadah berbuka.

Selain itu, menurut para peniaga, jenazah Muhammad Kamal Salleh dikatakan berada di kawasan bazar selama lebih kurang dua jam sebelum ia diangkat dan dibawa pergi sewaktu azan Maghrib berkumandang.


Sumber itu berkata, keadaan di pasar itu semalam begitu ramai dengan pengunjung dan berkemungkinan pihak polis dan ambulans mengambil masa yang lama sedikit untuk tiba di lokasi kejadian.
sumber: – MYNEWSHUB.MY
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved